Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Monday, January 26, 2009

Perasmian ALUMNI di Hotel Syuen_countdown 26 hari

Majlis Perasmian Persatuan Bekar Pelajar SEMETRIK pada 21 FEBRUARI 2009 (SABTU)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Untuk pengetahuan semua, Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK telah secara rasminya mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Perak sekitar bulan Ogos 2008. Bersempena dengan itu, saya selaku Presiden alumni ingin menjemput semua bekas pelajar SEMETRIK untuk sama-sama menjayakan Majlis Perasmian Persatuan kita pada 21 Februari 2009 bertempat di Hotel Syuen,Ipoh. Bayaran penyertaan untuk setiap yang berminat hanya RM50.00. Inilah saatnya untuk kita sama-sama bertemu kembali setelah hampir bertahun-tahun tidak bersua muka. Untuk batch pertama sudah menjangkau 6 tahun kita meninggalkan SEMETRIK'02. Oleh itu, sama-samalah memeriahkan acara julung-julung kali Perasmian dan bertemu semula ini. Program perasmian untuk kali ini diketua oleh saudara Hisyam (PKA) yang bekerja keras untuk menrekrut AJK dikalangan bekas pelajar.

Kita telah berjaya menganjurkan perjumpaan pada tahun lepas di Teluk Senangin Perak. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas , masa berkesempatan untuk meluangkan masa dan tenaga untuk menyertai perjumpaan tersebut. Maka, apalah salahnya untuk kalian semua sama-sama menjayakan perjumpaan dan perasmian yang julung kali buat kita semua. Acara-acara dalam majlis makan malam tersebut telah digarap dan di rancang dengan teliti supaya perasmian tersebut menjadi ingatan untuk kita semua. Biarlah kenangan yang terindah diukir pada malam tersebut. Berikut merupakan serba sedikit butiran perasmian dan perjumpaan 2009:

Tarikh:21 Februari 2009 (SABTU)
Tempat: Hotel SYUEN Ipoh

Masa: 7.30mlm - 11 mlm
Tema: Makan malam dan persembahan
Pakaian: Akan ditentukan kemudian


Yang Benar,
SAHIR
Yang Dipertua ALUMNI Semetrik

3 comments:

Haslina said...

tumpang tya la....
sesaper yg nk join nie nk kena bg nama kt saper???
nk byr RM50 tue kt saper?

ALUMNI_SEMETRIK said...

bg nama kt hisyam byr pd akaun persatuan..sila tgk old post untuk mengetahui lbh lanjut

hafiz said...

dah bayar bagi aku pun bleh
harap boleh bayar cpat
pls invite kawan2 ok