Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, November 26, 2011

AUNI BATRISYA- Seindah nama, Secomel dirinya.

Assalamualaikum..

Tahniah buat Jafni Batch 1 kerana telah dikurniakan si comel perempuan baru-baru ini. Kami dari Persatuan Bekas Pelajar amat bergembira di atas kelahiran anak pertama beliau. Sudah kerap blog Alumni memaparkan kelahiran demi kelahiran anak-anak bekas SEMETRIKIAN. Mungkin suatu hari ini, ada dikalangan anak-anak mereka akan disatukan pula di atas ikatan perkahwinan dan berbesanlah sesama ex-SEMETRIKIAN dan ini tidak mustahil. Kami doakan agar anak beliau sihat sentiasa dan bakal menjadi anak yang SOLEHAH.




Salam 1 Muharram 1433 HIJRAH


Bismillahhirrahmannirrahim..


"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Kami dari alumni mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dan seterusnya memberi peluang pada kami untuk terus melakukan amal ibadat yang dituntut-NYA. Kami juga bersyukur kerana pada tahun baru hijiriah alumni SEMETRIK masih teguh berdiri disamping memberi informasi terkini berkaitan dengan alumni dan juga informasi yang lain. Ingatkah kita pada perjuangana junjungan besar Rasulullah semasa penyebaran Islam dilakukan? Ingatkah kita taktala kaum musyrikin menghalang Nabi kita untuk berdakwah? Ingatkah kita kaum muslim dipulaukan selama 3 tahun daripada berniaga? Jika dinamakan segala penderitaan yang dialami oleh kaum muslim semasa menyebarkan dakwah tidak dapat kita gambarkan. Peritnya mereka ketika itu dihambat penuh kontroversi, dikatakan Nabi adalah ahli sihir, pembawa ajaran sesat dan gilakan publisiti. Tentu sekali kita sebagai insan biasa tidak mampu menempuh segala dugaan yang mendatang bagaikan anah panah yang tiba tanpa kita jangka. Pernahkah kita merasa keperitan ahli syurga pertama keluarga Yasir, dimana Sumayyah yang diseksa dan dibunuh dengan penuh memalukan namun hanya Allah yang Satu pilihan mereka. Bolehkah kita 'mengatasi kekebalan' Bilal Bin Rabbah yang menahan diri ketika beliau dihempap batu yang berat dan Allah yang Satu hanya meniti dibibir.

Alumni yang dirahmati Allah

Jika dibandingkan segala penderitaan terdahulu, memang tidak dapat kita gambarkan betapa seksa dan derita mereka hadapi. Dalam abad ini, kita janganlah mudah leka dan alpa dengan pancaroba dunia. Jika didatangi ujian, segeralah kita bersykur kerana itu tandanya Allah sayangkan kita dan kepada DIA kita mencari jalan penyelesaiannya. Jika kita diberi rahmat kepada DIA juga kita bersyukur atas kurniaan dan janganlah kita kufur dengan nikmat yang telah diberikan. Dewasa ini, kita banyak dipertontonkan dengan aksi-aksi lucah remaja-remaja Islam yang suka mencari ketenangan mengikut acuan barat. Semua itu tidak akan kemana kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kita ketenangan. Pada gadis-gadis di luar sana, jangan mudah mengikut nafsu cinta semata-mata dan rela menyerahkan segala yang kita pelihara kepada lelaki yang kita cintai. Jangan jadikan diri anda sebagai pelacur murahan yang lebih murah daripada pelacur-pelacur dijalanan. Menggadaikan maruah dan hargai diri kepada lelaki bukan muhrim adalah satu perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Kepada lelaki pula, jangan gunakan bibir anda untuk mengungkapkan ayat-ayat manis hanya untuk memerangkap gadis-gadis tetapi gunakanlah bibir anda itu dengan menyebut kalimat Allah S.W.T. Ingatlah syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kaum Adam sehingga datangnya kiamat dan semoga ketika itu kita masih sedar kita adalah hamba Allah dan hanya Allah tempat kita tuju. Kami dari alumni menyeru agar kita sama-sama memelihara diri dan menjaga diri kita daripada amalan-amalan maksiat. Insyallah kita tergolong orang-orang yang terpelihara dan mendapat rahmat daripada NYA

Setakat ini sahaja coreta daripada kami dan kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433.

Thursday, November 17, 2011

Menara Tokyo Sky


Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia. Bangunan itu dibina dengan harga kos 500 juta pound

Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.

Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter dan pencabar-pencabar yang lain.

Sumber :

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1361826/Tokyo-Sky-Tree-tower-worlds- tallest-free-standing-broadcast-structure.html

Utusan Malaysia

http://trantuannam.wordpress.com/2011/04/26/tokyo-sky-tree/



Gabungan 2 insan sebagai Speaker Perisai Buat Wanita 17 Dis 2011

Program Anjuran Ex-SEMETRIKIAN yang sedang menuntut di UKM.
Bagi yang berminat boleh menghubungi Cik Afrida Fyda
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000028635241
 

Tuesday, November 15, 2011

Tahniah Buat Moon (Batch 1) dan Aidil (Batch 2)


Assalamualaikum..

Andai jodoh tidak ke mana, itulah yang dapat diungkapkan dengan perkahwinan Moon dan Aidil. Kedua-duanya adalah ex-semetrikian dari dua batch yang berbeza yakni dari Batch 1 dan Batch 2. Bibit perkenalan dari SEMETRIK membuahkan hasil hingga ke jinjang pelamin dan ini merupakan satu kenangan yang sukar digambarkan. Jika di kenang kembali kedua-duanya adalah pengawas Sekolah Teknik Gerik dari dua era yang berbeza.

Namun andai cinta sudah bertaut, ianya tidak akan ke mana dan inilah yang dibuktikan oleh Moon dan Aidil. Kekuatan cinta mereka dari zaman sekolah berakhir dijinjang pelamin biarpun kedua-duanya telah meninggalkan SEMETRIK lebih dari 10 tahun !! Satu angka yang lama untuk membentuk satu ikatan yang kukuh. Kami dari Alumni SEMETRIK mengucapkan selamat ber"honeymoon" dan informasi daripada paparazi, mereka akan bertolak ke Bali, Indonesia.

Penulis sendiri boleh pernah sampai ke Bali, dapat digambarkan keindahan dan keromantikan Bali. Bali sering menjadi destinasi sweet-sweet couple. Kami doakan agar kalian selamat pergi dan pulang dan dapat mendirikan keluarga mithali..amin.

Admin Blog.

Alhamdulillah Aishah Manan Batch 1 Selamat Bersalin.


Assalamualaikum.
ALUMNI Semetrik ingin menrungkap kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana selamat bersalin pada hari Jumaat 2 minggu yang lalu. Moga anak beliau sihat hendaknya. Sebagaimana maklumat yang diterima nama anak beliau Nur Raihan (girl) pada 4hb Nov 2011, jam 1 tghari. Wartawan blog masih belum mendapat gambar-gambar bayi Ecot,insyallah andai sudah diperolehi akan diupload ke dalam blog. Moga ecot menjadi ibu yang mithali dan anak yang besar nanti bakal menjadi anak yang solehah..amin !!

Sunday, November 13, 2011

Tahniah buat Nizal@Mokcik batch-1

Assalamualaikum..

Alumni Semetrik mengucapkan ucapan tahniah buat Nizal batch 1 PKE diatas kelahiran anak-nya yang pertama,moga terus diberikan kesihatan buat anak beliau. Buat teman-teman yang berdekatan boleh melawat mokcik@Nizal, jangan lupa untuk bawa hadiah yang besar-besar yer. Dibawah di serta gambar yang disumbangkan adik Nizal yang juga Semetrikian.




Admin Alumni Semetrik.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Menghadapi SPM 2011

Assalamualaikum..

Tanggal 14 November 2011, bermulanya Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) buat seluruh pelajar tingkatan 5 di Malaysia. Kami dari Persatuan Bekas Pelajar Semetrik ingin mengucapkan semoga berjaya buat adik-adik tingkatan 5 Semetrik.



Di atas merupakan ringkasan checklist buat adik-adik dalam menghadapi SPM ini. Moga setiap hari kita menjadikan checklist ini sebagai tolok ukur kita agar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan dan diredhainya dalam menjawab kertas peperiksaan SPM.

Akhir kata, hayatilah poster dibawah ini agar menjadi pendorong dan motivasi buat kita bergerk maju menuju kejayaan yang cemerlang.





Admin Alumni SEMETRIK

- Posted using BlogPress from my iPhone