Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum,

Kita berada di akhir-akhir bulan Ramadhan al-mubaarak. Bulan yang penuh kerahmatan dan keredhaan dari Allah swt. Sunnah di hujung bulan Ramadhan ini pastinya berusaha untuk mengejar lailatul Qadar. Moga kita dikalangan insan yang mengejar malam tersebut dan mendoakan keselamatan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Palestin.

Ramadhan tahun ini bakal meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam. 2 kes yang besar berlaku pada bulan ini adalah MH17 yang di tembak jatuh dan serangan yang dilakukan Israel ke atas Palesin ( jumlah terbunuh sudah hampir mencecah 700 org).

Hari Raya Aidilfitri 2014

Nah, Raya Aidilfitri bakal disambut oleh umat Islam samada pada Isnin atau Selasa minggu hadapan. Disamping kita bergembira menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ini janganlah dilupakan rakan-rakan Semetrik yang telah kembali ke rahmatuallah. Seperti yang diketahui akan kembalinya arwayarham Ahmad Kamil batch pertama Semetrik kerana terlibat dengan kemalangan. Selain itu daripada batch2 lain yang ada dikalangan kita telah kembali kerahmatuallah.

Kita doakanlah buat sahabat - sahabat kita yang telah kembali ke rahmatuallah, moga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan solehah. Buat guru-guru Semetrik (sekarang Kolej Vakasional), kami mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri. Moga Aidilfitri tahun ini memberikan keriangan buat teman-teman.

Akhir kata, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat orang Islam yang kembali ke rahmatuallah dlm kemalangan MH17. Bagi ex-semetrik yang mempunyai kenalan dan ahli keluarga yang terlibat dalam eksiden tersebut, kami dari Alumni mengucapmkan takziah dan kita sama-sama doakan mereka ditempatkan di syurga.

Bagi ex-semetrik yang bakal memandu jauh, berhati-hatilah di jalan raya, jangan terlalu gopoh untuk sampai ke destinasi. Selain itu, pastikan cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014.

YDP Alumni SEMETRIK

No comments: