Kepada alumni..Disini kami sediakan beberapa tips untuk berjaya dalam temuduga. Jangan pandang rendah kepada tips ini kerana ini akan menjamin samada kamu semua diterima atau tidak dalam sesuatu pekerjaan. Keputusan yang cemerlang tidak menjamin anda akan diterima untuk berjaya dalam sesebuah syarikat jika anda lemah dalam proses temuduga tersebut.
Persediaan
Buat kaji selidik semua tentang syarikat yang akan anda hadiri. Melalu cara ini, anda dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang dan fokus sesebuah syarikat itu beroperasi dan kesesuaian dengan kemahiran yang anda ada. Teknik ini dinamakan pro-filing.
Kehadiran
Pastikan anda tiba lebih awal (paling lambat 15 minit sebelum temuduga). Amalkan sifat rakyat jepun iaitu datang tepat atau awal. Ini akan membuat anda lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi sesi temuduga dan masa yang ada boleh digunakan untuk mengisi borang.
Pemakaian
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (formal attire). Bahagian ini tidak perlu diperjelaskan dengan lebih lanjut kerana anda semua sudah tahu teknik berpakaian untuk temuduga.
Sesi Menjawab Soalan
Kebanyakkan ramai gagal dalam temuduga ketika sesi menjawab soalan. Sifat gemuruh dan gementar menjadi punca anda gagal. Jawap soalan dengan tenang dan jika anda tidak mampu menjawap, sila balas dengan kata-kata positif. Hendaklah sentiasa senyum walaupun anda tidak mampu menjawap soalan yang dikemukakan.
Beri reaksi positif berkaitan kerja anda sebelumnya
Jika anda mempunyai pekerjaan sebelum ini, anda perlu menceritakan segala butiran berkaitan dengan kerja tersebut dan nyatakan sedikit sebanyak tentang projek-projek atau tugasan yang telah anda lakukan. Jika mampu bawa contoh-contoh kerja yang anda buat sebagai bukti yang menunjukkan anda tidak menipu semasa sesi tersebut. Jangan burukkan nama syarikat anda sebelum ini kerana ia akan mempengaruhi persepsi penemuduga kepada anda.
Ini sebahagian daripada tips penting untuk anda menghadapi temuduga. Kepada semua alumni semetrik selamat mencuba dan berjaya dalam temuduga tersebut.
Sunday, February 27, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Ulangtahun SEMETRIK ke-11 pada 22.2.2011
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dan panjatkan syukur ke hadrat ilahi, sedar tak sedar SEMETRIK telah berusia 11 tahun dari tarikh pelajar pertama (1st Batch) melaporkan diri di SEMETRIK. Sepanjang 11 tahun SEMETRIK, telah banyak perubahan dan pembangunan yang kita dapat perhatikan. Malahan, guru-guru juga silih berganti dengan wajah-wajah baru dan kebanyakan guru perintis SEMETRIK telah melangkah keluar untuk memberi perkhidmatan di sekolah yang lain.
Namun pengorbanan mereka untuk mendidik kami (bekas pelajar) tidaklah terhingga, mengajar erti kehidupan dan terbukti dengan kejayaan bekas pelajar mereka dalam pelbagai bidang yang diceburi. Namun usia Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK semenjak ia secara rasmi didaftarkan masih dikira sebagai setahun jagung, namun ASPIRASI kami AJK ALUMNI terus berusaha untuk menjadikan persatuan ini yang terulung di Malaysia. Bahkan kami mengharapkan sokongan serta bantuan daripada kalian bekas pelajar SEMETRIK, tanpa anda persatuan ini tidak mampu untuk mencapai misi yang di impikan.
Diharapkan ALUMNI SEMETRIK akan terus berkembang dalam rangka untuk membantu pihak sekolah dan disamping menganjurkan aktiviti-aktiviti dikalangan ahli. Aktiviti dikalangan ahli bakal dirancang agar ikatan ukhuwah di SEKOLAH dahulu tidaklah terputus setelah kalian melangkah keluar dari SEMETRIK.
Moga persahabatan kita ini terus mekar sehingga ke akhir hayat. Saya selaku YDP alumni juga berharap agar seluruh batch yang telah tamat pengajian di SEMETRIK untuk tampil mengisi kekosongan jawatan dalam Alumni SEMETRIK. Marilah kita sama-sama bergerak seiringan tanpa mengira batch/usia untuk menjayakan ASPIRASI alumni SEMETRIK.
