Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Thursday, May 26, 2011

Peluang Kerjaya dan Gaji Tinggi di Bidang Multimedia

MDeC sasar 14,000 kerja 'bergaji tinggi'

KUALA LUMPUR 20 April - Multimemedia Development Corporation (MDeC) menjangkakan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan 'bergaji tinggi' tersedia di Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, peluang pekerjaan itu bukan sahaja melibatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebaliknya ia turut merangkumi sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, perakaunan, sumber manusia dan analisis.

"Tahun lalu sebanyak 10,000 pekerjaan bernilai tinggi dengan purata nilai gaji bersih sebanyak RM4,500 sebulan dan tahun ini ia meningkat disebabkan lebih banyak syarikat dibuka di MSC Malaysia dan juga peluasan operasi syarikat-syarikat berstatus MSC," katanya.

Badlisham berkata demikian di dalam sidang akhbar mengenai fasa ketiga MSC Malaysia di sini hari ini. Katanya, MDeC bekerjasama dengan pelbagai institusi termasuklah universiti, firma penyelidikan dan syarikat-syarikat berstatus MSC sendiri untuk mendapatkan bakat-bakat baharu bagi memenuhi kekosongan tersebut. Katanya, daripada jumlah pekerjaan tersebut hanya 15 peratus daripadanya diisi oleh pekerja asing.

"Kita bukan kekurangan bakat-bakat tempatan tetapi MSC bergerak terlalu pantas dan sudah menjadi strategi kami untuk mengiktiraf pekerja asing, namun majoriti peluang pekerjaan masih terbuka kepada warga tempatan," jelas beliau lagi.
Mengulas mengenai perancangan MDeC untuk menjana pembangunan berterusan MSC Malaysia, Badlisham optimis fasa ketiga akan lebih berjaya berbanding fasa-fasa sebelumnya.

Fasa ketiga bermula tahun ini dan akan berakhir pada tahun 2020. Bagi tempoh empat tahun pertama fasa ketiga berlangsung, MDeC mensasarkan pendapatan syarikat-syarikat berstatus MSC meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM142 bilion.

"Jika fasa kedua mengutamakan skala ekonomi, fasa ketiga pula lebih menumpukan usaha untuk memperkasakan rakyat selain mengukuhkan sektor ICT di dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Pada fasa kedua yang bermula 2004 hingga 2010, syarikat-syarikat MSC Malaysia berjaya menjana perolehan sebanyak RM103.8 bilion berbanding RM26 bilion pada fasa pertama, menyaksikan peningkatan sebanyak 299 peratus.

Selain itu, MDeC turut mensasarkan peningkatan 75 peratus eksport bagi syarikat-syarikat berstatus MSC kepada RM58 bilion dan 21 peratus peningkatan atau RM42 bilion sumbangan kepada KDNK untuk empat tahun pertama ini.

"Sasaran ini bersesuaian dengan matlamat utama fasa ketiga MSC Malaysia iaitu untuk meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menambah kadar eksport serta mengukuhkan pertumbuhan perolehan.

"Fasa ini juga penting dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu di dalam sektor ICT selain membuka peluang pekerjaan yang lebih luas," kata beliau.

Menurut Badlisham, fasa ketiga MSC Malaysia merangkumi penubuhan dua bandar siber baharu setiap tahun selain menyiapkan rangka kerja Inovasi Ekonomi Digital pada pertengahan tahun ini.

Wednesday, May 11, 2011

Alfatihah untuk LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDUL KHALID


Kami dari ALUMNI SEMETRIK merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDUL KHALID (Batch 2005/2006: Kelas E2) diatas pemergian beliau pada 10/1/2011 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Takziah kami ucapkan.

Saturday, May 7, 2011

Telah mencecah 100 followers

Salam..



Moga follower blog ALUMNI SEMETRIK akan terus bertambah biarpun sudah mencecah 100 orang follower. Kita mengharapkan seluruh warga bekas pelajar SEMETRIK untuk terus mengikuti perkembangan bekas pelajar menerusi blog ini.


Kita akan memberi sedikit nafas baru terhadap blog ini agar menjadi tarikan buat kesemua bekas pelajar SEMETRIK malahan menjadi rujukan buat semua bekas pelajar Sekolah Teknik. Diharapkan rakan-rakan akan terus mempromosikan blog ini kepada semua rakan-rakan kita yang lain.
Disamping itu, sebagai peringatan kita akan mengadakan kem Motivasi pada 14-15 Mei ini di Sekolah Menengah Teknik Gerik. Bagi mereka yang berminat boleh berhubung dengan saudara Sahir seperti email dan no.hp dalam post yang sebelum ini.

sekian..admin blog.

Wassalam.