Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Thursday, May 26, 2011

Peluang Kerjaya dan Gaji Tinggi di Bidang Multimedia

MDeC sasar 14,000 kerja 'bergaji tinggi'

KUALA LUMPUR 20 April - Multimemedia Development Corporation (MDeC) menjangkakan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan 'bergaji tinggi' tersedia di Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, peluang pekerjaan itu bukan sahaja melibatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebaliknya ia turut merangkumi sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, perakaunan, sumber manusia dan analisis.

"Tahun lalu sebanyak 10,000 pekerjaan bernilai tinggi dengan purata nilai gaji bersih sebanyak RM4,500 sebulan dan tahun ini ia meningkat disebabkan lebih banyak syarikat dibuka di MSC Malaysia dan juga peluasan operasi syarikat-syarikat berstatus MSC," katanya.

Badlisham berkata demikian di dalam sidang akhbar mengenai fasa ketiga MSC Malaysia di sini hari ini. Katanya, MDeC bekerjasama dengan pelbagai institusi termasuklah universiti, firma penyelidikan dan syarikat-syarikat berstatus MSC sendiri untuk mendapatkan bakat-bakat baharu bagi memenuhi kekosongan tersebut. Katanya, daripada jumlah pekerjaan tersebut hanya 15 peratus daripadanya diisi oleh pekerja asing.

"Kita bukan kekurangan bakat-bakat tempatan tetapi MSC bergerak terlalu pantas dan sudah menjadi strategi kami untuk mengiktiraf pekerja asing, namun majoriti peluang pekerjaan masih terbuka kepada warga tempatan," jelas beliau lagi.
Mengulas mengenai perancangan MDeC untuk menjana pembangunan berterusan MSC Malaysia, Badlisham optimis fasa ketiga akan lebih berjaya berbanding fasa-fasa sebelumnya.

Fasa ketiga bermula tahun ini dan akan berakhir pada tahun 2020. Bagi tempoh empat tahun pertama fasa ketiga berlangsung, MDeC mensasarkan pendapatan syarikat-syarikat berstatus MSC meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM142 bilion.

"Jika fasa kedua mengutamakan skala ekonomi, fasa ketiga pula lebih menumpukan usaha untuk memperkasakan rakyat selain mengukuhkan sektor ICT di dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Pada fasa kedua yang bermula 2004 hingga 2010, syarikat-syarikat MSC Malaysia berjaya menjana perolehan sebanyak RM103.8 bilion berbanding RM26 bilion pada fasa pertama, menyaksikan peningkatan sebanyak 299 peratus.

Selain itu, MDeC turut mensasarkan peningkatan 75 peratus eksport bagi syarikat-syarikat berstatus MSC kepada RM58 bilion dan 21 peratus peningkatan atau RM42 bilion sumbangan kepada KDNK untuk empat tahun pertama ini.

"Sasaran ini bersesuaian dengan matlamat utama fasa ketiga MSC Malaysia iaitu untuk meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menambah kadar eksport serta mengukuhkan pertumbuhan perolehan.

"Fasa ini juga penting dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu di dalam sektor ICT selain membuka peluang pekerjaan yang lebih luas," kata beliau.

Menurut Badlisham, fasa ketiga MSC Malaysia merangkumi penubuhan dua bandar siber baharu setiap tahun selain menyiapkan rangka kerja Inovasi Ekonomi Digital pada pertengahan tahun ini.

3 comments:

Unknown said...

contoh bidang dalam multimedia? senaraikan bidang apa yg ada .

Sapriadi said...

saya bachelor science multimedia, apa kerjaya yang saya boleh dapat dalam bidang multimedia ni..?

Unknown said...

sy bercadang ingin mengambil diploma multimedia.. boleh sy tahu peluang pekerjaan yang akan sy ambil??