Kita gencarkan semangat SATU SEMETRIK,SATU ALUMNI supaya setiap dari kalangan bekas pelajar tidak berasa terasing untuk bergerak dan berkhidmat untuk alumni SEMETRIK. Tampil ke hadapan untuk bersama-sama memberi khidmat kepada yang memerlukan. Akhir kalam, sempena sambutan ke-11 usia SEMETRIK ini, saya ingin mendoakan agar adik-adik yang masih belajar di SEMETRIK berjaya dan kembali berkhidmat untuk sekolah menerusi ALUMNI SEMETRIK.
Dan bagi rakan-rakan seperjuangan yang telah melangkah keluar dari SEMETRIK, ayuh bersama ALUMNI SEMETRIK untuk menyumbang tenaga anda untuk adik-adik SEMETRIK.
Bersama membina persahabatan sejati..
Wassalam.. Alhamdulillah dan panjatkan syukur ke hadrat ilahi, sedar tak sedar SEMETRIK telah berusia 11 tahun dari tarikh pelajar pertama (1st Batch) melaporkan diri di SEMETRIK. Sepanjang 11 tahun SEMETRIK, telah banyak perubahan dan pembangunan yang kita dapat perhatikan. Malahan, guru-guru juga silih berganti dengan wajah-wajah baru dan kebanyakan guru perintis SEMETRIK telah melangkah keluar untuk memberi perkhidmatan di sekolah yang lain.
Namun pengorbanan mereka untuk mendidik kami (bekas pelajar) tidaklah terhingga, mengajar erti kehidupan dan terbukti dengan kejayaan bekas pelajar mereka dalam pelbagai bidang yang diceburi. Namun usia Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK semenjak ia secara rasmi didaftarkan masih dikira sebagai setahun jagung, namun ASPIRASI kami AJK ALUMNI terus berusaha untuk menjadikan persatuan ini yang terulung di Malaysia. Bahkan kami mengharapkan sokongan serta bantuan daripada kalian bekas pelajar SEMETRIK, tanpa anda persatuan ini tidak mampu untuk mencapai misi yang di impikan.
Diharapkan ALUMNI SEMETRIK akan terus berkembang dalam rangka untuk membantu pihak sekolah dan disamping menganjurkan aktiviti-aktiviti dikalangan ahli. Aktiviti dikalangan ahli bakal dirancang agar ikatan ukhuwah di SEKOLAH dahulu tidaklah terputus setelah kalian melangkah keluar dari SEMETRIK.
Moga persahabatan kita ini terus mekar sehingga ke akhir hayat. Saya selaku YDP alumni juga berharap agar seluruh batch yang telah tamat pengajian di SEMETRIK untuk tampil mengisi kekosongan jawatan dalam Alumni SEMETRIK. Marilah kita sama-sama bergerak seiringan tanpa mengira batch/usia untuk menjayakan ASPIRASI alumni SEMETRIK.
Kita gencarkan semangat SATU SEMETRIK,SATU ALUMNI supaya setiap dari kalangan bekas pelajar tidak berasa terasing untuk bergerak dan berkhidmat untuk alumni SEMETRIK. Tampil ke hadapan untuk bersama-sama memberi khidmat kepada yang memerlukan. Akhir kalam, sempena sambutan ke-11 usia SEMETRIK ini, saya ingin mendoakan agar adik-adik yang masih belajar di SEMETRIK berjaya dan kembali berkhidmat untuk sekolah menerusi ALUMNI SEMETRIK.
Dan bagi rakan-rakan seperjuangan yang telah melangkah keluar dari SEMETRIK, ayuh bersama ALUMNI SEMETRIK untuk menyumbang tenaga anda untuk adik-adik SEMETRIK.
Bersama membina persahabatan sejati..
YDP ALUMNI SEMETRIK
Monday, February 14, 2011
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W - 1 SEMETRIK 1 UMMAH
Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Thursday, February 10, 2011
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)
- Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
- Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
- Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
- ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
- Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
Keputusan:
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب
NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
- Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
- Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
- Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
والله أعلم بالصواب
Credit: JAKIM
Subscribe to:
Posts (Atom)