Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Friday, January 1, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010- Ucapan Yg Dipertua ALUMNI SEMETRIK

Assalamualikum wbt....

Pertamanya sy ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dengan keizinan-Nya jualah kita masa berada di muka buminya ini. Kerana rahmat-Nya jualah kita masih dapat berjalan di muka bumi yang penuh rahmat ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.

Tahun 2010, memberi erti yang sgt besar buat SEMETRIK, kerana pada tahun ini usianya sudah menjangkau sedekad ( 10 tahun). Perjalanan SEMETRIk dalam merintis dan mendidik anak2 Islam amatlah dibanggakan. Tahun 2000 adalah tahun pertama ia dibuka bagi mendidik anak2 Islam dalam melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang berkaliber. Biarpun SEMETRIk tidaklah se gah Sek berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara, namun Sekolah di penghujung sempadan Perak & Kelantan ini telah mendidik sy dengan baik sekali.

Terkenang ketika pertama kali menjejak kaki ke SEMETRIK pada 2000, terasa seperti berada dikejauhan yang sgt dari pada hiruk pikuk bandaraya, terasa tenang dek bunyi cengkerik dimalam hari. Kedinginan yang menusuk tulang diawal pagi dan kekabusan yang berpanjangan sehingga tengahari, memberi gambaran betapa indahnya suasana kehijauan di SEMETRIK.

Rakan-rakan yang turut sama masuk pada tahun ini berjumlah 222, pada 22/2/2000,pastinya memberi satu keajaiban apabila mengenang nombor yang begitu unik buat permulaan bagi SEMETRIK. Namun bukanlah kita mempercayai nombor atau sebagainya, sebaliknya memberi satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan untuk selamanya.

Alhamdulillah, pada tahun 2000/2001 SEMETRIK telah melahirkan batch 1 yang majoritinya telah mempunyai kerjaya yang bagus2 belaka dan ada yang sudah bergelar ibu dan ayah. Inilah hakikat kehidupan, tanpa disedari sudah hampir sedekad kita meninggalkan SEMETRIK, buat batch2 yang lain, biarpun belum 10 tahun meninggalkan SEMETRIK,namun marilah sama2 meraikan kejayaan SEMETRIK dalam menempuh usia 10 tahun.

Apabila menulusuri sejarah SEMETRIK sepanjang 10 tahun ini, ia agak bermakna buat sy secara peribadinya kerana di SEMETRIK. Sy ingin berkongsi sedikit sejarah sy di SEMETRIK, dimana pada tahun 2000, sy telah dilantik untuk menjadi Ketua Pelajar yg pertama (Ketua Pengawas & Ketua Asrama). Tanggungjawab yang diberikan agak berat pada awalnya untuk diterima oleh sy, memandang perlu mengawasi seramai 221 pelajar di asrama jua di Sekolah.

Namun berkat sokongan guru-guru perintis Cikgu Azmi, Cikgu Junit, Cikgu Yahya, Cikgu Ridzuan, Cikgu Normaliza, Ust Ramli, Cikgu Rizal, Cikgu Noraini, Cikgu Azizah dan Pengetua pertama SEMETRIK. Semua telah memberi sokongan dan tunjuk ajar yang amat berguna utk sy bukan shj di Sekolah namun utk kehidupan sy dimuka bumi Allah swt ini. Tunjuk ajar mereka pasti tidak terbalas buat selamanya.

Pengalaman indah di SEMETRIK utk dikongsi dalam laman blog ini pasti agak sukar, namun secara keseluruhannya SEMETRIK memberi kenangan yang tiada tolok bandingannya. Biarpun di sekolah kadang terasa sedikit terkongkong di mana setiap aktiviti harian di tetapkan seperti bangun pagi, prep, makan, solat, dan tidur. Semua telah ditetapkan dan pelajar dikehendaki utk mengikutinya..bagi yg tidak mematuhinya pasti dikena denda seperti cubit lompat. Namun semua itulah yang menambahkan lagi nostalgia di SEMETRIK bahkan membuatkan kami tertawa apabila mengenangi segala peristiwa tersebut.

Sempena tahun 2010, Persatuan Alumni SEMETRIK ingin mempergiatkan promosinya serta mengandakan aktivit-aktiviti untuk sekolah agar lebih tersusun dan efektif. Alumni merancang utk mengadakan 3 program motivasi pada tahun ini disamping mengadakan program bulanan di surau SEMETRIK. Insyallah..bagi mereka2 yang ingin menyumbang bakti kepada SEMETRIK agar terus menghubungi sy atau ahli jawatankuasa yang lain.

Yang kedua, alumni juga merancang utk mengadakan REUNION Sedekad SEMETRIK pada bulan Februari ini. Sasaran sy utk mengadakan program ini selama 2 hari 1 malam dengan dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti daripada makan malam, permainan dan sesi fotografi. Sy berharap agar ex-SEMETRIK diluar sana sukarela utk memberi bantuan dari tenaga utk menjayakan program tersebut. Marilah kita sama2 menyumbangkan kembali jasa kita kepada sekolah yang telah mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna.

Akhir kalam, sy ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua dan perubahan tahun tidak memberi apa2 erti andai masa yang ada ini tidak dimanfaatkan semaksimum mungkin. Hakikatnya tahun baru ini, meningkat usia kita dan hendaklah memuhasabah agar kehidupan kita dimuka bumi ini mendapat kredhaanya. Sy mendoakan kejayaan ALUMNI Semetrik pada tahun 2010 dan kita bakal menjadi setanding persatuan2 bekas pelajar yang terkemuka di Malaysia. Keberjayaan Alumni bergantung kepada kita.

Salam SATU SEMETRIK

Sekian,
Muhamad Sahir B Ahmad Shatiry,
Yang Dipertua,
Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK.

No comments: