Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Tuesday, February 22, 2011

Ulangtahun SEMETRIK ke-11 pada 22.2.2011


Assalamualaikum..


Alhamdulillah dan panjatkan syukur ke hadrat ilahi, sedar tak sedar SEMETRIK telah berusia 11 tahun dari tarikh pelajar pertama (1st Batch) melaporkan diri di SEMETRIK. Sepanjang 11 tahun SEMETRIK, telah banyak perubahan dan pembangunan yang kita dapat perhatikan. Malahan, guru-guru juga silih berganti dengan wajah-wajah baru dan kebanyakan guru perintis SEMETRIK telah melangkah keluar untuk memberi perkhidmatan di sekolah yang lain.

Namun pengorbanan mereka untuk mendidik kami (bekas pelajar) tidaklah terhingga, mengajar erti kehidupan dan terbukti dengan kejayaan bekas pelajar mereka dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Namun usia Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK semenjak ia secara rasmi didaftarkan masih dikira sebagai setahun jagung, namun ASPIRASI kami AJK ALUMNI terus berusaha untuk menjadikan persatuan ini yang terulung di Malaysia. Bahkan kami mengharapkan sokongan serta bantuan daripada kalian bekas pelajar SEMETRIK, tanpa anda persatuan ini tidak mampu untuk mencapai misi yang di impikan.

Diharapkan ALUMNI SEMETRIK akan terus berkembang dalam rangka untuk membantu pihak sekolah dan disamping menganjurkan aktiviti-aktiviti dikalangan ahli. Aktiviti dikalangan ahli bakal dirancang agar ikatan ukhuwah di SEKOLAH dahulu tidaklah terputus setelah kalian melangkah keluar dari SEMETRIK.

Moga persahabatan kita ini terus mekar sehingga ke akhir hayat.
Saya selaku YDP alumni juga berharap agar seluruh batch yang telah tamat pengajian di SEMETRIK untuk tampil mengisi kekosongan jawatan dalam Alumni SEMETRIK. Marilah kita sama-sama bergerak seiringan tanpa mengira batch/usia untuk menjayakan ASPIRASI alumni SEMETRIK.

Kita gencarkan semangat SATU SEMETRIK,SATU ALUMNI supaya setiap dari kalangan bekas pelajar tidak berasa terasing untuk bergerak dan berkhidmat untuk alumni SEMETRIK. Tampil ke hadapan untuk bersama-sama memberi khidmat kepada yang memerlukan.
Akhir kalam, sempena sambutan ke-11 usia SEMETRIK ini, saya ingin mendoakan agar adik-adik yang masih belajar di SEMETRIK berjaya dan kembali berkhidmat untuk sekolah menerusi ALUMNI SEMETRIK.

Dan bagi rakan-rakan seperjuangan yang telah melangkah keluar dari SEMETRIK, ayuh bersama ALUMNI SEMETRIK untuk menyumbang tenaga anda untuk adik-adik SEMETRIK.


Bersama membina persahabatan sejati..

Wassalam..

YDP ALUMNI SEMETRIK

2 comments:

mariea mnayan said...

ALHAMDULILLAH, sebelas tahun dah... moga semetrik terus maju. amin..

RONz'E said...

xde prgm ke utk bks2 stden semetrik nie....