Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, December 29, 2012

Program MOTIVASI 2013 Anjuran Persatuan Alumni SEMETRIK.

Assalamualaikum,
Posting kali ini admin blog ALUMNI ingin menghebahkan perancangan untuk mengadakan program MOTIVASI 2013 yang akan diadakan untuk pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Perbincangan telah dibuat dengan pihak sekolah dan bulan yang dipersetujui adalah pada JANUARI 2013. Namun penetapan tarikh masih belum mendapat kata putus daripada pihak sekolah, namun demikian pihak ALUMNI telah memcadangkan agar diberi masa untuk mengadakan program motivasi itu pada 19 Jan-20 Jan dan 26 Jan dan 27 Jan 2013. Keputusan tarikh sebenar akan dimaklumkan setelah mesyuarat GURU pertama pada 31hb Disember 2012.
Seperti mana program-program motivasi yang telah kita adakan sebelum ini, kami mengharapkan agar bekas pelajar SEMETRIK yang telah bekerjaya untuk turut sama dalam program ini selaku sukarelawan dan juga fasilitator. Idea program motivasi 2013 adalah untuk memberi input-input berguna yang boleh digunakan pakai oleh adik-adik di Sekolah dalam merencana masa hadapan mereka. Bekas pelajar bolehlah hadir dan turut serta dalam pengkongsian idea dan juga pengalaman sepanjang pengajian di SEMETRIK.
Harapan daripada pihak persatuan adalah amat tinggi agar ramai bekas pelajar yang dapat meluangkan masa dalam menglibatkan diri dalam program tahunan anjuran ALUMNI SEMETRIK. Moga usaha kita yang sedikit ini dalam pengkongsian ilmu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt seterusnya memberi impak yang lebih besar kepada kejayaan pelajar-pelajar SEMETRIK.


Sebarang pertanyaan tentang program MOTIVASI 2013, sila hubungi pihak urusetia iaitu En. Muhamad Sahir dan Hisyam di talian 017-8988907 dan 019-9800915.