Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, November 26, 2011

Salam 1 Muharram 1433 HIJRAH


Bismillahhirrahmannirrahim..


"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Kami dari alumni mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dan seterusnya memberi peluang pada kami untuk terus melakukan amal ibadat yang dituntut-NYA. Kami juga bersyukur kerana pada tahun baru hijiriah alumni SEMETRIK masih teguh berdiri disamping memberi informasi terkini berkaitan dengan alumni dan juga informasi yang lain. Ingatkah kita pada perjuangana junjungan besar Rasulullah semasa penyebaran Islam dilakukan? Ingatkah kita taktala kaum musyrikin menghalang Nabi kita untuk berdakwah? Ingatkah kita kaum muslim dipulaukan selama 3 tahun daripada berniaga? Jika dinamakan segala penderitaan yang dialami oleh kaum muslim semasa menyebarkan dakwah tidak dapat kita gambarkan. Peritnya mereka ketika itu dihambat penuh kontroversi, dikatakan Nabi adalah ahli sihir, pembawa ajaran sesat dan gilakan publisiti. Tentu sekali kita sebagai insan biasa tidak mampu menempuh segala dugaan yang mendatang bagaikan anah panah yang tiba tanpa kita jangka. Pernahkah kita merasa keperitan ahli syurga pertama keluarga Yasir, dimana Sumayyah yang diseksa dan dibunuh dengan penuh memalukan namun hanya Allah yang Satu pilihan mereka. Bolehkah kita 'mengatasi kekebalan' Bilal Bin Rabbah yang menahan diri ketika beliau dihempap batu yang berat dan Allah yang Satu hanya meniti dibibir.

Alumni yang dirahmati Allah

Jika dibandingkan segala penderitaan terdahulu, memang tidak dapat kita gambarkan betapa seksa dan derita mereka hadapi. Dalam abad ini, kita janganlah mudah leka dan alpa dengan pancaroba dunia. Jika didatangi ujian, segeralah kita bersykur kerana itu tandanya Allah sayangkan kita dan kepada DIA kita mencari jalan penyelesaiannya. Jika kita diberi rahmat kepada DIA juga kita bersyukur atas kurniaan dan janganlah kita kufur dengan nikmat yang telah diberikan. Dewasa ini, kita banyak dipertontonkan dengan aksi-aksi lucah remaja-remaja Islam yang suka mencari ketenangan mengikut acuan barat. Semua itu tidak akan kemana kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kita ketenangan. Pada gadis-gadis di luar sana, jangan mudah mengikut nafsu cinta semata-mata dan rela menyerahkan segala yang kita pelihara kepada lelaki yang kita cintai. Jangan jadikan diri anda sebagai pelacur murahan yang lebih murah daripada pelacur-pelacur dijalanan. Menggadaikan maruah dan hargai diri kepada lelaki bukan muhrim adalah satu perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Kepada lelaki pula, jangan gunakan bibir anda untuk mengungkapkan ayat-ayat manis hanya untuk memerangkap gadis-gadis tetapi gunakanlah bibir anda itu dengan menyebut kalimat Allah S.W.T. Ingatlah syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kaum Adam sehingga datangnya kiamat dan semoga ketika itu kita masih sedar kita adalah hamba Allah dan hanya Allah tempat kita tuju. Kami dari alumni menyeru agar kita sama-sama memelihara diri dan menjaga diri kita daripada amalan-amalan maksiat. Insyallah kita tergolong orang-orang yang terpelihara dan mendapat rahmat daripada NYA

Setakat ini sahaja coreta daripada kami dan kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433.

No comments: