Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Untuk pengetahuan semua, Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK telah secara rasminya mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Perak sekitar bulan Ogos 2008. Bersempena dengan itu, saya selaku Presiden alumni ingin menjemput semua bekas pelajar SEMETRIK untuk sama-sama menjayakan Majlis Perasmian Persatuan kita pada 21 Februari 2009 bertempat di Hotel Syuen,Ipoh. Bayaran penyertaan untuk setiap yang berminat hanya RM50.00. Inilah saatnya untuk kita sama-sama bertemu kembali setelah hampir bertahun-tahun tidak bersua muka. Untuk batch pertama sudah menjangkau 6 tahun kita meninggalkan SEMETRIK'02. Oleh itu, sama-samalah memeriahkan acara julung-julung kali Perasmian dan bertemu semula ini. Program perasmian untuk kali ini diketua oleh saudara Hisyam (PKA) yang bekerja keras untuk menrekrut AJK dikalangan bekas pelajar.
Kita telah berjaya menganjurkan perjumpaan pada tahun lepas di Teluk Senangin Perak. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas , masa berkesempatan untuk meluangkan masa dan tenaga untuk menyertai perjumpaan tersebut. Maka, apalah salahnya untuk kalian semua sama-sama menjayakan perjumpaan dan perasmian yang julung kali buat kita semua. Acara-acara dalam majlis makan malam tersebut telah digarap dan di rancang dengan teliti supaya perasmian tersebut menjadi ingatan untuk kita semua. Biarlah kenangan yang terindah diukir pada malam tersebut. Berikut merupakan serba sedikit butiran perasmian dan perjumpaan 2009:
Tarikh:21 Februari 2009 (SABTU)
Tempat: Hotel SYUEN IpohMasa: 7.30mlm - 11 mlmTema: Makan malam dan persembahanPakaian: Akan ditentukan kemudianYang Benar,SAHIRYang Dipertua ALUMNI Semetrik