Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Maal Hijrah - 1432
Hijrah?? Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah. Ramai masih tertanya-tanya dan ramai pula yang mendefinisikan perkataan hijrah dalam pelbagai konteks dan aspek. Namun bila kita bercerita tentang hijrah, adakah kita sudah berhijrah?? Bagaimana hijrah itu dilakukan?? Apa kita perlukan untuk berhijrah?? Persoalan yang timbul ini bukan sekadar hanya seperti melepaskan batuk ditangga malah perlu ada jawapan dari setiap soalan. Secara amnya Hijrah bermaksud berpindah,bergerak atau berubah dari satu kebaikan kepada yang lebih baik. Ya, itulah jawapan secara am. Bukan untuk diri sendiri tetapi merangkumi semua cabang-cabang dan bahagian-bahagian yang melibatkan proses dan pergerakan sebuah kehidupan tidak kira dimana dan kedudukan kita berada. Pelajar Semetrik berhijrah selepas tamat pengajian. Penghijrahan ini memberi peluang semua bekas pelajar untuk mencari dan mempelajari makna kehidupan sebenar. Sebelum ini pelajar-pelajar disogok,diberi dan disuap dengan pelbagai kemudahan tanpa menghargai kerana ianya bukan daripada mereka. Apabila mereka sudah keluar,pelbagai cara diperlukan untuk mendapatkan sesuatu. Dewasa ini, kita didengari dengan pelbagai kes yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani gejala ini, namun ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Kenapa masalah ini tiada penghujung walaupun banyak alternatif telah diambil?? Ini kerana semua perubahan ini haruslah bermula dari pelajar masing-masing. Pelajar itu sendiri harus menanam sifat penghijrahan. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana melalui hari-hari akan datang. Sebab itulah mereka masih meniti zaman keremajaan yang penuh dengan cara hidup kesenangan. Tiada masalah untuk berhibur namun bila sifat untuk berhibur melalui batas, terbitlah gejala-gejala yang tidak diingini. Disini kami dari Alumni SEMETRIK ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru 1432 Hijiriah. Semoga persatuan ini akan terus maju dan berdaya saing dengan persatuan-persatuan lain. Alumni SEMETRIK berazam dan akan melakukan hijrah dari segi mutu perkhidmatan dengan lebih efektif demi kesenangan semua bekas pelajar. Insyallah pelbagai acara akan kami anjurkan dan hijrah ini bukan semata-mata untuk diri sendiri malah untuk semua dimana ianya bermula dari SEMETRIK. Walaupun semua sudah tiada tidak bermakna kami tidak akan patah balik. Kepulangan kami adalah untuk menunjukkan pada semua pendidik yang kami sudah melakukan PENGHIJRAHAN.
Tuesday, November 23, 2010
Semoga Berjaya Menempuh SPM dari Alumni SEMETRIK
Kami warga Alumni Semetrik mendoakan semoga pelajar-pelajar tingkatan 5 berjaya mengharungi peperiksaan SPM 2010. Hendaklah kita tahu bahawa Allah pernah berfirman dengan maksudnya:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"
Ini menunjukkan Allah memberi kita peluang untuk berhijrah dari satu kebaikan kepada perkara yang lebih baik. Andai kata anda mendapat keputusan yang tidak diimpikan janganlah berputus asa kerana peluang masih banyak menanti didepan kita. Hanya kita yang mampu mendapatkan dan memilih peluang tersebut. Ingatlah, gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. Apa yang penting sifat tidak berputus asa dalam diri kamu mesti ditanam sedalam-dalamnya dan lakukan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh. Yakinilah Allah sentiasa memberi anugerah pada hamba-Nya yang rajin berusaha kerana-Nya.
