Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Monday, September 28, 2009

Gambar-gambar majlis perkahwinan Naim&pasangan dan Ardina&pasangan pada 26 September 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hujung minggu yang lalu bertempat di Hotel Seri Malaysia dan Rumah Ardina di Teluk Intan telah diadakan majlis persandingan buat bekas 1st batch SEMETRIK. Kedua-dua majlis dilangsungkan pada hari yang sama yakni 26 Sept 2009. Namun alhamdulillah paparazi alumnisemetrik@blogspot.com masih sempat untuk menyelinap masuk untuk mengambil beberapa gambar yang menarik buat tatapan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Moga bagi yang belum atau akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini boleh menjemput wartawan paparazi alumnisemtrik blogspot utk merakamkan aksi2 dihari majlis yang bermakna dalam hidup mereka.

Thursday, September 24, 2009

Majlis Perkahwinan Ardina dan Naim


Assalamualaikum...

Disini kami inging mengumumkan majlis perkahwinan Ardina dan Naim pada hujung minggu ini. Namun jangan salah faham pulak, bukan ardina berkahwin dengan naim tetapi dengan pasangan mereka masing2. Naim akan mengadakan kenduri sebelah lelaki di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada 26 September 2009 ( Sabtu). Bagi ex-SEMETRIK yang kelapangan dijemput untuk hadir di majlis yang gilang gemilang itu. Untuk ardina, pihak admin tidak berapa pasti samada Sabtu atau Ahad. Namun bagi pihak yang mempunyai maklumat tersebut, boleh sama2 berkongsi di laman blog ini. Disamping itu, pihak admin ingin mengucapkan kepada kedua2 Raja Sehari ini agar berbahagia hingga ke akhir hayat dan kami doakan bakal menjadi keluarga yang mithali. AMennnnnn

Yg Benar,
Admin
25 Sept 2009
0630 hours

Friday, September 11, 2009

Assalamualaikum...

Bagi pihak admin alumnisemetrik.blogspot.com, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh warga SEMETRIK dan juga ex-SEMETRIK. Moga aidilfitri tahun ini akan memberi 1001 satu keceriaan buat kita semua. Bulan yang penuh rahmat yakni Ramadhan bakal berlalu, moga kelangsungan didikan di bulan yang mulia ini dapat diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.Insyallah

ALUMNI Semetrik Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA

Thursday, September 10, 2009

Memohon kerjasama anda

Salam sejahtera buat warga alumni Semetrik

Berikutan pemasalahan yang timbul dari segi keciciran maklumat berkaitan aktiviti alumni dan juga informasi bekas pelajar semetrik, kami dari alumni memohon kerjasama anda semua untuk (semua batch) menyumbangkan majalah sekolah kepada pihak alumni..

Kami ingin mengumpul semua majalah dari batch 1 sehingga sekarang supaya semua maklumat(nama dan alamat tempat tinggal) dapat dikongsi bersama.Contohnya seperti jika ada sebarang aktiviti, surat jemputan akan dihantar kepada semua bekas pelajar setiap batch berdasarkan maklumat dari majalah sekolah..Kerjasama anda semua kami hargai.

Jika ada pihak yang sudi membantu bolehlah berhubung terus kepada hisyam (019-9800915) atau emel kepada alumni_semetrik@yahoo.com

Sekian terima kasih..

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka Puasa Bersama Ex-Semetrik

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua,

Bertempat di sebuah restoran di IPOH, baru-baru ini Persatuan Alumni SEMETRIK telah mengadakan majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan pada 29 August 2009. Alhamdulillah biarpun dalam kelompok yang kecil, namun majlis tersebut amat bermakna dikalangan ex-semetrik yang masing-masing terkenang ketika sama-sama berbuka di SEMETRIK,gerik dahulu.

Mana tidaknya,ketika di SEMETRIK dahulu, berbuka puasa merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan bagi pelajar asrama. Dan suasana riuh-rendah di dewan makan merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Masing-masing dengan karakter mahupun telatah yang tersendiri, ada yang memotong barisan..hehehe..ada yang datang terlalu awal...hehhe.dan pelbagai lagi.

Buat Batch 1, bulan puasa juga bermakna, kerana berpuasa ketika sedang menghadapi peperiksaan SPM. Bersahur dalam keadaan yang masih "lalok or mamai" adalah asam garam di SEMETRIK pada masa itu. Inilah kelebihan tinggal di asrama,mampu mengeratkan silatulrahim di antara kita selain mendekatkan hubungan kita dengan Allah swt dengan solat terawih di Surau SEMETRIK.alhamdulillah.

Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat menyempurnakan balance 20 hari puasa dalam keadaan yang sihat walafiat. Ameenn

Admin Blog. 1 September 2009