Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Maal Hijrah - 1432
Hijrah?? Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah. Ramai masih tertanya-tanya dan ramai pula yang mendefinisikan perkataan hijrah dalam pelbagai konteks dan aspek. Namun bila kita bercerita tentang hijrah, adakah kita sudah berhijrah?? Bagaimana hijrah itu dilakukan?? Apa kita perlukan untuk berhijrah?? Persoalan yang timbul ini bukan sekadar hanya seperti melepaskan batuk ditangga malah perlu ada jawapan dari setiap soalan. Secara amnya Hijrah bermaksud berpindah,bergerak atau berubah dari satu kebaikan kepada yang lebih baik. Ya, itulah jawapan secara am. Bukan untuk diri sendiri tetapi merangkumi semua cabang-cabang dan bahagian-bahagian yang melibatkan proses dan pergerakan sebuah kehidupan tidak kira dimana dan kedudukan kita berada. Pelajar Semetrik berhijrah selepas tamat pengajian. Penghijrahan ini memberi peluang semua bekas pelajar untuk mencari dan mempelajari makna kehidupan sebenar. Sebelum ini pelajar-pelajar disogok,diberi dan disuap dengan pelbagai kemudahan tanpa menghargai kerana ianya bukan daripada mereka. Apabila mereka sudah keluar,pelbagai cara diperlukan untuk mendapatkan sesuatu. Dewasa ini, kita didengari dengan pelbagai kes yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani gejala ini, namun ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Kenapa masalah ini tiada penghujung walaupun banyak alternatif telah diambil?? Ini kerana semua perubahan ini haruslah bermula dari pelajar masing-masing. Pelajar itu sendiri harus menanam sifat penghijrahan. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana melalui hari-hari akan datang. Sebab itulah mereka masih meniti zaman keremajaan yang penuh dengan cara hidup kesenangan. Tiada masalah untuk berhibur namun bila sifat untuk berhibur melalui batas, terbitlah gejala-gejala yang tidak diingini. Disini kami dari Alumni SEMETRIK ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru 1432 Hijiriah. Semoga persatuan ini akan terus maju dan berdaya saing dengan persatuan-persatuan lain. Alumni SEMETRIK berazam dan akan melakukan hijrah dari segi mutu perkhidmatan dengan lebih efektif demi kesenangan semua bekas pelajar. Insyallah pelbagai acara akan kami anjurkan dan hijrah ini bukan semata-mata untuk diri sendiri malah untuk semua dimana ianya bermula dari SEMETRIK. Walaupun semua sudah tiada tidak bermakna kami tidak akan patah balik. Kepulangan kami adalah untuk menunjukkan pada semua pendidik yang kami sudah melakukan PENGHIJRAHAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)