Kepada pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan Semetrik, janganlah kamu lupa pada jasa guru-guru yang banyak berkorban demi kamu. Anda terkasar bahasa daripada mereka, maafkan mereka kerana tanpa guru-guru ini belum tentu kamu dapat ilmu daripada mereka. Rajin-rajinlah selalu melawat Semetrik dan berhubung selalu dengan guru-guru kamu. Peringatan diberi kepada bakal Alumni Semetrik 2010, janganlah kamu menyimpan perasaan benci pada tempat kamu menuntut ilmu kerana ilmu itu datang daripada Allah dan amalkan ilmu yang diberi dan semaikanlah ilmu itu pada orang-orang yang tidak bernasib baik.
Akhir kata Majulah Semetrik untuk Malaysia.

Wednesday, August 11, 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Alumni SEMETRIK mengucapkan selamat berpuasa kepada bekas pelajar dan warga Sekolah Menengah Teknik Gerik. Semoga kehadiran bulan yang mulia dapat meningkatkan lagi keimanan kita pada Yang Esa. Perbanyakkan amal ibadah dan jariah dibulan ini semoga ianya dapat dilanjutkan setiap masa tanpa menunggu kedatangan Ramadhan sahaja. Mungkin kita tidak dapat menemui Ramadhan pada masa akan datang. Oleh itu hendaklah kita membuat persiapan dari sekarang dan InsyAllah kita akan mendapat tempat disisi-Nya.
Monday, May 17, 2010
Majlis Perkahwinan Sahir dan Zahra pd 19 JUN 2010
Saturday, May 15, 2010
SELAMAT HARI GURU
Tanggal 16 Mei, semua guru-guru diraikan sebagai satu tanda menghargai kerana mendidik pelajar-pelajar sehingga berjaya.Tidak ketinggalan juga di SEMETRIK.Walaupun berjauhan dari sekolah ingatan kami pada guru-guru tidak pernah luput dari ingatan.Suka duka jerit pekik daripada guru-guru sentiasa terngiang-ngiang di telinga kami.Sukarnya mereka membentuk jati diri kami adalah suatu perkara tidak dapat kami lakukan.Ini kerana keisitimewaan itu hanya datang daripada manusia bernama guru.Sehubungan dengan itu kami dari ALUMNI SEMETRIK mengucapkan SELAMAT HARI GURU.
Tuesday, April 27, 2010
Program Motivasi Pelajar bagi tahun 2010
Assalamualaikum Wbt,
Insyallah pihak Alumni bakal menganjurkan program motivasi untuk tahun 2010. Sebagaimana yang diketahui ramai, pihak Alumni tidak pernah ketinggalan untuk mengadakan program motivasi setiap tahun. Namun untuk tahun ini, pihak Alumni berhasrat untuk mengadakan program yang betul-betul bermakna buat pelajar SEMETRIK. Oleh itu, kami menyeru semua bekas pelajar SEMETRIK untuk mendaftarkan nama anda selaku fasilitator bagi program motivasi yang bakal dianjurkan. Pendaftaran bolehlah dibuat kepada mana AJK Alumni SEMETRIK atau YDP Alumni SEMETRIK. Moga sumbangan kita yang sidikit ini mendapat rahmat dan redha Allah swt.
Wslm
Yang Benar,
ADMIN

Monday, March 1, 2010
Terima Kasih semua
Assalamualaikum dan Salam Satu SEMETRIK,
Tanggal 27 hb Feb 2010, satu lagi memori tercipta dimana Sambutan Ulang Tahun Sedekad Sekolah Menengah Teknik Gerik telah dirasmikan oleh Y.B Dato Hasbullah Osman,Adun Temengor merangkap setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri.Acara gilang gemilang itu diadakan di Dewan Besar SEMETRIK dan dimeriahkan oleh guru-guru dan bekas guru dan pengetua serta staf sekolah.Kehadiran bekas pelajar rata-rata daribatch 1,3 dan 6 turut menceriakan majlis tersebut.Sehubungan dengan itu kami dari Alumni SEMETRIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir dan menceriakan suasana SAMBUTAN ULANG TAHUN SEDEKAD SMETRIK. Biarpun tidak semua batch yang hadir dalam Majlis tersebut, namun semangat yang diberikan oleh mereka yang hadir dan memberi sokongan ke atas Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK amatlah dihargai. Diharap ini merupakan titik permulaan bagi perjalanan dan perjuangan yang masih jauh. Bagi yang tidak dapat hadir disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, moga dilain waktu kalian diizinkan-Nya untuk menyertai dan sama-sama memeriahkan majlis. Insyallah
Yang Berhormat Dato Hj Hasbullah B Osman, ADUN Temenggor
Sekian,
Admin Blog SEMETRIK
Monday, February 22, 2010
JEMPUTAN TERAKHIR BUAT SEMUA
a
Salam Satu SEMETRIK, Sebagaimana yang telah diketahui,pada hujung minggu ini Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK akan mengadakan majlis reunion di Sek. Men Teknik Gerik sempena 10 tahun SEMETRIK. Bagi yang masih belum menjelaskan pembayaran,tiada masalah disebabkan sambutan yang mengalakkan, kami memberi kelongaran utk membuat pembayaran pada hari tersebut yakni 27 Februari 2010 (Sabtu).
