Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Friday, December 19, 2008

Adik Faiz Faizal batch 1 (PKE1)_kembali ke Rahmatullah.


Assalamualaikum...

Ucapan takziah dari kami bagi Pihak Persatuan Alumni Semetrik buat sahabat kita (Faiz Faizal Batch 1, student Pioneer SEMETRIK), yang mana adiknya telah kembali ke Rahmahtullah. Moga ruh adiknya mendapat rahmat dan kasih dari Allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

Ameen.....

Monday, December 15, 2008

AJK Majlis Perasmian Alumni Semetrik 2009.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di maklumkan untuk semua ex-Semetrik terutama batch 07/08 yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Alumni SEMETRIK boleh menghubungi pengarah program saudara Muhammad Noor Hisyam b Jusoh di talian HP:017-3874417.

Insyallah meeting yang pertama akan diadakan dalam bulan Januari 2009. Oleh itu ramai-ramailah mencalonkan diri untuk menjadi AJK Pelancaran Alumni yang pasti meninggalkan nostalgia yang abadi dan tidak dilupakan.

Senaraikanlah nama anda, sebagai pioneer AJK utk acara yang julung kali diadakan ini. Sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi tuan pengarah untuk mengetahui lebih mendalam.

Sekian.

Setiausaha,
Majlis Perasmian ALumni Semetrik 2009.

Sunday, December 14, 2008

Ibu Shahirman Batch 2 Semetrik Meninggal Dunia_al-fatihah

Assalamualaikum...

Mak saya baru sahaja meninggal pukul 8mlm smlm dan InsyaAllah akan dikebumikan pagi ini.Diharapkan dapat mensedekahkan al-fatihah utk mak saya.

Shahirman (14/12).


-Kiriman sms yg diterima dari teman seperjuangan dan hanya dapat membuka setelah pulang dari laut.
- Buat sahabat-sahabat yang mengenali beliau, sama2 lah utk melafazkan kalimah surah AL-Fatihah buat bonda shahirman,moga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

Ameeeennn......

Friday, December 5, 2008

Pembayaran Penyertaan Majlis Perasmian Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Untuk makluman semua, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis perasmian tersebut boleh mula membuat pendaftaran dari sekarang dengan membuat pembayaran kepada akaun Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK seperti dibawah:

Nama: Persatuan Bekas Pelajar Sek.Men.Teknik Gerik.
No.Akaun: 08-1000-6296-4525
Bank: CIMB Bank.
Tempoh Pembayaran: sehingga 20 Januari 2009

Bayaran:RM 50/ seorang

Marilah sama-sama kita memeriahkan majlis gilang gemilang ini, pendaftaran awal amatlah dihargai bagi memudahkan kami untuk mengendalikan majlis ini. Selain itu, setiap yang membuat pembayaran agar menyimpan resit tersebut dan kalu melalui online, anda hendaklah membuat cetakan dan membawa ketika majlis tersebut pada 21 Februari 2009.

Sebarang pertanyaan dan keraguan bolehlah menghubungi Pengarah Majlis,Saudara Mohd Noor Hisyam:017-3874417 atau email persatuan di alumni_semetrik@yahoo.com.

Sekian:
Setiausaha
Majlis Perasmian Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK
2009

Wednesday, December 3, 2008

Motivasi SEMETRIk untuk pelajar tingkatan 5.

Assalamualaikum.

Update terbaru daripada saya berkenaan dengan program motivasi Anjuran Bekas Pelajar SEMETRIK pada 17-18 Januari 2009. Oleh yang demikian, adalah dijemput kepada sesape yang berminat untuk menjadi fasilitator atau menyumbangkan tenaga membantu, sila hantarkan butiran anda kepada saya di email muhamad_sahir@yahoo.com, saya tahu pada masa tu tak semua yang dapat menyertainya. Setakat ini masa tersebut memang telah ditetapkan dan pengarah program tersebut adalah saya sendiri. Setiap tahun kita anjurkan program motivasi ini, memandangkan hanya pada tahun 2008 kita gagal membuat program motivasi di SEMETRIK. Pelbagai program telah dirancang, namun tanpa bantuan daripada ex-semetrik program tersebut agak kurang memberansangkan..oleh itu marilah sama-sama menyumbangkan tenaga dan akal fikiran anda untuk menjayakan INTAN'09 ini...moga-moga mendapat kejayaan bersama..ameen.


Muhamad Sahir, Pengarah , Program Motivasi Intan'09.