Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, July 25, 2009

Satu SEMETRIK: Keberjayaan Mini Motivasi di SEMETRIK
















Pada 25 July dan 26 July, kami berjaya mengadakan mini motivasi di SEMETRIK. Biarpun hanya 3 orang sahaja, kami masih berjaya mengadakan program itu dengan jayanya dengan 3 aktiviti utama. Aktiviti-aktiviti yang adakan adalah:










1. Telur dan Lilin





2. Si Buta





3. Tali Simpul










Pelajar-pelajar tingkatan begitu aktif menyertai permainan-permainan yang dijalankan itu dan mereka begitu terharu dengan kehadiran bekas pelajar pertama SEMETRIK. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan.

Gambar-gambar majlis perkahwinan Najib Yahaya.








Alhamdulillah..dikesempatan ini admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat yang telah sama-sama menjayakan majlis kenduri perkahwinan setiausaha Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK yakni saudara M Najib Yahaya. Moga beliau dan isteri dirahmati Allah dan dikurniakan anak yang bakal mengegar dunia dengan Islamnya. ameeen...
Regards
Admin Blog


Sunday, July 19, 2009

Mini Program sempena Kenduri Perkahwinan Najib Yahaya di Gerik.


Assalamualaikum dan Salam berbahagia buat semua,


Sempena majlis kenduri saudara Najib Yahaya di Gerik pada 25 Julai 2009. Kami (ALUMNI COMMITTEE) bercadang untuk mengadakan mini motivasi di Sekolah Menengah Teknik Gerik pada 25 Julai tersebut. Antara cadangan slot untuk masa yang singkat itu adalah berkongsi pengalaman bekerjaya (tak kisah apa jua kerjaya anda). Kami menjangkakan ramai bekas pelajar yang akan turun pada majlis tersebut, lantaran itu ada baiknya jika peluang kita sudah berada di Gerik di isi dengan mengurniakan sedikit jasa kepada SEMETRIK.


Di samping itu, andai ramai yang turun pada 25 Julai itu. Pihak AJK ALumni bercadang untuk mengajak rakan-rakan supaya kita mengadakan reunion kecil-kecilan di Pekan Gerik pada sebelah malam.Mungkin boleh minta rakan2 yang bekerjaya mewah untuk men"sponsor" makan pada malam tersebut.


Apa pun, diharap pada sesiapa yang berminat untuk menyertai MINI motivasi di SEMETRIK nanti boleh terus menghubungi AJK Alumni.


Sekian,

Blog Admin.

Selamat Pengatin Baru Buat Cikgu Najib Yahaya


Alhamdulillah..


Akhirnya zaman bujang sahabatku Cikgu Najib Yahaya berakhir di pelamin. Saudara Najib selamat di ijab kabulkan pada Jumaat (17 Julai 2009) baru-baru ini di Ayer Tawar Perak. Begitu cepat masa berlalu, beliau yang dahulunya pelajar first batch SEMETRIK 2000/01 kini telah bergelar seorang suami dan bakal bergelar Papa/ayah/abi/abah.


Begitulah cepat masa berlalu dan kini SEMETRIK telah hampir mencapai usia satu dekad (10 tahun). Sepanjang 10 tahun yang lalu, telah ramai bekas pelajar SEMETRIK yang telah melangsungkan perkahwinan mereka. Ada di antara bekas pelajar SEMETRIK berkahwin sesama sendiri (jodoh katakan) dan ada juga yang berkahwin dengan rakan-rakan sekerja atau satu tempat pengajian seperti cikgu Najib.


Walau di mana jua kita bertemu dengan pasangan kita (bakal isteri atau suami), yang penting bahtera yang dibina perlu dibina dengan kasih sayang dan keimanan kepada Allah swt. Moga suatu hari nanti, kita bakal melihat ada dikalangan bekas pelajar SEMETRIK yang mengahwinkan anak sesama sendiri (tidak dijangka kan).


Insyallah, pihak admin akan meng"upoad" gambar-gambar bahagia cikgu Najib dengan pasangannya pada edisi berikutnya. Di minta semua pembaca blogger bersabar memandangkan pihak admin masih belum memperolehi softcopy gambar daripada pengantin.


Akhir sekali, Blog Alumni Semetrik mengucapkan SELAMAT PENGATIN BARU BUAT CIKGU NAJIB DAN PASANGANNYA, moga bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.



Sekian,

Blog Admin.

Wednesday, July 15, 2009

Selamat Bakal Pengantin Baru


Kami dari ALUMNI Semetrik ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Najib Yahaya Batch 1 yang bakal melangsungkan pernikahan beliau pada 18 hb Julai ni. Semoga berkekalan hingga anak cucu.