Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Monday, July 10, 2017

Pemergiaan seorang mentor dan guru, kehilangan yang diingati (Cikgu Mustaza)

Assalamualaikum,

Sudah lama blog Alumni Semetrik ini tidak mencoret sebarang catitan, namun hari ini terpanggil itu mencoret serba sedikit berita sedih akan kembaliknya seorang Guru dan Mentor buat kami semua bekas pelajar SEMETRIK iaitu Cikgu Mustaza, yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 July 2017.

Kehilangannya pasti dirindui oleh semua malahan jenaka dan telatah arwah pasti terus menjadi kenangan buat kita semua. Buat semua bekas pelajar arwah, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan pastinya seorang guru, ilmu yang disampaikan akan menjadi bekalan di akhirat kelak.

Moga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Alumni Semetrik.


Monday, December 29, 2014

Bantuan Banjir Anjuran Alumni SEMETRIK 2014

Assalamualaikum,


Sebagaimana yang diketahui ramai musibah banjir yang menimpa beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Lantaran itu Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK, menganjurkan tabung untuk pelajar-pelajar Kolej Vokasional Gerik yang ditimpa musibah banjir tersebut. Kami akan menyalurkan sumbangan anda kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan bencana tersebut. Moga dengan sumbangan anda itu akan meringankan beban mereka dalam memulakan sesi pembelajaran 2015.

Sunday, November 2, 2014

Pelajar SPM terakhir EX-Teknik Gerik

Asslamualaikum,

Kami dari bekas pelajar SEMETRIK ingin mengucapkan Selamat Menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) buat pelajar batch terakhir. Sebagaimana yang diketahui kini SEMETRIK telah di tukar menjadi KV Gerik, dan tiada lagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula tahun 2015.

Moga mereka diberikan kemudahan dalam menjawab peperiksaan yang bermula hari ini. Insyallah bekas pelajar SEMETRIK akan mendoakan kejayaan kalian semua. Buatlah yang terbaik dan teruskan berdoa kepada Allah s.w.t.

3 November 2014.

Monday, September 8, 2014

Program Motivasi 2014 ditunda November 2014

Assalamualaikum,
 
Perhatian buat semua ex-SEMETRIK yang telah menyatakan minat untuk menyertai kem motivasi 2014, adalah ingin dimaklumkan bahawa program tersebut terpaksa di tunda pada November 2014. Namun sebarang perubahan akan dimaklumkan menerusi blog SEMETRIK.
 
Selain itu, diharapkan anda saudara/i akan terus berminat untuk menyertai program tersebut biarpun ditunda ke bulan November 2014. Insyallah kita ingin melakukan program motivasi yang terbaik pada tahun ini. Sebarang persoalan boleh teru berhubung dengan Sahir di talian 017-8858907 atau email di muhamad_sahir@yahoo.com
 
Terima Kasih.

Tuesday, July 29, 2014

Program Motivasi SEMETRIK 2014

Assalamualaikum,

Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK ingin menganjurkan penutup Program Motivasi bagi pelajar SPM 2014. Ini merupakan tahun ke-13 kita mengadakan program motivasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 5, dan ini merupakan tahun terakhir bagi Kolej Vokasional Gerik menguruskan pelajar tingkatan 5. Maka disini saya ingin mengajak seluruh bekas pelajar SEMETRIK untuk turut serta sebagai AJK program tersebut.

Program ini merupakan sembolik kepada kejayaan kita mengadakan program Motivasi daripada tahun 2002 yang mengunakan pelbagai tema dan nama iaitu Bidara, Sukses, Intan, dan pelbagai lagi. Kita mengharapkan ex-semetrik lain untuk mengisi jawatan-jawatan ini dalam kita merancang kegemilangan program ini.

Saya merancang untuk mengadakan program ini pada September 2014. Jadi mengharapkan dapat sambutan yang baik dari kalangan bekas pelajar.

1. Pengarah Program
2. Ketua Fasilitator Lelaki
3. Ketua Fasilitator Perempuan
4. AJK Aturcara
5. AJK Dewan dan Padang
6. Ketua Program Riadah dan rekreasi
7. Ketua Program Tazkirah dan kerohaniaan

Bagi yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut amatlah dialu-alukan agar kita dapat menjayakan program motivasi terakhir ini. Selain itu bagi yang tidak dapat terlibat anda bolehlah menghulurkan bantuan kewangan untuk kami menguruskan program ini yang memperlukan sedikit dana untuk membeli alat tulis, fotostat, dan perbelanjaan lain-lain.

Amatlah kami harapkan pihak tuan dapat memberi sebaik mungkin pertolongan dari segi dana atau tenaga. Bagi berminat boleh menghubungi email dan no.hp di bawah;

Muhamad Sahir @ 0178988907
Muhamad_sahir@yahoo.com

Selamat Hari Raya Puasa 1435H.

Terima Kasih.

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum,

Kita berada di akhir-akhir bulan Ramadhan al-mubaarak. Bulan yang penuh kerahmatan dan keredhaan dari Allah swt. Sunnah di hujung bulan Ramadhan ini pastinya berusaha untuk mengejar lailatul Qadar. Moga kita dikalangan insan yang mengejar malam tersebut dan mendoakan keselamatan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Palestin.

Ramadhan tahun ini bakal meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam. 2 kes yang besar berlaku pada bulan ini adalah MH17 yang di tembak jatuh dan serangan yang dilakukan Israel ke atas Palesin ( jumlah terbunuh sudah hampir mencecah 700 org).

Hari Raya Aidilfitri 2014

Nah, Raya Aidilfitri bakal disambut oleh umat Islam samada pada Isnin atau Selasa minggu hadapan. Disamping kita bergembira menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ini janganlah dilupakan rakan-rakan Semetrik yang telah kembali ke rahmatuallah. Seperti yang diketahui akan kembalinya arwayarham Ahmad Kamil batch pertama Semetrik kerana terlibat dengan kemalangan. Selain itu daripada batch2 lain yang ada dikalangan kita telah kembali kerahmatuallah.

Kita doakanlah buat sahabat - sahabat kita yang telah kembali ke rahmatuallah, moga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan solehah. Buat guru-guru Semetrik (sekarang Kolej Vakasional), kami mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri. Moga Aidilfitri tahun ini memberikan keriangan buat teman-teman.

Akhir kata, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat orang Islam yang kembali ke rahmatuallah dlm kemalangan MH17. Bagi ex-semetrik yang mempunyai kenalan dan ahli keluarga yang terlibat dalam eksiden tersebut, kami dari Alumni mengucapmkan takziah dan kita sama-sama doakan mereka ditempatkan di syurga.

Bagi ex-semetrik yang bakal memandu jauh, berhati-hatilah di jalan raya, jangan terlalu gopoh untuk sampai ke destinasi. Selain itu, pastikan cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014.

YDP Alumni SEMETRIK

Tuesday, February 19, 2013

Tahniah Papa Zakwan (Batch 1)

Assalamualaikum,

Pihak Alumni SEMETRIK ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Saudara Ahmad Zakwan kerana telah dikurniakan Ahmad Zakwan Jr. Moga kelahiran cahaya mata pertama ini menjadi pengikat cinta seisi keluarga.

Kami juga mendoakan agar anak beliau terus membesar dan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa dan seterusnya kepada Islam. Keceriaan selepas hampir sedekad lebih SEMETRIK sudah membawa 1001 cerita dari kalangan bekas pelajar.

ALUMNI mendoakan agar Zakwan dan keluarga dikurniakan kesihatan dan bahagia ke akhir hayat.


Nama Baby: Aqil Naufal
(DOB 20 Jan 2013)

Tahniah!