Jadi jangan lepaskan peluang julung2 kali utk ada menjejakkan kaki ke tempat yang telah lama ada tinggalkan, kini masanya utk anda mengimbau kembali nostalgia lama, kembali mengenang betapa kerdilnya kita dan tuanya kita setelah meninggalkan alam persekolahan. Ayuh kawan2 ex-SEMETRIK-KU,mari sama2 kita mengegarkan bumi SEMETRIK dengan Sambutan 10 tahun SEMETRIK ini...ayuh..ayuh....bersama kita membentuk kesafahaman SATU SEMETRIK...
Akhir kata...Jumpa anda di SANA>>SANA>>>SNAAAAA>>>>>

Monday, February 15, 2010
Tempahan Hotel bagi yang berkeluarga
Disini Alumni Semetrik menyediakan informasi hotel -hotel bagi bekas pelajar yang sudah bekeluarga yang ingin menyertai majlis sedekad Semetrik..
SMZ Hotel (05-7917822)
Queen and Single Bed - RM 70
2 Single bad - RM 60
3 Single Bed - RM 70
King Size bed - RM 50
Family Package 2 Double Size - RM 80
Gerik Hotel (05-7914797)
2 Double bed - RM 80
1 Double and Single bed - RM 70
3 single bed - RM 70
2 single bed - RM 60
1 double - RM 60
SMZ Hotel (05-7917822)
Queen and Single Bed - RM 70
2 Single bad - RM 60
3 Single Bed - RM 70
King Size bed - RM 50
Family Package 2 Double Size - RM 80
Gerik Hotel (05-7914797)
2 Double bed - RM 80
1 Double and Single bed - RM 70
3 single bed - RM 70
2 single bed - RM 60
1 double - RM 60
Thursday, February 11, 2010
Perlanjutan Tempoh Pembayaran Program Sedekad SEMETRIK
Assalamualaikum...
Berita gembira !! Dimaklumkan kepada rakan-rakan sekalian (ex-semetrik) bahawa tempoh pembayaran program reunion Sedekad SEMETRIK akan dilanjutkan sehingga 19 Februari 2010. Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan belum membuat pembayaran,diharapkan dapat menjelaskan segera ke dalam akaun Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK dan memaklumkan kepada Sahir atau Hisyam
Sekian,
Admin Blog.

Saturday, February 6, 2010
Pembayaran Majlis Reunion SEMETRIK sempena 10 tahun
Salam rakan2 yang dikasihi sekalian....
Diharap dapat menyempurnakan pembayaran segera mungkin agar pihak AJK Program dapat menguruskan majlis dengan lebih berkesan dan mantap sebelum 10 Februari 2010. Disamping itu, diminta agar terus menghebahkan kepada rakan ttg majlis tersebut. Kami berharap agar ramai yang dapat menyertai program yang julung2 kali diadakan ini.
Marilah sama2 menjayakan ulangtahun SEMETRIK ke-10 tahun.....
