Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, July 29, 2012

Selamat Menjalani Fasa 10 Ke-2 Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu,
agar kamu bertakwa.

(Qs al-Baqarah/2:183)

Pejam celik...kita sudah memasuki 10 kedua bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Pastinya rakan-rakan sekalian telah melakukan yang terbaik dalam pembinaan diri dan merebut pahala yang berlipat ganda. Sesungguhnya Allah telah memberi kasihs sayangnya pada kita untuk merebut semaksimum mungkin pahala dan seterusnya meraih keredhaan-Nya. Alangkah ruginya adai kita dari kalangan mereka yang tidak berusaha semaksimum mungkin untuk meraih pahala yang dijanjikan Allah swt itu. Selain itu sebagai manusia ini, kita tidak jauh daripada melakukan kesilapan dan juga dosa, maka rebutlah malam-malam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk melakukan solat taubat dan merintih kepada-Nya agar diampunkan segala dosa dan diberi rahmatnya.

Selain itu juga, sama-samalah kita mengajak ahli keluarga dan ister/anak (bagi yang dh berkahwin) untuk menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai platform untuk melatih diri agar menjadi Mukmin atau Muslimah yang Terhebat. Ia ibarat satu kem pembinaan yang kita lalui semasa sekolah menengah atau di universiti, di mana peserta-peserta di beri motivasi, dididik dan diajar bagaimana untuk menjadi pelajar atau siswa terbilang.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." 

Maka kem Ramadhan ini lebih dari itu, kerana kem ini untuk mendidik kita menjadi mukmi yang terhebat dan seterusnya melatakkan hidup dan matinya kerana Allah swt. Tujuaan hidup tiada lain selain meraih keredhaan Allah swt serta berusaha semaksimum mungkin untuk menjadi mukmin yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaaran.

Ayuh rakan-rakan Alumni SEMETRIK, jadikanlah Ramadhan 2012 sebagai titik tolak kepada kebangkitan kita sebagai individu muslim/muslimin yang terhebat. Tahun ini jugalah menjadi titik kita membina institusi kekeluargaan yang berlandaskan hukum Allah swt, melatih anak-anak untuk mengaji dan bersolat, mengajak si isteri untuk mentaati perintah Allah swt.

Kami blog Alumni SEMETRIK mendoakan agar rakan-rakan terus diberi kesihatan untuk menyempurnkan Ramadhan tahun 2012 ini. Ingatlah mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita maka rebutlah semaksimum mungkin ganjaran dijanjikan Allah dan semua ini dilakukan semata-mata untuk mengEsakan Allah dan meraih kerahmatan dan keredhaanya...Sesungguhnya ganjaran syurga itu jauh sekali buat kita sebagai seorang insan yang lemah ini namun kita mengharapkan rahmat dan redha Allah sahajalah yang menentukan samada kita di Syurga mahupun di Neraka (minta dijauhkan).

No comments: