Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, February 26, 2012

Tahniah Halim Batch 1.

Assalamualaikum,

Kali ini Alumni ingin melaporkan majlis perkahwinan Halim Batch 1 dengan si cantik yang dipilihnya. Kami amatlah terharu kerana dpt menghadiri majlis perkahwinan beliau dengan isteri tercinta. Moga ikatan perkahwinan mereka kekal ke syurga. Kalau teman-teman nak tahu dalam gambar di atas 7 jejaka di dalam gambar, hanya 2 yang telah mendirikan masjid manakala yang lain masih single dan available. Jadi, bagi bekas-bekas pelajar SEMETRIK yang sedang mencari calon boleh menghubungi alumni..hehehe.

Apapun, selagi tahniah buat Halim dan pesanan untuknya moga mengembalikan zaman kegemilangannya di SEMETRIK dahulu sebagai atlet badminton ala-ala (baca:Chong Wei).

Admin Blog ALUMNI SEMETRIK.

"12 TAHUN SEMETRIK" YDP Alumni.

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik, kini kita telah menyaksikan ulangtahun Semetrik buat kali ke-12 pada tanggal 22/2/2012 yang lalu. Kali ini ulangtahun disambut dengan angka yang agak menarik iaitu berusia 12 tahun pada tahun 2012. Biarpun pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa SEMETRIK bakal ditukarkan menjadi politeknik, namun atas semangat, kita terus jua menyatakan kesyukuran dan tahniah buat SEMETRIK.

Pada hemah saya, seandainya berlaku penaiktarafan SEMETRIK menjadi politeknik ianya bukanlah menjadi satu penghalang buat teman-teman terus berukhuwah atas nama bekas pelajar SEMETRIK. Selain itu, ini menunjukkan juga potensi yang ada pada sekolah ini sehingga dijadikan politeknik. Warganya juga akan dinaikkan taraf (baca:jawatan) untuk menjadi pensyarah dari guru dan siswa/i dari pelajar.

Peluang sebegini jarang diperolehi, seandainya benar maka semua pihak berpeluang merasai kelebihan ini. Para guru akan berpeluang melebarkan bidang tugas mereka daripada sebelum ini. Barangkali ada yang tidak bersetuju pandangan saya dari perspektif yang berbeza namun inilah kehidupan kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi, namun disebaliknya ada hikmah yang baik untuk semua.

Di kesempatan ini juga, saya mengajak teman-teman untuk sama-sama menyertai kem motivasi 2012. Barangkali ini merupakan motivasi yang terakhir buat SEMETRIK dan sama-samalah kita merebut peluang keemasan ini.

Kata ukhuwah berakar dari kata kerja akha, misalnya dalam kalimat “akha fulanun shalihan”, (Fulan menjadikan Shalih sebagai saudara). Makna ukhuwah menurut Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah. Moga kita disatukan dengan ukhuwah Islamiyyah dan membantu pelajar SEMETRIK dalam mengecapi kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Sekian; Yang Dipertua Alumni SEMETRIK.

 

Saturday, February 11, 2012

Bekas Pelajar SEMETRIK terima Anugerah Presiden

Sumber: MyMetro

Berkat doa ibu

SEREMBAN: “Saya tidak sangka menerima hadiah tertinggi dan semua ini hasil usaha gigih serta berkat doa kedua ibu bapa saya,” kata penerima Anugerah Presiden dan Al-Khawarizmi, Fudhail Hakimi Arif Ibrahim, 21, pada Konvokesyen Kolej Uniti ke-10 yang berlangsung di Klana Resort, di sini, baru-baru ini.

Graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah itu membuktikan kemampuannya muncul sebagai pelajar cemerlang kolej berkenaan.


Menurut Hakimi, tiada rahsia tertentu untuk menjadi pelajar cemerlang kecuali belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan masa sebaik mungkin.

“Saya memang sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian di kelas dan menggunakan masa lapang untuk mengulang kaji pelajaran,” katanya.


Majlis konvokesyen itu disempurnakan Pengarah Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Aziz Saharee.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti, Jamal Mohd Amin.

Seramai 492 graduan menerima diploma masing-masing dalam bidang Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Teknologi Multimedia, Sains Komputer, Komputer Network dan Pendidikan Prasekolah.


Selain Hakimi, tiga penuntut lain turut menerima Anugerah Al-Ghazali, Anugerah Al-Farabi dan Anugerah Al-Shirazi iaitu Nur Izzatie Isa, 21, (graduan diploma sains komputer); Raja Muhammad Nur Hidayat Raja Sazali, 21, (graduan diploma pengajian perniagaan) dan Siti Rahimah Ahmad Shahifol Bahri, 21, (diploma kejuruteraan teknologi multimedia), Ia diikuti penerima Anugerah Khas Alumni Akademik dan Anugerah Khas Alumni Kerjaya iaitu Mohd Faez Mohd Shah, 27, dan Mohamad Seth Farabi Ismail, 33.