Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Wednesday, January 27, 2010

REUNION SEDEKAD SEMETRIK 27-28 FEBRUARI

ASSALAMUALAIKUM Semua,

Soalan yang sering ditanya berkenaan reunion di atas agar sy permudahkan seperti dibawah:

1. Bila tempoh terakhir utk bayar yuran penyertaan, berapa dan boleh bayar masa datang nnti?
Tempoh terakhir sebelum 10Februari sebanyak RM50. Byran digunakan utk pengurusan dan AJK amat berharap kengkawan dapat melunaskan bayaran sebelum 10 FEBRUARI 2010.

2. Sapa sahaja yang boleh join reunion ini?
SEMUA batch dari 2000 sampai 2009, kira ada ex-semetrik dah boleh join prog ini.

3. Apakah aktiviti dalam reunion ini?
Aktiviti pada 27 Feb: Mesyuarat alumni jam 9pagi, petang ada games utk ex-semetrik seperti bola,petanque,bola tampar dan badmintion serta futsal.
Aktiviti 27 Feb: Sebelah malam kita ada BBQ or dinner bersama dan persembahan ringkas
Aktiviti 28 Feb: Sesi photografi dan boleh bersiap2 utk pulang...

4. Nak kontak sape kalu dh buat pembayaran?
M Sahir atau Hisyam

5.Nak bayar kat sape?
Masukkan ke dalam akaun alumni SEMETRIK dan inform sahir and syam setelah pembayaran dibuat.

6.Bagi yang dah berkahwin,boleh bawa pasangan and tinggal dimana?
Boleh bawa pasangan anda atau anak2 anda, kami boleh bookkn hotel tapi bayaran sendirian berhad.

7. Bagi yang bujang nk tinggal mana?
Yg bujang boleh tinggal di Asrama SEMETRIK utk mengenang kisah2 lama ada di semetrik.

8. RM 50 itu utk bayaran makan selama 1 hari ke?
Tidak: Byran RM50 itu hanya utk dinner sabtu mlm ahad. Yang lain2 itu adalah sendirian berhad.


Harap,semua2 kenyataan diatas memberi penjelasan kepada semua. Tolong sebar2kn pada rakan ttg program ini.

Sunday, January 10, 2010

REUNION SEDEKAD SEMETRIK 27-28 FEBRUARI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN SUKACITANYA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK GERIK AKAN MENGANJURKAN MAJLIS SEDEKAD SEMETRIK.BUTIRAN LANJUT SEPERTI BERIKUT:

TEMPAT: SEK.MEN.TEKNIK GERIK
MASA: 27- 28 FEBRUARI 2010
PENGINAPAN: ASRAMA SEKOLAH (BAGI YG DH BERKAHWIN BOLEH KAMI BOOKKAN HOTEL)
BAYARAN: RM 50.00 ( Sila masukkan ke akaun Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK CIMB: 08100062964525) sebelum 10 Februari 2010.

Makluman Lanjut sila hubungi Muhamad Sahir (012-2025690) atau M Hisyam Jusoh (019-9800915).
Email: Muhamad_sahir@yahoo.com

Marilah kita sama2 turut serta dan memberi sokongan terhadap majlis ini. Bersama kita menjayakan program julung2 kali ini dengan semangat. Setelah pembayaran dibuat diminta menyimpan slip dan memberitahu pihak ALUMNI (Syam atau Sahir).

SATU ALUMNI SEMETRIK

Friday, January 8, 2010

Marilah mencontohi pemuda2 Islam ini (Artikel Muhasaba)

"Kemaksiyatan... Hancurkan! Perzinahan.. Hancurkan! Syariat Islam.. Tegakkan! Khilafah Tegakkan...! Takbir... Allahu Akbar!" Demikian yel-yel yang diteriakkan oleh anak-anak muda  saat hiking ke kaki gunung ciremai, Kamis, 31 Desember 2009. Gema seruan tersebut, nyaris memporakporandakan para pasangan pemuda pemudi yang saat itu hendak berkumpul di sebuah tempat.