Sekian,
Admin Blog

Wednesday, January 27, 2010
REUNION SEDEKAD SEMETRIK 27-28 FEBRUARI
ASSALAMUALAIKUM Semua,
Soalan yang sering ditanya berkenaan reunion di atas agar sy permudahkan seperti dibawah:
1. Bila tempoh terakhir utk bayar yuran penyertaan, berapa dan boleh bayar masa datang nnti?
Tempoh terakhir sebelum 10Februari sebanyak RM50. Byran digunakan utk pengurusan dan AJK amat berharap kengkawan dapat melunaskan bayaran sebelum 10 FEBRUARI 2010.
2. Sapa sahaja yang boleh join reunion ini?
SEMUA batch dari 2000 sampai 2009, kira ada ex-semetrik dah boleh join prog ini.
3. Apakah aktiviti dalam reunion ini?
Aktiviti pada 27 Feb: Mesyuarat alumni jam 9pagi, petang ada games utk ex-semetrik seperti bola,petanque,bola tampar dan badmintion serta futsal.
Aktiviti 27 Feb: Sebelah malam kita ada BBQ or dinner bersama dan persembahan ringkas
Aktiviti 28 Feb: Sesi photografi dan boleh bersiap2 utk pulang...
4. Nak kontak sape kalu dh buat pembayaran?
M Sahir atau Hisyam
5.Nak bayar kat sape?
Masukkan ke dalam akaun alumni SEMETRIK dan inform sahir and syam setelah pembayaran dibuat.
6.Bagi yang dah berkahwin,boleh bawa pasangan and tinggal dimana?
Boleh bawa pasangan anda atau anak2 anda, kami boleh bookkn hotel tapi bayaran sendirian berhad.
7. Bagi yang bujang nk tinggal mana?
Yg bujang boleh tinggal di Asrama SEMETRIK utk mengenang kisah2 lama ada di semetrik.
8. RM 50 itu utk bayaran makan selama 1 hari ke?
Tidak: Byran RM50 itu hanya utk dinner sabtu mlm ahad. Yang lain2 itu adalah sendirian berhad.
Harap,semua2 kenyataan diatas memberi penjelasan kepada semua. Tolong sebar2kn pada rakan ttg program ini.

Wednesday, January 20, 2010
Sunday, January 10, 2010
REUNION SEDEKAD SEMETRIK 27-28 FEBRUARI
DENGAN SUKACITANYA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK GERIK AKAN MENGANJURKAN MAJLIS SEDEKAD SEMETRIK.BUTIRAN LANJUT SEPERTI BERIKUT:
TEMPAT: SEK.MEN.TEKNIK GERIK
MASA: 27- 28 FEBRUARI 2010
PENGINAPAN: ASRAMA SEKOLAH (BAGI YG DH BERKAHWIN BOLEH KAMI BOOKKAN HOTEL)
BAYARAN: RM 50.00 ( Sila masukkan ke akaun Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK CIMB: 08100062964525) sebelum 10 Februari 2010.
Makluman Lanjut sila hubungi Muhamad Sahir (012-2025690) atau M Hisyam Jusoh (019-9800915).
Email: Muhamad_sahir@
Marilah kita sama2 turut serta dan memberi sokongan terhadap majlis ini. Bersama kita menjayakan program julung2 kali ini dengan semangat. Setelah pembayaran dibuat diminta menyimpan slip dan memberitahu pihak ALUMNI (Syam atau Sahir).
SATU ALUMNI SEMETRIK
Friday, January 8, 2010
Marilah mencontohi pemuda2 Islam ini (Artikel Muhasaba)
"Kemaksiyatan... Hancurkan! Perzinahan.. Hancurkan! Syariat Islam.. Tegakkan! Khilafah Tegakkan...! Takbir... Allahu Akbar!" Demikian yel-yel yang diteriakkan oleh anak-anak muda saat hiking ke kaki gunung ciremai, Kamis, 31 Desember 2009. Gema seruan tersebut, nyaris memporakporandakan para pasangan pemuda pemudi yang saat itu hendak berkumpul di sebuah tempat.
Hari itu, dalam rangka liburan, refreshing, dan dakwah action Muslimuda menggelar Islamic Youth Hiking ke kaki Gunung Ciremai. Perjalanan di awali dari Masjid Syifaul Qulub menuju hutan pinus Argalingga. Suasana sejuk pegunungan menambah semangat para pemuda tersebut untuk terus berjalan menuju tempat tujuan. Tak lupa, gema takbir dan zikir senanatiasa mengiringi perjalanan.
Dakwah yang dilakukan secara bersama-sama semakin menambah semangat para anak muda tersebut. Setiap kali bertemu dengan para pemuda dan remaja di perjalanan baik yang sedang melakukan hiking atau masyarakat setempat, para anak muda muslimuda menyampaikan pesan-pesan Islami berupa sapaan ataupun tulisan. Selama dalam perjalan, mereka membagikan pesan dakwah melalui buletin Muslimuda yang bertema, "Tahun Baru, Stop Maksiyat Baru".
Karena medan perjalanan yang cukup melelahkan, panitia menyediakan beberap pos pemberhentian. Di setiap pos tersebut, sambil beristirahat, silih berganti untuk masing-masing pos para ustadz muda menyampaikan tausiyah untuk menambah semangat perjuangan. Sekitar dua jam perjalanan, akhirnya sampailah para remaja tersebut ke tempat tujuan. Di dalam tausiyahnya saat melepaskan lelah, beberapa ustadz muda menyampaikan bahwa kelelahan yang dirasakan saat ini tak akan terjadi selamanya. Kelelahan tersebut akan digantikan oleh rasa nikmat dan kebahagiaan setelah mencapai tujuan. Demikian pula dalam perjuangan untuk menyadarkan generasi muda, selalu ada rasa lelah. Tetapi kelelahan tersebut jangan dijadikan alasan untuk berputus asa dalam perjuangan. Karena puncak kemenangan akan segera datang, tidak lama lagi.
Sementara itu, di pusat kota, selepas magrib muslimuda community juga menggelar dakwah action untuk menyampaikan pesan-pesan Islam kepada anak muda yang hendak merayakan tahun baru. Mereka menyampaikan seruan-seruan kepada berbagai pihak, terutama anak muda agar menghentikan kemaksiyatan dengan dalih merayakan tahun baru.

Galeri Foto:
Wednesday, January 6, 2010
Friday, January 1, 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010- Ucapan Yg Dipertua ALUMNI SEMETRIK
Assalamualikum wbt....
Pertamanya sy ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dengan keizinan-Nya jualah kita masa berada di muka buminya ini. Kerana rahmat-Nya jualah kita masih dapat berjalan di muka bumi yang penuh rahmat ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.
Tahun 2010, memberi erti yang sgt besar buat SEMETRIK, kerana pada tahun ini usianya sudah menjangkau sedekad ( 10 tahun). Perjalanan SEMETRIk dalam merintis dan mendidik anak2 Islam amatlah dibanggakan. Tahun 2000 adalah tahun pertama ia dibuka bagi mendidik anak2 Islam dalam melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang berkaliber. Biarpun SEMETRIk tidaklah se gah Sek berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara, namun Sekolah di penghujung sempadan Perak & Kelantan ini telah mendidik sy dengan baik sekali.
Terkenang ketika pertama kali menjejak kaki ke SEMETRIK pada 2000, terasa seperti berada dikejauhan yang sgt dari pada hiruk pikuk bandaraya, terasa tenang dek bunyi cengkerik dimalam hari. Kedinginan yang menusuk tulang diawal pagi dan kekabusan yang berpanjangan sehingga tengahari, memberi gambaran betapa indahnya suasana kehijauan di SEMETRIK.
Rakan-rakan yang turut sama masuk pada tahun ini berjumlah 222, pada 22/2/2000,pastinya memberi satu keajaiban apabila mengenang nombor yang begitu unik buat permulaan bagi SEMETRIK. Namun bukanlah kita mempercayai nombor atau sebagainya, sebaliknya memberi satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan untuk selamanya.
