Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, February 27, 2011

Bagaimana untuk berjaya Temuduga

Kepada alumni..Disini kami sediakan beberapa tips untuk berjaya dalam temuduga. Jangan pandang rendah kepada tips ini kerana ini akan menjamin samada kamu semua diterima atau tidak dalam sesuatu pekerjaan. Keputusan yang cemerlang tidak menjamin anda akan diterima untuk berjaya dalam sesebuah syarikat jika anda lemah dalam proses temuduga tersebut.

Persediaan

Buat kaji selidik semua tentang syarikat yang akan anda hadiri. Melalu cara ini, anda dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang dan fokus sesebuah syarikat itu beroperasi dan kesesuaian dengan kemahiran yang anda ada. Teknik ini dinamakan pro-filing.

Kehadiran

Pastikan anda tiba lebih awal (paling lambat 15 minit sebelum temuduga). Amalkan sifat rakyat jepun iaitu datang tepat atau awal. Ini akan membuat anda lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi sesi temuduga dan masa yang ada boleh digunakan untuk mengisi borang.

Pemakaian

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (formal attire). Bahagian ini tidak perlu diperjelaskan dengan lebih lanjut kerana anda semua sudah tahu teknik berpakaian untuk temuduga.

Sesi Menjawab Soalan

Kebanyakkan ramai gagal dalam temuduga ketika sesi menjawab soalan. Sifat gemuruh dan gementar menjadi punca anda gagal. Jawap soalan dengan tenang dan jika anda tidak mampu menjawap, sila balas dengan kata-kata positif. Hendaklah sentiasa senyum walaupun anda tidak mampu menjawap soalan yang dikemukakan.

Beri reaksi positif berkaitan kerja anda sebelumnya


Jika anda mempunyai pekerjaan sebelum ini, anda perlu menceritakan segala butiran berkaitan dengan kerja tersebut dan nyatakan sedikit sebanyak tentang projek-projek atau tugasan yang telah anda lakukan. Jika mampu bawa contoh-contoh kerja yang anda buat sebagai bukti yang menunjukkan anda tidak menipu semasa sesi tersebut. Jangan burukkan nama syarikat anda sebelum ini kerana ia akan mempengaruhi persepsi penemuduga kepada anda.



Ini sebahagian daripada tips penting untuk anda menghadapi temuduga. Kepada semua alumni semetrik selamat mencuba dan berjaya dalam temuduga tersebut.




1 comment:

jonit said...

nice n good job...berguna smuenye ini...