Hari itu, dalam rangka liburan, refreshing, dan dakwah action Muslimuda menggelar Islamic Youth Hiking ke kaki Gunung Ciremai. Perjalanan di awali dari Masjid Syifaul Qulub menuju hutan pinus Argalingga. Suasana sejuk pegunungan menambah semangat para pemuda tersebut untuk terus berjalan menuju tempat tujuan. Tak lupa, gema takbir dan zikir senanatiasa mengiringi perjalanan.

Dakwah yang dilakukan secara bersama-sama semakin menambah semangat para anak muda tersebut. Setiap kali bertemu dengan para pemuda dan remaja di perjalanan baik yang sedang melakukan hiking atau masyarakat setempat, para anak muda muslimuda menyampaikan pesan-pesan Islami berupa sapaan ataupun tulisan. Selama dalam perjalan, mereka membagikan pesan dakwah melalui buletin Muslimuda yang bertema, "Tahun Baru, Stop Maksiyat Baru".

Karena medan perjalanan yang cukup melelahkan, panitia menyediakan beberap pos pemberhentian. Di setiap pos tersebut, sambil beristirahat, silih berganti untuk masing-masing pos para ustadz muda menyampaikan tausiyah untuk menambah semangat perjuangan. Sekitar dua jam perjalanan, akhirnya sampailah para remaja tersebut ke tempat tujuan. Di dalam tausiyahnya saat melepaskan lelah, beberapa ustadz muda menyampaikan bahwa kelelahan yang dirasakan saat ini tak akan terjadi selamanya. Kelelahan tersebut akan digantikan oleh rasa nikmat dan kebahagiaan setelah mencapai tujuan. Demikian pula dalam perjuangan untuk menyadarkan generasi muda, selalu ada rasa lelah. Tetapi kelelahan tersebut jangan dijadikan alasan untuk berputus asa dalam perjuangan. Karena puncak kemenangan akan segera datang, tidak lama lagi.
Sementara itu, di pusat kota, selepas magrib muslimuda community juga menggelar dakwah action untuk menyampaikan pesan-pesan Islam kepada anak muda yang hendak merayakan tahun baru. Mereka menyampaikan seruan-seruan kepada berbagai pihak, terutama anak muda agar menghentikan kemaksiyatan dengan dalih merayakan tahun baru. 
Galeri Foto: 















Friday, January 1, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010- Ucapan Yg Dipertua ALUMNI SEMETRIK

Assalamualikum wbt....

Pertamanya sy ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dengan keizinan-Nya jualah kita masa berada di muka buminya ini. Kerana rahmat-Nya jualah kita masih dapat berjalan di muka bumi yang penuh rahmat ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.

Tahun 2010, memberi erti yang sgt besar buat SEMETRIK, kerana pada tahun ini usianya sudah menjangkau sedekad ( 10 tahun). Perjalanan SEMETRIk dalam merintis dan mendidik anak2 Islam amatlah dibanggakan. Tahun 2000 adalah tahun pertama ia dibuka bagi mendidik anak2 Islam dalam melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang berkaliber. Biarpun SEMETRIk tidaklah se gah Sek berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara, namun Sekolah di penghujung sempadan Perak & Kelantan ini telah mendidik sy dengan baik sekali.

Terkenang ketika pertama kali menjejak kaki ke SEMETRIK pada 2000, terasa seperti berada dikejauhan yang sgt dari pada hiruk pikuk bandaraya, terasa tenang dek bunyi cengkerik dimalam hari. Kedinginan yang menusuk tulang diawal pagi dan kekabusan yang berpanjangan sehingga tengahari, memberi gambaran betapa indahnya suasana kehijauan di SEMETRIK.

Rakan-rakan yang turut sama masuk pada tahun ini berjumlah 222, pada 22/2/2000,pastinya memberi satu keajaiban apabila mengenang nombor yang begitu unik buat permulaan bagi SEMETRIK. Namun bukanlah kita mempercayai nombor atau sebagainya, sebaliknya memberi satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan untuk selamanya.

Alhamdulillah, pada tahun 2000/2001 SEMETRIK telah melahirkan batch 1 yang majoritinya telah mempunyai kerjaya yang bagus2 belaka dan ada yang sudah bergelar ibu dan ayah. Inilah hakikat kehidupan, tanpa disedari sudah hampir sedekad kita meninggalkan SEMETRIK, buat batch2 yang lain, biarpun belum 10 tahun meninggalkan SEMETRIK,namun marilah sama2 meraikan kejayaan SEMETRIK dalam menempuh usia 10 tahun.

