Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Sunday, January 20, 2013

SUKSES 13 Satu Kejayaan !!

Assalamualaikum,
Terima Kasih Pihak Sekolah
 
 
Terdahulu, kami inign memanjatkan kesyukuran kepada hadrat Allah swt yang telah memberikan kami kemampuan untuk melaksanakan program 2 hari SUKSES 13 untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 SEMETRIK. Semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada seluruh peserta SUKSES 13. Turut membantu adalah barisan fasilitator dari kalangan bekas pelajar SEMETRIK.
 Cikgu Hamidah bersama barisa fasilitator wanita.
 
 
Pihak Alumni juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi sokongan dan bantuan daripada awal program sehingga berakhirnya program semalam. Dan pastinya ucapan terima kasih kepada pengetua SEMETRIK yang telah memberikan kebenaran untuk kami menjalankan program ini. Selain itu guru-guru yang tidak jemu memberikan komitmen seperti Cikgu Tarmizi, CIkgu Farah, Cikgu Mustaza, Ustaz Ramli, Ustaz Che Din dan Cikgu Hamidah.  tanpa anda kami pasti gagal !
 
 
Dari awal, GURU yang telah memlontarkan idea rancangan motivasi ini yakni Cikgu Hamidah dan CIkgu Tarmizi dalam mesyuarat pertama sekolah untuk penggal 2013 amatlah kami hargai dan akhirnya program ini terealisasi pada 19-20 Januari yang lalu. Kami amat terharu dan berterima kasih dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh cikgu-cikgu semua.
 
 
Tanpa Bekas Pelajar Tidak Berjaya SUKSES 13
 
 
Selain itu, pihak alumni ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh bekas pelajar yang telah memberikan kerjasama pada pihak ALUMNI dalam menjayakan program ini terutama kepada Hisyam, Syazwan, Abdullah, Ali, Basir, Yazid, Farid, Lutfi, Azril, Azli, Syed, Najib, Hanis, Nizwan, Shahrul, Amirra, Hidayu, Miera, Atiqah, Maria,Nusyura,Shamsu ,Sarah dan Wahida. Tanpa anda program ini pasti tidak akan berjaya!
 
 
Sebahagian daripada fasilitator datang daripada Johor, Kuala Lumpur dan Penang, dan ini membuktikan betapa mereka sanggup berkorban demi menjayakan program SUKSES 13 ini. Kami berharap agar lebih ramai bekas pelajar yang akan menyumbangkan idea dan tenanga untuk program-program yang akan datang. Tanpa anda semua pastinya Persatuan Bekas-bekas pelajar SEMETRIK tidak mampu untuk bergerak dengan jayanya.

 Bekas pelajar yang hadir semasa SUKSES 13


Acara berberbeku pada 19 malam itu juga telah menjadi medium untuk kita saling mengenali dan lebih akrab sebagaimana motto ALUMNI SEMETRIK "Membina Persahabatan Sejati". Tidak kira darimana kita, batch berapa kita, atau siapa kita, kita semua bersatu dibawah ALUMNI SEMETRIK dan kitalah pemangkin untuk menjayakan persatuan ini.


 Acara berbeku bersama Cikgu Tarmizi, cikgu Kamal dan barisan fasilitator.
 
 
Pelajar-pelajar tingkatan 5 terbaik
 
 
Kami juga ingin mendoakan agar peserta SUKSES 13 berjaya dalam SPM 13 ini nanti. Diharapkan perkongsian kami sepanjang 2 hari 1 malam ini akan digunakan sepenuhnya oleh mereka dalam menghadapi SPM tahun ini. Kami sentiasa akan berusaha untuk membantu apa yang terdaya dalam memberi sedikit pengalaman kami untuk anda semua.

 Perkongsian 2: Bagaimana menjadi Pelajar Islam Cemerlang?

 
Juga kami amat berterima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak alumni sepanjang 2 hari dalam program SUKSES 13. Anda telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Terima kasih juga kepada komen-komen yang positif telah diberikan dalam soal selidik yang diberikan dan kami akan berusaha untuk membaiki sebarang kelemahan yang ada sepanjang program 2 hari 1 malam ini. Sebagai mewakili barisan fasilitator dan pihak pengurusan SUKSES 13, kami ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andai sepanjang program ini kami ada salah dan silap.
 
 
Sekian,
 
 
"Membina Persahabatan Sejati"
 
 
Muhamad Sahir B Ahmad Shatiry.
Pengarah SUKSES 13,
Anjuran Persatuan Bekas-bekas Pelajar,
SEMERIK.
 
 
21hb Januari 2013.

1 comment:

Unknown said...

tahniah kepada semua warga SEMETRIK dan bekas pelajar kerana menganjurkan program di SEMETRIK....Buat bekas pelajar yang aktif menaburkan bakti murni semoga terus aktif. Tahniah