Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, July 19, 2009

Selamat Pengatin Baru Buat Cikgu Najib Yahaya


Alhamdulillah..


Akhirnya zaman bujang sahabatku Cikgu Najib Yahaya berakhir di pelamin. Saudara Najib selamat di ijab kabulkan pada Jumaat (17 Julai 2009) baru-baru ini di Ayer Tawar Perak. Begitu cepat masa berlalu, beliau yang dahulunya pelajar first batch SEMETRIK 2000/01 kini telah bergelar seorang suami dan bakal bergelar Papa/ayah/abi/abah.


Begitulah cepat masa berlalu dan kini SEMETRIK telah hampir mencapai usia satu dekad (10 tahun). Sepanjang 10 tahun yang lalu, telah ramai bekas pelajar SEMETRIK yang telah melangsungkan perkahwinan mereka. Ada di antara bekas pelajar SEMETRIK berkahwin sesama sendiri (jodoh katakan) dan ada juga yang berkahwin dengan rakan-rakan sekerja atau satu tempat pengajian seperti cikgu Najib.


Walau di mana jua kita bertemu dengan pasangan kita (bakal isteri atau suami), yang penting bahtera yang dibina perlu dibina dengan kasih sayang dan keimanan kepada Allah swt. Moga suatu hari nanti, kita bakal melihat ada dikalangan bekas pelajar SEMETRIK yang mengahwinkan anak sesama sendiri (tidak dijangka kan).


Insyallah, pihak admin akan meng"upoad" gambar-gambar bahagia cikgu Najib dengan pasangannya pada edisi berikutnya. Di minta semua pembaca blogger bersabar memandangkan pihak admin masih belum memperolehi softcopy gambar daripada pengantin.


Akhir sekali, Blog Alumni Semetrik mengucapkan SELAMAT PENGATIN BARU BUAT CIKGU NAJIB DAN PASANGANNYA, moga bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.



Sekian,

Blog Admin.

No comments: