Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Friday, January 27, 2012

Tahniah buat Rohaizad (Batch 1) dan Sumaiyah

Assalmualaikum,

Pihak ALUMNI ingin mengucapkan tahniah kepada Rohaizad yang telah bergelar suami kepada Sumaiyyah. Kami mendoakan agar percintaan yang dibina atas Islam ini akan kekal buat selama-llamanya dan terus membentuk keluarga sakinah. Disini disertakan gambar-gambar sepanjang majlis yang turut dihadiri oleh bekas-bekas pelajar SEMETRIK dari batch 1.


Moga ukhuwah yang dibina ini akan terus terbina sampai ke akhir hayat atas nama SATU SEMETRIK.

dari kiri...(Suhaimi, AL-Hafiz, Rohaizad, Sumaiyah dan Zulkifli (ahli pikir negara).
Sekian, administrator BLoG AlUmNI

Thursday, January 19, 2012

Armed Forces- Ukuran Kejayaan Sebenar (Kupasan daripada Ex-SEMETRIK).

Assalamualaikum,

Berikut merupakan sedikit temuramah bersama salah seorang bekas pelajar SEMETRIK. Oleh kerana beliau tidak mahu nama di siarkan di blog ALUMNI ini, kami telah meletakkan beliau sebagai Encik Shah (bukan nama sebenar). Moga cerita beliau ini menjadi iktibar dan contoh buat adik-adik yang masih menuntut di IPTA/IPTS tempatan. Janganlah cepat untuk berputus asa, kerana tiada kejayaan buat mereka-mereka yang lemah.




Blog Alumni: Pertamanya kami ingin mengucapkan jutaaan terima kasih diatas kesudian pihak saudara untuk ditemuramah oleh ALUMNI SEMETRIK. Tujuan kami adalah untuk turut sama berkongsi kisah-kisah kejayaan bekas pelajar SEMETRIK seterusnya menjadi iktibar buat rakan-rakan atau adik-adik yang masih menuntut.

Mr Shah:Salam dan sekalung tahniah buat ALUMNI kerana usaha yang dilakukan bagi mengekalkan Silaturrahim antara bekas-bekas pelajar SEMETRIK terus utuh terjalin. Saya amat berminat tentang usaha ALUMNI untuk terus membantu generasi baru SEMETRIK untuk lebih memahami masa depan mereka. Untuk makluman ALUMNI, saya ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan pemikiran sebagai salah seorang pelajar SEMETRIK berkenaan masa hadapan.

Blog Alumni: Bolehkan saudara serba sedikit menceritakan latar belakang saudara ketika masih menuntut di SEMETRIK ? Apakah cita-cita yang ditanam oleh saudara ketika berada di SEMETRIK, adakah saudara telah memahat cita-cita untuk menjadi jurutera atau engineer?

Mr Shah: Untuk mengelakkan sebarang rasa prejudis, pengalaman yang ingin saya kongsi adalah berkaitan dengan saya sendiri tanpa melibatkan orang lain. Ketika di SEMETRIK, saya masih ingat lagi bagaimana para guru mengingatkan dan menanamkan dalam diri saya untuk menjadi seorang jurutera dan kerjaya profesional yang lain. Sehinggakan saya berasa sangat bertuah dan bangga apabila menjadi pelajar SEMETRIK.

Blog Alumni: Benar saudara Shah, saya juga selaku bekas pelajar SEMETRIK memang sentiasa berbangga kerana dipilih untuk belajar di sana.Opppss, maaf ,mcm saya pula yang di temuramah. Baiklah, bagaimana pula langkah saudara selepas menamatkan pengajian di SEMETRIK? Dimanakah saudara menyambung pengajian selepas SPM?

