Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, May 27, 2012

Selamat Bercuti Buat Warga SEMETRIK

Assalamualaikum,

Pihak Alumni ingin mengucapkan Selamat Bercuti buat seluruh warga SEMETRIK. Cuti sekolah hanya 2 minggu moga ianya dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah, isikan dengan ulangkaji pelajaran dan tingkatkan kefaman tentang apa yang dibelaja. Malahan itu, inilah masanya untuk kita membantu ibu bapa dalam urusan seharian dan saatnya untuk menyumbangkan tenaga kita dalam membantu ibu bapa. Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan berbaktilah kepada mereka selagi ada.


Kami juga mendoakan agar kalian semua bergembira disepanjang cuti sekolah ini. Jauhi daripada perkara-perkara yang membahayakan seperti membonceng motorsikal tanpa helmet, mandi di air terjun dan laut ketika musim hujan dan lain-lain lagi. Sesungguhnya kalian begitu berharga buat ibu bapa kalian dan janganlah membuatkan mereka sedih dan menangisi kerana anda.

Admin ALUMNIsemetrik.

27/5/2012

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Pengatin Baru Hairul Azhar Batch 1 !

Assalamualaikum,

Seorang lagi anak teruna Batch 1 melangsungkan perkahwinannya pada bulan Mei yang lalu, kami dari Alumni SEMETRIK ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau. Moga usia perkahwinan sampai ke akhir hayat dan diberkati Allah swt. Selain itu kami juga mendoakan agar beliau cepat dikurniakan cahaya mata dan mendidik anak-anak yang soleh/solehah. Bagi warga teruna/anak dara batch 1, segerakan untuk mendirikan masjid !! Kami akan berusaha untuk menghadiri majlis bahagia kalian...


Sekian,
Admin Blog Ex-SEMETRIK

Selamat Hari Guru 2012!!

Assalamualaikum,

Hari Guru menjelma lagi pada tanggal 16 Mei 2012, kami dari meja administrasi Blog Alumni SEMETRIK ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat seluruh warga pendidik Sek,Men Teknik Gerik. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan UCAPAN HARI GURU buat bekas pelajar SEMETRIK yang telah menceburi bidang perguruan. Pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh warga pendidik di alaf Millenium ini, namun kami amat berharap agar kalian akan terus tidak jemu dalam mendidik anak-anak bangsa/Islam dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.

Cikgu,

Tanpa kalian sesungguhnya kami tidak berada dimana kami berada sekarang dan tanpa kalian juga kami tidak dapat meraih apa yang kami kecapi sekarang. Terima kasih buat cikgu-cikgu yang telah mendidik kami sehingga menjadi manusia yang berguna untuk agama. Tiada nilai yang dapat membalas jasa baik kalian dalam mendidik kami, tidaknya jemu dalam memarahi kami serta tidaknya jemu dalam meluangkan masa untuk memahamkan kami yang serba lemah ini.

Cikgu,

Kami mendoakan agar kalian terus istiqamah dalam mendidik dan terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan usaha murni ini. Kami amat menyayangi kalian sebagaimana kami mengasihi bonda dan ayahanda kami. Sesungguhnya kalian telah melakukan satu usaha murni dan kami doakan agar ianya dibalas kelak oleh Allah swt di akhirat. Akhir kata, SELAMAT HARI GURU 2012, terima kasih CIKGU!!!


Sekian,
Admin Blog.