Apabila menulusuri sejarah SEMETRIK sepanjang 10 tahun ini, ia agak bermakna buat sy secara peribadinya kerana di SEMETRIK. Sy ingin berkongsi sedikit sejarah sy di SEMETRIK, dimana pada tahun 2000, sy telah dilantik untuk menjadi Ketua Pelajar yg pertama (Ketua Pengawas & Ketua Asrama). Tanggungjawab yang diberikan agak berat pada awalnya untuk diterima oleh sy, memandang perlu mengawasi seramai 221 pelajar di asrama jua di Sekolah.

Namun berkat sokongan guru-guru perintis Cikgu Azmi, Cikgu Junit, Cikgu Yahya, Cikgu Ridzuan, Cikgu Normaliza, Ust Ramli, Cikgu Rizal, Cikgu Noraini, Cikgu Azizah dan Pengetua pertama SEMETRIK. Semua telah memberi sokongan dan tunjuk ajar yang amat berguna utk sy bukan shj di Sekolah namun utk kehidupan sy dimuka bumi Allah swt ini. Tunjuk ajar mereka pasti tidak terbalas buat selamanya.

Pengalaman indah di SEMETRIK utk dikongsi dalam laman blog ini pasti agak sukar, namun secara keseluruhannya SEMETRIK memberi kenangan yang tiada tolok bandingannya. Biarpun di sekolah kadang terasa sedikit terkongkong di mana setiap aktiviti harian di tetapkan seperti bangun pagi, prep, makan, solat, dan tidur. Semua telah ditetapkan dan pelajar dikehendaki utk mengikutinya..bagi yg tidak mematuhinya pasti dikena denda seperti cubit lompat. Namun semua itulah yang menambahkan lagi nostalgia di SEMETRIK bahkan membuatkan kami tertawa apabila mengenangi segala peristiwa tersebut.

Sempena tahun 2010, Persatuan Alumni SEMETRIK ingin mempergiatkan promosinya serta mengandakan aktivit-aktiviti untuk sekolah agar lebih tersusun dan efektif. Alumni merancang utk mengadakan 3 program motivasi pada tahun ini disamping mengadakan program bulanan di surau SEMETRIK. Insyallah..bagi mereka2 yang ingin menyumbang bakti kepada SEMETRIK agar terus menghubungi sy atau ahli jawatankuasa yang lain.

Yang kedua, alumni juga merancang utk mengadakan REUNION Sedekad SEMETRIK pada bulan Februari ini. Sasaran sy utk mengadakan program ini selama 2 hari 1 malam dengan dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti daripada makan malam, permainan dan sesi fotografi. Sy berharap agar ex-SEMETRIK diluar sana sukarela utk memberi bantuan dari tenaga utk menjayakan program tersebut. Marilah kita sama2 menyumbangkan kembali jasa kita kepada sekolah yang telah mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna.

Akhir kalam, sy ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua dan perubahan tahun tidak memberi apa2 erti andai masa yang ada ini tidak dimanfaatkan semaksimum mungkin. Hakikatnya tahun baru ini, meningkat usia kita dan hendaklah memuhasabah agar kehidupan kita dimuka bumi ini mendapat kredhaanya. Sy mendoakan kejayaan ALUMNI Semetrik pada tahun 2010 dan kita bakal menjadi setanding persatuan2 bekas pelajar yang terkemuka di Malaysia. Keberjayaan Alumni bergantung kepada kita.

Salam SATU SEMETRIK

Sekian,
Muhamad Sahir B Ahmad Shatiry,
Yang Dipertua,
Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK.

Majlis Perkahwinan Fieza dan Harith-3hb JANUARI 2010

Assalamualaikum....

Pada hujung minggu ini, 3hb Januari 2010, akan berlangsung majlis perkahwinan ex-SEMETRIK Fieza dan bakal suaminya Harith. Insyallah, bagi pihak Alumni kami mengucapkan tahniah sempena tahun baru ini. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.

223. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.



Sekian,
Admin Blog