Mr Shah: Setelah menamatkan pengajian di SEMETRIK, saya hanya mampu melanjutkan pengajian di peringkat Diploma sahaja. Secara automatik saya berasa sangat rendah diri dan malu untuk kembali ke SEMETRIK padahal saya dan rakan-rakan sangat ingin untuk kembali ke sana. Sepanjang pengajian Diploma saya sempat untuk ke sana tetapi hanya singgah untuk menunaikan solat. Namun setelah menamatkan pengajian saya telah menyertai Armed Forces sebagai seorang Admin Officer.

Blog Alumni: Jadi saudara kini telah berpangkat Admin Officer dalam Armed Forces, satu pencapaian yang barangkali tidak dijangka sebagai seorang bekas pelajar sekolah teknik. Tahniah buat saudara kerana tidak berhenti untuk terus menuntut ilmu selepas diploma.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“ Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9). Tidakkah ada perasaan untuk kembali ke SEMETRIK bagi menabur bakti dan ilmu kepada adik-adik yang masih menuntut?

Mr Shah:Terdetik hati saya untuk kembali dan menemui para guru dan saya lakukan, namun ada segelintir para guru yang sedikit menyentuh perasaan saya kerana menyangka saya hanya seorang perajurit biasa. Malahan ada yang menyuruh saya untuk sambung pengajian di peringkat ijazah dan sebagainya. Saya tidak nafikan bahawa mereka tidak tahu dan saya tidak ambil hati. Dan saya berfikir mungkin perkara ini juga berlaku kepada rakan saya yang lain, yang sama sama bekerja kuat untuk berjaya. Yang mana kurang berjaya dalam teori menggunakan tulang empat kerat dan lebih berjaya dari yang lain.

Blog Alumni: Dalam keluarga Shah, Shah anak yang ke berapa? Pasti sebagai seorang yang telah Berjaya, saudara turut menasihati adik-adik mahupun sepupu saudara untuk turut sama Berjaya. Jadi bolehkah saudara berkongsi serba sedikit latar belakang keluarga saudara?

Mr Shah: Saya sebagai anak yang sulung turut mempunyai adik yang saya sarankan untuk belajar di SEMETRIK. Dia menuruti nasihat saya dan berjaya ke Matrikulasi Melaka. Namun rezekinya bukanlah di situ. Sekarang dia telah mempunyai Diploma dan melanjutkan pengajian dalam bidang perkapalan di Sg Petani.

Blog Alumni: Seterusnya, pada pandangan saudara apakah resipi kejayaan sebenar sebagai seorang muslim? Apakah motivasi saudara untuk berjaya sehingga berjaya didalam bidang Armed Forces ini?

Mr Shah: Asasnya saya ingin berkongsi bahawa kejayaan seseorang itu tidak boleh diukur pada segenggam Diploma atau Ijazah. Tetapi apa yang dilakukan itu bermanafaat kepada keluarga dan masyarakat. Ramai di kalangan rakan saya di SEMETRIK yang dahuluya berada di kelas lebih rendah tetapi sekarang pada pandangan saya sangat berjaya. Saya berasa sangat bangga dan jika berpeluang berchatting dengan mereka saya akan menyatakan rasa bangga saya.

Ada yang bekerja jauh di Dubai dan Singapura. Bukan untuk mendabik dada ataupun riak, tetapi saya bangga menjadi perajurit Negara. Saya berasa bahawa saya telah mengecapi kejayaan kerana saya telah berkahwin, mempunyai rumah dan dapat membantu Mak dan Abah di kampung. Dan itu pandangan saya mengenai kejayaan dan pandangan setiap orang yang lain mungkin berbeza. Saya hormati itu.

Blog Alumni: Andai diberi peluang untuk berkongsi resipi kejayaan saudara, apa agaknya yang akan diperkatakan saudara buat adik-adik yang masih menuntut di SEMETRIK?

