Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Tuesday, November 23, 2010

Semoga Berjaya Menempuh SPM dari Alumni SEMETRIK

Kami warga Alumni Semetrik mendoakan semoga pelajar-pelajar tingkatan 5 berjaya mengharungi peperiksaan SPM 2010. Hendaklah kita tahu bahawa Allah pernah berfirman dengan maksudnya:

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

Ini menunjukkan Allah memberi kita peluang untuk berhijrah dari satu kebaikan kepada perkara yang lebih baik. Andai kata anda mendapat keputusan yang tidak diimpikan janganlah berputus asa kerana peluang masih banyak menanti didepan kita. Hanya kita yang mampu mendapatkan dan memilih peluang tersebut. Ingatlah, gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. Apa yang penting sifat tidak berputus asa dalam diri kamu mesti ditanam sedalam-dalamnya dan lakukan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh. Yakinilah Allah sentiasa memberi anugerah pada hamba-Nya yang rajin berusaha kerana-Nya.

Kepada pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan Semetrik, janganlah kamu lupa pada jasa guru-guru yang banyak berkorban demi kamu. Anda terkasar bahasa daripada mereka, maafkan mereka kerana tanpa guru-guru ini belum tentu kamu dapat ilmu daripada mereka. Rajin-rajinlah selalu melawat Semetrik dan berhubung selalu dengan guru-guru kamu. Peringatan diberi kepada bakal Alumni Semetrik 2010, janganlah kamu menyimpan perasaan benci pada tempat kamu menuntut ilmu kerana ilmu itu datang daripada Allah dan amalkan ilmu yang diberi dan semaikanlah ilmu itu pada orang-orang yang tidak bernasib baik.

Akhir kata Majulah Semetrik untuk Malaysia.