Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Assalamualaikum semua kepada warga Alumni SEMETRIK..Bulan Ramadhan yang kita rindui telah datang kembali. Ini bermakna Allah S.W.T sekali lagi memberi peluang kepada kita untuk mengambil seberapa banyak pahala dan syafaat daripada Nya dibulan ini. Mungkin ramai dikalangan daripada kita masih tidak menyedari setiap nafas yang kita hembus dan setiap kali kita membuka mata, itu tandanya Allah memberi peluang kita untuk terus hidup dan berbakti sebagai hambaNya dan menjadi umat pesuruh Nya iaitu Nabi Muhamammad S.A.W. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama rebut peluang yang terbuka ini. Sempena bulan yang mulia ini, perbanyakkanlah amal jariah dan membaca Al-Quran, mungkin tidak banyak cukuplah dengan sekali sehari jika mampu satu juzuk sehari. Bagi yang dah bekerja, zakat jangalah kita lupakan kerana ianya salah satu Rukun Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


Hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, diikat para jin, ditutup pintu-pintu nereka, dibuka pintu-pintu syurga dan akan berserulah orang si penyeru”

Disini ALUMNI SEMETRIK mengucapkan SELAMAT MEMBUAT AMAL IBADAH DIBULAN RAMADHAN DAN BULAN-BULAN YANG LAIN JANGAN DILUPAKAN...

No comments: