Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, February 14, 2009

Mengimbau Kenangan Lalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasmian Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK sudah sampai ke kemuncaknya. Insyallah dalam beberapa hari lagi, kita sama-sama akan bertemu (jejak kasih) setelah masing-masing tidak bertemu ada yang hampir 5 tahun dan lebih. Moga program yang dirangka dengan penuh rapi dan persiapan hampir 3 bulan sebelum ini,menjadi titik tolak kepada kemasyhuran ALUMNI SEMETRIK setanding ALUMNI sekolah-sekolah ternama yang lain. Moga ia juga menjadi bukti kepada kemampuan kita sebagai bekas pelajar sekolah teknikal.

Bagi Batch 1 SEMETRIK, pasti ia mengimbau 1001 kenangan ketika berada di TEKNIK GERIK. Pelbagai peristiwa suka dan duka, yang akan pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Di saat, sama-sama melihat dari sebuah sekolah yang diibaratkan seperti padang jarak padang terkukur, SEMETRIK terus melakar dengan program penanaman pokok serentak seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pokok masing-masing untuk ditanam di sekitar sekolah.

Ingatkah kita, disaat kita digemparkan dengan peristiwa "HISTERIA" yang menjadi topik hangat di SEMETRIK untuk beberapa ketika. Di mana, ramai dikalangan pelajar wanita yang dikatakan telah dirasuk syaitan dan bertindak diluar kawalan, dan bagaimana seorang pelajar lelaki yang melaungkan azan diblok sekolah ketika peristiwa itu berlaku.

Ingatkah kita, disaat sekolah dikejutkan dengan peristiwa "ORANG MINYAK" yang diberitahu telah menceroboh blok asrama aspuri. Pengawas-pengawas lelaki dikejarkan ke blok perempuan untuk menangkap lembaga tersebut sehinggakan dikerah untuk naik ke atas bahagian syiling blok asrama perempuan. Itulah dia asam garam ketika berada di SEMETRIK yang menjadi titik tolak kepada kematangan dan keutuhan persahabatan di antara kita.

Namun, segala yang diungkapkan di atas pasti tidak dan jauh sekali untuk berlaku seandainya satu nama yang begitu unik dan indah ini tiada di dalam lipata sejarah yakni....
SEMETRIK


wslm

6 comments:

TSYA'Z (~_^) said...

emm bukan setakat org minyak jer, tp bnyak lg bnda lain yg 'suka' sekolah 2,... maybe sbb kwsan yg diduduki tu..

emm ade test la msa tu
cannot go..have fun yer everybody (sape2 yg pg la)

(im student from 5th batch)
if im not mistaken la... hehehehe

AnnHizam said...

aper nie citer benda plik2 cmnie.. klu korg bkak citer psal islam jgak bgs.. sekurang-kurangnya dpt membuka pemikiran umat terhadap islam.. (ex student semetrik 05/06)

Unknown said...

aku ngat lagi mase aku f5(2005)..
mase 2 kat sbelah aspuri 2 ade satu kawasan perumahan tgah dlm pembinaan...so ramai la mat2 indon yg mendiami kwsn 2...
ade satu ari 2 gempar dikatakan satu makhluk masuk ke aspuri tnpa memakai baju...
aku x tau la sejuah mana kebenaran cerita 2...
bdk2 ni ckp maybe mat indon sebelah yg masuk utk mencuri...
yela..bygkan tgah sedap2 beradu tbe2 dgr org menjerit....rpe2nye ade org pecah masuk bilik diorang n curi kamera digital..tp yg kelakar kamera 2 x sempat dilarikan n pencuri 2 tinggal kamera 2 kat atas koridor..maybe time 2 die cuak kot...x sempat nak pakai kasut..trus blah n t'lupe nak amik kamera 2......(pencuri pn baik masuk rumh org bkk kasut...)..
haha..
yg pastinye bnyk kenangan kat semetrik yg x dapat aku lupekan....

hafiz@afu said...

salam ye2 azamida sy pon ada gak time 2...form5 2005

hafiz@afu said...

slamat ari raya...kpd semua bks plajar semetrik 04/05 yg kenali aku...

hafiz@afu said...

slamat ari raye....sesiapa yang knal aku time d semetrik dulu silalah hubungi aku di ryzer_sasuke88@yahoo.com add aku kat fb k