Alhamdulillah, pada tahun 2000/2001 SEMETRIK telah melahirkan batch 1 yang majoritinya telah mempunyai kerjaya yang bagus2 belaka dan ada yang sudah bergelar ibu dan ayah. Inilah hakikat kehidupan, tanpa disedari sudah hampir sedekad kita meninggalkan SEMETRIK, buat batch2 yang lain, biarpun belum 10 tahun meninggalkan SEMETRIK,namun marilah sama2 meraikan kejayaan SEMETRIK dalam menempuh usia 10 tahun.
Apabila menulusuri sejarah SEMETRIK sepanjang 10 tahun ini, ia agak bermakna buat sy secara peribadinya kerana di SEMETRIK. Sy ingin berkongsi sedikit sejarah sy di SEMETRIK, dimana pada tahun 2000, sy telah dilantik untuk menjadi Ketua Pelajar yg pertama (Ketua Pengawas & Ketua Asrama). Tanggungjawab yang diberikan agak berat pada awalnya untuk diterima oleh sy, memandang perlu mengawasi seramai 221 pelajar di asrama jua di Sekolah.
Namun berkat sokongan guru-guru perintis Cikgu Azmi, Cikgu Junit, Cikgu Yahya, Cikgu Ridzuan, Cikgu Normaliza, Ust Ramli, Cikgu Rizal, Cikgu Noraini, Cikgu Azizah dan Pengetua pertama SEMETRIK. Semua telah memberi sokongan dan tunjuk ajar yang amat berguna utk sy bukan shj di Sekolah namun utk kehidupan sy dimuka bumi Allah swt ini. Tunjuk ajar mereka pasti tidak terbalas buat selamanya.
Pengalaman indah di SEMETRIK utk dikongsi dalam laman blog ini pasti agak sukar, namun secara keseluruhannya SEMETRIK memberi kenangan yang tiada tolok bandingannya. Biarpun di sekolah kadang terasa sedikit terkongkong di mana setiap aktiviti harian di tetapkan seperti bangun pagi, prep, makan, solat, dan tidur. Semua telah ditetapkan dan pelajar dikehendaki utk mengikutinya..bagi yg tidak mematuhinya pasti dikena denda seperti cubit lompat. Namun semua itulah yang menambahkan lagi nostalgia di SEMETRIK bahkan membuatkan kami tertawa apabila mengenangi segala peristiwa tersebut.
Sempena tahun 2010, Persatuan Alumni SEMETRIK ingin mempergiatkan promosinya serta mengandakan aktivit-aktiviti untuk sekolah agar lebih tersusun dan efektif. Alumni merancang utk mengadakan 3 program motivasi pada tahun ini disamping mengadakan program bulanan di surau SEMETRIK. Insyallah..bagi mereka2 yang ingin menyumbang bakti kepada SEMETRIK agar terus menghubungi sy atau ahli jawatankuasa yang lain.
Yang kedua, alumni juga merancang utk mengadakan REUNION Sedekad SEMETRIK pada bulan Februari ini. Sasaran sy utk mengadakan program ini selama 2 hari 1 malam dengan dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti daripada makan malam, permainan dan sesi fotografi. Sy berharap agar ex-SEMETRIK diluar sana sukarela utk memberi bantuan dari tenaga utk menjayakan program tersebut. Marilah kita sama2 menyumbangkan kembali jasa kita kepada sekolah yang telah mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna.
Akhir kalam, sy ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua dan perubahan tahun tidak memberi apa2 erti andai masa yang ada ini tidak dimanfaatkan semaksimum mungkin. Hakikatnya tahun baru ini, meningkat usia kita dan hendaklah memuhasabah agar kehidupan kita dimuka bumi ini mendapat kredhaanya. Sy mendoakan kejayaan ALUMNI Semetrik pada tahun 2010 dan kita bakal menjadi setanding persatuan2 bekas pelajar yang terkemuka di Malaysia. Keberjayaan Alumni bergantung kepada kita.
Salam SATU SEMETRIK
Sekian,
Muhamad Sahir B Ahmad Shatiry,
Yang Dipertua,
Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK.

Subscribe to:
Posts (Atom)