Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Monday, January 26, 2009

Motivasi Anjuran Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK'09




Assalamualaikum buat pembaca sekalian,

Sudah lama kiranya pihak persatuan Alumni SEMETRIK tidak menulis berita-berita terkini berkenaan aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan. Buat pengetahuan semua pada 17 Januari-18 Januari yang lalu pihak persatuan dengan kerjasama pihak SEMETRIK telah berjaya merealisasikan motivasi kali ke-7 di Sek.Teknik Gerik. Untuk pengetahuan semua, kami@ Pihak Persatuan telah berjaya mengadakan kem motivasi hampir setiap tahun di SEMETRIK bermula pada tahun 2002. Namun pada tahun 2008, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak berjaya untuk mengadakan kem motivasi yang sepatutnya adalah yang ke-7. Namun bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya kami telah diberi peluang dan kesempatan untuk mencurahkan sedikit bakti kepada sekolah.

Pada tahun ini (2009), sasaran kami adalah Pelajar tingkatan 5 yang tidak pulang ke kampung pada minggu tersebut sekitar 70 org pelajar. Pada kami biarpun sedikit, yang utama kami dapat mencurahkan sebanyak mungkin ilmu di dada untuk pedoman pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Buat pengetahuan semua, fasilitator di kalangan bekas pelajar SEMETRIK sendiri seperti Cikgu Najib, Noor Hisyam Jusoh, Izat dan M Sahir dan ramai lagi.

Mereka telah meluangkan masa dan tengaga semata-mata untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama pelajar. Biarpun tanpa bayaran malahan terpaksa mengeluarkan kewangan sendiri untuk menjayakan program tersebut, tetap meletakkan mereka untuk terus berbakti kepada pelajar-pelajar SEMETRIK. Insyalllah usaha murni mereka pasti dibalas oleh Allah swt dan mendapat rahmat dari-Nya. Ucapan terima kasih juga ALUMNI Semetrik lafazkan kepada mereka yang telah membantu secara langsung dlm yakni Cikgu Izufian dan rakan serumah yang telah membenarkan kami untuk menumpang rumah mereka. selagi terima kasih.

Selain itu , terima kasih kepada pengurus Majalah sekolah Cikgu Asri yang telah mengambil gambar di akhir kem Motivasi tersebut. Selain itu terima kasih kepada CIkgu Mustaza yang telah menguruskan persiapan di peringkat awal, juga Cikgu Asrama CIkgu Kamal dan CIkgu Tarmizi dan Ustaz Ramli. Moga keterlibatan saudara-saudara sekalian mendapat keberkatan dari Allah dan hanya dialah yang dapat membalas budi baik kalian.

Penutup, Pihak Persatuan memohon kemaafan andai ada melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang menguruskan program motivasi yang tidak seberapa ini. Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang program Motivasi tersebut.

1 comment:

Muhammad Azril said...

waa....bestnyee...

sorry la ari 2 x leh nak join...

sy support alumni