Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, February 22, 2009

Malam Bersejarah

Terima kasih kepada semua bekas pelajar SEMETRIK yang sudi menjayakan malam yang penuh nostalgia.Semoga ia akan menjadi titik permulaan dan lebih banyak nostalgia dan memori kita ciptakan.Jadikan persatuan kita sebuah badan persatuan yang CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG..

21 FEBUARI 2009

Malam yang gemerlapan

Sesi bergambar warga SEMETRIK

Bekas pelajar Kejuruteraan Awam



Saturday, February 21, 2009

Laporan Majlis PERASMIAN Persatuan Bekas Pelajar Sek.Men.Tek.GERIK.

Alhamdulillah dan Memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt..

Bertempat di sebuah hotel baru yang telah digunakan untuk majlis Jubli Emas yang lalu. Satu lagi sejarah telah dicipta yakni majlis pelancaran Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK. Majlis yang telah dirangka hampir 3 bulan yang lalu, telah berjaya dengan gemilang dan terbilang dengan dihadiri hampir 50 orang mantan pengetua,penolong kanan dan mantan pelajar SEMETRIK dari semua batch (dari batch 1-batch 8). Majlis dimulakan sekitar jam 8.30 malam setelah menanti kehadiran mantan-mantan guru sekolah Men Teknik Gerik yakni En.Sopian Bahauddin, En.Yahya, En.Abd Rahim Samsuddin, EN Junit Mohd Khalil, En Mustaza, En.Radhuan, En.Tarmizi.

Majlis juga telah dimeriahkan dengan semua bekas pelajar SEMETRIK seperti dari batch pertam Mohd Aswad, Suhaimi (AKA mentol), Hazizi (AKA GG), Haikal , Mohd Hafiz (mat Ayor), Austin, Haslina, Madihah, Ardina, Syazrin, Syuhada (jong), Zulkifli Misran, mohd Hafiz (AFEX), Mastina, Ehsan, dan ramai lagi. Masing telah memeriahkan dengan majlis dengan fesyen yang penuh bergaya dan menawan sempena menyambut ulangtahun SEMETRIK ke-9 tahun.

Majlis dimulakan dengan ucapan alua-aluan oleh pengerusi Majlis yang di"host"kan oleh Mohd Najib Yahaya dan Anul Shuhada yang kedua-duanya sedodon dengan pakaian bertemakan batik dan kebaya merah yang sungguh menanawan dan tertarik..smbg..akan dtg..
Berikut gambar-gambar sepanjang majlis tersebut:

Thursday, February 19, 2009

Pengumuman Pertukaran Tempat Majlis Perasmiaan

Kami dari pihak majlis perasmiaan ingin membuat pengumuman bahawa majlis perasmiaan telah bertukar tempat dari Hotel Syuen ke Hotel Tower Regency di Jalan Dato' Seri Ahmad Said.Tujuan pertukaran tempat adalah untuk memastikan majlis ini mendapat tempat salah sebuah hotel terkemuka di Ipoh.Majlis ini akan menjadi titik permulaan pergerakan Alumni SEMETRIK.Bersama kita mencipta sejarah pertama di hotel yang baru sahaja beroperasi.


Hotel Tower Regency, Ipoh

info dari http://ipohtower.com

Saturday, February 14, 2009

Mengimbau Kenangan Lalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasmian Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK sudah sampai ke kemuncaknya. Insyallah dalam beberapa hari lagi, kita sama-sama akan bertemu (jejak kasih) setelah masing-masing tidak bertemu ada yang hampir 5 tahun dan lebih. Moga program yang dirangka dengan penuh rapi dan persiapan hampir 3 bulan sebelum ini,menjadi titik tolak kepada kemasyhuran ALUMNI SEMETRIK setanding ALUMNI sekolah-sekolah ternama yang lain. Moga ia juga menjadi bukti kepada kemampuan kita sebagai bekas pelajar sekolah teknikal.

Bagi Batch 1 SEMETRIK, pasti ia mengimbau 1001 kenangan ketika berada di TEKNIK GERIK. Pelbagai peristiwa suka dan duka, yang akan pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Di saat, sama-sama melihat dari sebuah sekolah yang diibaratkan seperti padang jarak padang terkukur, SEMETRIK terus melakar dengan program penanaman pokok serentak seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pokok masing-masing untuk ditanam di sekitar sekolah.

Ingatkah kita, disaat kita digemparkan dengan peristiwa "HISTERIA" yang menjadi topik hangat di SEMETRIK untuk beberapa ketika. Di mana, ramai dikalangan pelajar wanita yang dikatakan telah dirasuk syaitan dan bertindak diluar kawalan, dan bagaimana seorang pelajar lelaki yang melaungkan azan diblok sekolah ketika peristiwa itu berlaku.

Ingatkah kita, disaat sekolah dikejutkan dengan peristiwa "ORANG MINYAK" yang diberitahu telah menceroboh blok asrama aspuri. Pengawas-pengawas lelaki dikejarkan ke blok perempuan untuk menangkap lembaga tersebut sehinggakan dikerah untuk naik ke atas bahagian syiling blok asrama perempuan. Itulah dia asam garam ketika berada di SEMETRIK yang menjadi titik tolak kepada kematangan dan keutuhan persahabatan di antara kita.

Namun, segala yang diungkapkan di atas pasti tidak dan jauh sekali untuk berlaku seandainya satu nama yang begitu unik dan indah ini tiada di dalam lipata sejarah yakni....
SEMETRIK


wslm

Thursday, February 5, 2009

Reunion SEMETRIK 2007 di Teluk Senagin Perak.

Sahabat-sahabat sedang menjamu makan tengahari setelah penat mandi laut.

Disebelah malam, kami mengadakan jamuan berbeku, bakar ikan, ayam, sotong..nyam..nyam..

Sebelah petang pula, sama-sama beriadah bermain futsal bersama-sama..bestnyer..terkenang kembali saat-saat yang mengembira itu..
Akhir terakhir, masing-masing terpaksa berpisah...wuuuu..sedihnya..korang sentiasa menjadi ingatan,moga ikatan ukhuwah kita kekal selamanya..


Setiausaha ALUMNI