Mr Shah: Dan setiap kali berpeluang berkongsi cerita kepada pelajar2, seringkali saya nyatakan kejayaan itu adalah tentang apa yang kita lakukan dalam hidup ini. Dan kita mesti bersyukur dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita. Sebagai contoh setelah tamat SPM, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian bersama MISC tetapi saya gagal pada ujian pertama kerana sebenarnya saya adalah seorang yang rabun warna. Lawak kan?...Adik saya juga terpaksa menukar kursus kerana rabun jauh. Sememangnya saya yakin kejyaan pada pandangan setiap orang adalah berbeza. Dan saya ingin mengubah pandangan adik2 kita tentang erti kejyaan itu supaya nanti mereka tidak furstrated dan lebih yakin denga kemampuan diri.

Namun saya tidak sama sekali menyangkal usaha guru guru di SEMETRIK yang begitu berusaha untuk kita. Saya mendoakan blog ALUMNI terus maju dan terus berusaha demi anak bangsa terutama adik2 kita di SEMETRIK. Sekian, Wasalam.

Saturday, January 14, 2012

Lagu SEMETRIK

KOMPOSER: MEOR ZAHIDI TAHIR
LIRIK: MOHD SOPIAN BAHAUDDIN

KAMILAH WARGA SEMETRIK
SEJATI LAHIR PEWARIS WAWASAN TERCINTA
MENUNTUT ILMI INSAN HARMONIS
BUKA MINDA SEDIA BERUBAH

SEGALANYA BERMULA DI SINI
CERDAS TEPAT KERJA BERPASUKAN
INOVATIF DAN BERKREATIF
USAHA DAN DOA PASTI BERJAYA

c/o

TEKNOKRAT BERJAYA ITU CITA KAMI
HULUR BAKTI ILMUAN TELADAN
BERTEKNOLOGI BERINFORMASI
WADAH PELAJAR BESTARI

SEMETRIK MAJU KE DEPAN
KAU DI PERSADA NEGARA
MEMENANGI MUDAH GLOBALISASI
TEKAD INTELEK UKIR SEJARAH
SEMETRIK CEMERLANG KAU CEMERLANG
SEMETRIK TERUS GEMILANG

……………………. SEMETRIK!

Sunday, January 8, 2012

Tahniah Ridzuan Rawi di atas kelahiran secomel "Da'i".

Assamualaikum, Kami dari Alumni Semetrik mengucapkan tahniah kepada saudara Ridzuan Rawi dan isteri di atas kelahiran anak sulong mereka. Anak beliau lahir pada 21 Disember 2011 bersamaan 25 Muharram.


Moga anak beliau yang diberi nama Da'i terus diberikan kesihatan dan membesar menjadi Daie yang terhebat sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka konstantinopel.


Sekian, Admin Blog Alumni. - Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 3, 2012

Artikel Autobiografi Bekas Pelajar-Pelajar SEMETRIK yang telah berkerjaya.


Assalamualaikum,

Sebagai satu elemen kesegaran bagi blog Alumni Semetrik untuk tahun 2012. Kami pihak admin akan menulis artikel autobiografi bekas pelajar-pelajar Semetrik. Tema artikel akan lebih berkisar kepada kerjaya semasa Semetrikian dan nasihat-nasihat untuk adik-adik yang masih menuntut di sekolah.Setakat ini kita telah mengenalpasti beberapa kerjaya yang boleh menjadi aspirasi buat adik-adik.

Kerjaya-kerjaya tersebut seperti doktor, jurutera, juruteknik, guru, juruterbang, pensyarah, askar, bussinesman, kakitangan awam, jurutera kapalterbang, mekanik, kaunselor, dan berbagai lagi.Namun kami pihak alumni masih menerima idea-idea bernas dari kalangan semetrikian untuk terus menyegarkan blog ini.

Kami sentiasa berusaha untuk memberi maklumat yang terkini buat teman-teman sekalian. Anda bolehlah meng"email"kan idea bernas anda ke alamat pengurusan alumni di alumni_semetrik@yahoo.com.



Akhir kata, kami amat berterima kasih di atas sokongan anda selama ini dalam memajukan persatuan ALUMNI SEMETRIK. Tanpa anda kami tidak mampu sampai ke tahap ini.Terima Kasih.Admin Blog SEMETRIK.