Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Tuesday, July 29, 2014

Program Motivasi SEMETRIK 2014

Assalamualaikum,

Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK ingin menganjurkan penutup Program Motivasi bagi pelajar SPM 2014. Ini merupakan tahun ke-13 kita mengadakan program motivasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 5, dan ini merupakan tahun terakhir bagi Kolej Vokasional Gerik menguruskan pelajar tingkatan 5. Maka disini saya ingin mengajak seluruh bekas pelajar SEMETRIK untuk turut serta sebagai AJK program tersebut.

Program ini merupakan sembolik kepada kejayaan kita mengadakan program Motivasi daripada tahun 2002 yang mengunakan pelbagai tema dan nama iaitu Bidara, Sukses, Intan, dan pelbagai lagi. Kita mengharapkan ex-semetrik lain untuk mengisi jawatan-jawatan ini dalam kita merancang kegemilangan program ini.

Saya merancang untuk mengadakan program ini pada September 2014. Jadi mengharapkan dapat sambutan yang baik dari kalangan bekas pelajar.

1. Pengarah Program
2. Ketua Fasilitator Lelaki
3. Ketua Fasilitator Perempuan
4. AJK Aturcara
5. AJK Dewan dan Padang
6. Ketua Program Riadah dan rekreasi
7. Ketua Program Tazkirah dan kerohaniaan

Bagi yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut amatlah dialu-alukan agar kita dapat menjayakan program motivasi terakhir ini. Selain itu bagi yang tidak dapat terlibat anda bolehlah menghulurkan bantuan kewangan untuk kami menguruskan program ini yang memperlukan sedikit dana untuk membeli alat tulis, fotostat, dan perbelanjaan lain-lain.

Amatlah kami harapkan pihak tuan dapat memberi sebaik mungkin pertolongan dari segi dana atau tenaga. Bagi berminat boleh menghubungi email dan no.hp di bawah;

Muhamad Sahir @ 0178988907
Muhamad_sahir@yahoo.com

Selamat Hari Raya Puasa 1435H.

Terima Kasih.

1 comment:

TSYA'Z (~_^) said...

Salam. Lateesya here. Tarikh bila eyh? Hehehe.