Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Tuesday, January 27, 2009

Barbeque Anjuran Fasilitator Intan'09 bersama guru SEMETRIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dari kiri atas:Ahmad,Sham,Izufian,Najib, Hafiz,
Dari Kiri bawah: Sahir,Cikgu Tarmizi,Cikgu Kamal, Izat.
Cameraman: Ariff.

Bertempat di kawasan sekitar blok makmal kejuruteraan (Mekanikal,Awam dan Elektrik) telah diadakan majlis barbeque fasilitator (ex-semetrik) bersama guru Semetrik. Guru yang ada ketika itu adalah Ketua Warden Asrama Cikgu Kamal dan Ketua Kejuruteraan Mekanikal Cikgu Tarmizi.

Alhamdulillah rancangan pada awalnya seolah-olah sekadar main namun di minit terakhir terealisasi majlis tersebut biarpun agak lewat selepas selesai sesi Motivasi disebelah Malam di dewan sekolah. Malam itu juga kami di sponsor ikan kolam yang fresh ditangkap di sebelah petang dan di barbeque di sebelah malamnya. Sehinggakan kami sendiri tidak mampu menghabiskan semua ikan2 tersebut disebabkan terlalu banyak yang disponsornya.Cikgu Tarmizi banyak membantu kami memanggang ayam..:) terima kasih cikgu.



Ayam-ayam yang dipanggang oleh kami,sungguh enak tue.

Barbeque ini bermula sekitar jam 11.30 malam setelah selesai sesi malam motivasi, barang-barang keperluan dan ayam yang hendak di panggang telah diperam sejak petang siangnya. Namun disebabkan jumlah kakitangan yang tidaklah begitu ramai serta jemputan yang sedikit sahaja yang dapat menghadirkan diri,maka kami masih teruskan juga. Mungkin malam itu masing-masing sibuk mendengar keputusan piliharaya yang kebetulan sama dengan malam barbeque kami itu.Cikgu Kamal melihat ayam dipanggang disebelah saudara Izat.

Cikgu-cikgu yang awalnya menjadi jemputan kami terus membantu membakar serta mempanggang ayam-ayam serta ikan2 yang telah disediakan. Begitu enak tidak terkata, namun agar kurang meriah kerana tidak ramai yang dapat menyertainya. Diharapkan di lain waktu lebih ramai yang dapat menyertai dalam mengikat kembali ukhwah antara kita, dengan majlis-majlis sebegini sambil membakar dapat bersembang-sembang dan bertukar-tukar fikiran. Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam ketika majlis tersebut.

No comments: