Sejarah
Selepas kelahiran
Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Hajar, baginda dan ibunya telah dibawa ke sebuah kawasan padang pasir gersang dan kosong di tengah-tengah Semenanjung Arab.
Hajar telah mengikuti suaminya dan berkata, "Oh, Ibrahim, ke manakah
kamu hendak pergi, meninggalkan kami di lembah yang tiada orang ini dan
tiada peneman dan tiada apa-apa disini?". Beliau mengulangi kenyataan
tersebut dan akhirnya beliau bertanya adakah ini semua adalah suruhan
Allah. Lalu Nabi Ibrahim mengiyakannya dan meninggalkan mereka berdua di
situ dengan hati yang berat. Lalu baginda berdoa seperti yang tercatat
dalam ayat ke-37, surah Ibrahim iaitu:[7][8][9]
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ
أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ
الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
— Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya
aku telah tempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah
(Makkah) yang tiada padanya tanaman, disisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya
mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh
itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka
(supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada
mereka dan pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka
bersyukur.
Setelah berada di kawasan itu untuk beberapa ketika, Hajar dan Nabi
Ismail telah kehabisan makanan dan minuman. Kemudian, Hajar telah lari
berulang-alik dari
bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali untuk mencarinya. Perbuatan beliau menjadi simbolik kepada ibadah sa'i
yang dilakukan dalam haji. Dalam keadaan terdesak itu, beliau berdoa
kepada Allah. Nabi Ismail kemudiannya menangis dan menghentak-hentak
kakinya ke tanah lalu terpancutlah air dari bawah tanah (sesetengah
versi mengatakan malaikat telah menggali kawasan air tersebut dengan
kakinya (atau sayapnya) dan keluarlah air itu).[7] Perisitiwa itu menandakan kemunculan telaga Zam-zam seperti yang dilihat pada hari ini.
Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
- Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
- Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
- Mukallaf.
- Berkemampuan dengan syarat:
- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
- Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment