Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Wednesday, March 30, 2011

Kekanda kepada Hasmida Hj Isa Batch 1 Telah Kembali Ke Rahmatulallah

Assalamualaikum..



Pihak Blog Alumni Semetrik ingin mengucapkan takziah buat saudari Hasmida Hj Isa (Batch 1) di atas pemergiaan kekandanya Masithoh Hj Isa ke rahmatulallah pada 23 March 2011 pada jam 20:20 pm akibat jangkitan kuman paru-parunya yang dihidapi sejak 2006.Beliau meninggal dirumah keluarganya beralamat F 422 Kg Pulau Sepom Tikam Batu. Kami bagi pihak bekas pelajar SEMETRIK mendoakan agar kekanda beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat kekanda beliau semoga usaha kita di berkati Allah swt.

Admin Blog SEMETRIK

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 bagi Sek Men Teknik Gerik

Assalamualaikum..

1. Pihak alumni telah mendapat serba sedikit maklumat daripada pihak Sekolah Menengah Teknik Gerik berkenaan keputusan SPM pelajar 2010 yang keluar hari ini.

2. Pelajar terbaik SPM 2010 memperolehi keputusan 9A.

3. Keputusan cemerlang 100% lulus dalam 8 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam.

4. Matapelaran Pendidikan Islam mengekalkan kecemerlangannya untuk mendapat 100% lulus dan pasti membuatkan ustaz yang dikenali ramai yakni Ustaz Ramli tersenyum lebar.

5. Kami dari Alumni SEMETRIK mendoakan agar SEMETRIK terus cemerlang dan bagi pelajar-pelajar SPM 2010,anda di jemput dengan segala rasminya untuk bersama ALUMNI SEMETRIK dalam merangka aktiviti-aktiviti bersama. Ayuh daftar segera !!

Admin Blog ALUMNI SEMETRIK

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010

Assalamualaikum,

Hari ini 23 Mac 2011, pelajar-pelajar SPM sesi 2010 bakal menerima keputusan SPM di SEMETRIK. Kami dari Alumni ingin mengucapkan syabas bagi mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bagi mereka yang memperolehi keputusan yang tidak begitu baik, diharapkan jangan berputus asa dan bersedih. Buktinya, dikalangan batch2 terawal contohnya yang mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM namun kini telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Yang paling utama, adik-adik jangan mudah untuk berputus asa malahan teruskan semangat juang untuk terus berjaya. Insyallah kalian pasti berjaya, nasihat daripada Alumni;

1. Jangan berputus asa kerana kejayaan sukar dikecapi apabila mudah untuk putus asa.

2. Paling utama setiap perbuatan adalah ibadah kepada Allah swt dan meraih keredha-Nya.

3. Menuntut ilmu amat dituntut dalam Islam dan insyallah kita mendapat ganjaran pahala apabila belajar kita dikaitkan dengan Islam.

Akhir kata, semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat.

Admin Blog Alumni.
23.3.11

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 3, 2011

Ayahanda Hairul Azhar Batch 1 Telah Kembali Ke Rahmatulallah

Assalamualaikum..



Pihak Blog Alumni Semetrik ingin mengucapkan takziah buat saudara Hairul Azhar di atas pemergiaan ayahandanya ke rahmatulallah. Kami bagi pihak bekas pelajar SEMETRIK mendoakan agar ayahanda beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat ayahanda beliau semoga usaha kita di berkati Allah swt.

Admin Blog SEMETRIK


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Bukit Aman,Kuala Lumpur,Malaysia