Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka Puasa Bersama Ex-Semetrik

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua,

Bertempat di sebuah restoran di IPOH, baru-baru ini Persatuan Alumni SEMETRIK telah mengadakan majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan pada 29 August 2009. Alhamdulillah biarpun dalam kelompok yang kecil, namun majlis tersebut amat bermakna dikalangan ex-semetrik yang masing-masing terkenang ketika sama-sama berbuka di SEMETRIK,gerik dahulu.

Mana tidaknya,ketika di SEMETRIK dahulu, berbuka puasa merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan bagi pelajar asrama. Dan suasana riuh-rendah di dewan makan merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Masing-masing dengan karakter mahupun telatah yang tersendiri, ada yang memotong barisan..hehehe..ada yang datang terlalu awal...hehhe.dan pelbagai lagi.

Buat Batch 1, bulan puasa juga bermakna, kerana berpuasa ketika sedang menghadapi peperiksaan SPM. Bersahur dalam keadaan yang masih "lalok or mamai" adalah asam garam di SEMETRIK pada masa itu. Inilah kelebihan tinggal di asrama,mampu mengeratkan silatulrahim di antara kita selain mendekatkan hubungan kita dengan Allah swt dengan solat terawih di Surau SEMETRIK.alhamdulillah.

Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat menyempurnakan balance 20 hari puasa dalam keadaan yang sihat walafiat. Ameenn

Admin Blog. 1 September 2009

3 comments:

TSYA'Z (~_^) said...

owh ye ke ade mjlis....untuk batch 1 je ke?

hurm...anyway selamat berpuasa and selamat hari raya...hehe...puasa lom abes dah sebuk ckp pasl raya...hehehe

Hisyam Jusoh said...

kepada tsyaz..kami sebolehnya ingin menjemput semua bekas pelajar x kira mana2 batch..malangnya..info tentang batch2 lain tiada..kalau boleh wakil batch lain sila dapatkan senarai nama pelajar berserta no untuk dihubungi dan hantar kepada pihak alumni..kerjasama anda kami hargai

AN said...

Ramai ke yang hadir? berbuka di mana?