Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Monday, August 29, 2011

Perutusan Hari Raya daripada YDP Alumni SEMETRIK

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, kita sama-sama bakal merayakan kejayaan berpuasa selama 29 hari dan menyambut 1 Syawal pada 30 Ogos 2011. Tahun ini juga memberi makna yang lebih mendalam buat saya secara peribadi kerana merayakan Aidilfitri bersama ahli baru dalam ikatan saya bersama isteri yakni anak sulong kami Waqiyuddin.

Saya yakin juga ramai dikalangan bekas pelajar Semetrik turut juga merayakan dengan cahaya mata masing-masing malahan ada yang telah mempunyai lebih daripada 1 orang cahaya mata. Inilah nikmat Syawal yang disambut bersama sanak dan saudara, keindahannya sukar digambarkan dengan perkataan.

Alumni telah berjaya mengadakan dua majlis berbuka puasa yang diaturkan oleh Naib YDP Alumni Hisyam Jusoh. Terima kasih buat teman-teman yang telah menghadirkan diri baik program berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Ipoh. Secara peribadi saya juga agak terkilan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam kedua-dua program tersebut.

Namun saya menjemput seluruh Bekas Pelajar untuk melibatkan diri dengan program yang dianjurkan alumni tanpa kita mengira batch. Ikatan yang ingin dijalinkan oleh alumni agar kita dapat mengeratkan ukhuwah sebagai "Satu Semetrik". Seterusnya kita bersama-sama bergerak untuk menjadikan Persatuan Alumni Semetrik antara persatuan yang terulung di Malaysia.

Dikesempatan ini juga saya selaku YDP Alumni ingin menghulurkan sepuluh jari sebagai tanda kemaafan andai sepanjang saya menerajui Alumni ada sebarang salah dan silap yang sengaja dan tidak disengajakan. Apapun yang saya lakukan semata-mata untuk meletakkan Alumni sebagai satu persatuan yang berbakti kepada bangsa dan umat Islam umumnya. Saya berharap agar teman-teman terus bersama-sama saya untuk memperkembangkan dan meningkatkan mutu pengurusan Alumni Semetrik.

Akhir kalam, Insyallah di bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita saling maaf bermaafan dan kunjung mengunjungi sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Marilah kita menjalinkan kembali ukhuwah yang barangkali terputus disebabkan faktor geografi dan syawal adalah peluang terbaik untuk menziarahi.

Saya mewakili YDP Alumni ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh bekas pelajar Semetrik, guru-guru dan bekas guru Semetrik serta seluruh warga Semetrik. Diharapkan kalian semua bergembira bersama keluarga tercinta.

Berhati-hati dalam memandu kenderan masing-masing.

Wassalam.

YDP ALUMNI SEMETRIK
29 Ramadhan
29 Ogos 2011


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 19, 2011

Iftar Bersama Alumni Semetrik- Syuen Hotel, Ipoh

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..

Posting Kali ini dibuat Sempena Majlis Bebuka Puasa (Iftar) Bersama Alumni Semetrik yang menetap disekitar Perak. Terima Kasih yang datang dari Gerik, Taiping dan daerah-daerah didalam Perak.

Alhamdulillah, Majlis Iftar ini berjaya berjalan dengan lancar dengan kerjasama alumni daripada 1st Batch. Pada 17 Ogos atau 17 Ramadhan bertempat di Syuen Hotel, Ipoh, semua rakan-rakan Alumni berjaya menghadiri majlis ini. Cadangan mengadakan Iftar ni timbul hasil permintaan ramai daripada Alumni 1st Batch yang tidak dapat turut serta pada Iftar yang telah dijalankan pada 6 Ogos lepas. Terima kasih kepada Jafni Haron kerana banyak menyumbang tenaga dari segi promosi dan tempahan.

Akhirnya 20 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, dan terima kasih diucapkan juga kepada Bekas Penolong Kanan Semetrik, Cikgu Azmi Abdul Rahman yang sudi meluangkan masa bersama pada majlis tersebut. Pada masa yang sama, pihak alumni telah membuat kejutan dengan menyediakan kek harijadi sempena ulang tahun kelahiran Jafni Haron yang jatuh pada hari tersebut.


Alumni yang hadir pada majlis Iftar di Syuen Hotel, Ipoh

Bertanya khabar setelah sekian lama tidak ketemu

Cikgu Azmi rancak berbual bersama Zaffan Sulaiman

Masing-masing bercerita tentang pengalaman di Semetrik

Masing-masing bercerita tentang pengalaman di Semetrik


Kejutan kepada Jafni Haron sempena hari lahir beliau

Bagi alumni dari batch-batch lain, jika ada yang ingin berkongsi pengalaman tentang Iftar atau sebarang majlis yang telah dilakukan dan dimuatkan dalam blog Alumni, boleh lah menghubungi Hisyam Jusoh di Facebook.

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Bersama Alumni Semetrik- D'Saji Felda Villa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..

Posting Kali ini diambil dari Blog Mohd Alhafiz @ Madal Sempena Majlis Bebuka Puasa (Iftar) Bersama Alumni Semetrik yang menetap disekitar Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, Majlis Iftar ini berjaya jugak, Pada 6 Ogos bertempat di D’Saji Felda Villa KL, Semua rakan-rakan Alumni happening habis. Cadangan Mengadakan Iftar ni timbul dari orang kuat Alumni (Hisyam Jusoh), Mamat ni bukan duduk KL pun, so aku suggest la tempat, aku rasa tu la one & only then terus jadi..bab nak panggil orang ni kita guna FB jer la, but still contact by call semua Alumni kat KL (Bukan semua active FB pun). Yang letihnya aku yang nak kena booking, dengan Alumni yang nak hadir kejap jadi kejap cancel (Kalau aku book mean aku kena bayar deposit dulu la…).

Akhirnya 17 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, Alhamdulillah ada diantaranya hampir 10 tahun tak jumpa (Lepas SPM terus hilang). Semangat tak semangatla..jam 6 hampir semua dah sampai..hahahaha…Maka bermula lah sesi bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama di Semetrik.

Apa pun Iftar kali ini bersama Alumni Semetrik memang aku paling puas hati…

Mendengar Cerita Kay yang 10 tahun Hilang...

Muka muka datang Awal (Jam 6 dah sampai nih)

Sesi Bergosip

Juadah Bebuka..Penuh Meja...
Gambar ni paling Kontroversi (Terima Kasih Je)



Hero-hero Semetrik

Gambar Kami Semua

Alhamdulillah tempat ni memang selesa, Kemudahan semua cukup dengan Makanan yang memang tak habis la nak makan semua...Walaupun kami amat berpuas hati, tetapi tergerak dihati kami rakan-rakan yang lain yang sebenarnya ramai disekitar KL yang tak dapat menyertai. Kami amat berharap mereka dapat menyertai Aktiviti yang boleh mengukuhkan persahabatan bersama. Insyallah.-

Semetrik- Kepada Semua Alumni tidak mengira Batch berapa sekali pun, Kukuhkan Ukhwah anda bersama.