Alumni Info

Name:
Address:
Email Address:
Batch:
Course (Civil / Electrical / Mechanical):
HP Number:

Create a web form here
Share |

Saturday, February 11, 2012

Bekas Pelajar SEMETRIK terima Anugerah Presiden

Sumber: MyMetro

Berkat doa ibu

SEREMBAN: “Saya tidak sangka menerima hadiah tertinggi dan semua ini hasil usaha gigih serta berkat doa kedua ibu bapa saya,” kata penerima Anugerah Presiden dan Al-Khawarizmi, Fudhail Hakimi Arif Ibrahim, 21, pada Konvokesyen Kolej Uniti ke-10 yang berlangsung di Klana Resort, di sini, baru-baru ini.

Graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah itu membuktikan kemampuannya muncul sebagai pelajar cemerlang kolej berkenaan.


Menurut Hakimi, tiada rahsia tertentu untuk menjadi pelajar cemerlang kecuali belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan masa sebaik mungkin.

“Saya memang sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian di kelas dan menggunakan masa lapang untuk mengulang kaji pelajaran,” katanya.


Majlis konvokesyen itu disempurnakan Pengarah Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Aziz Saharee.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti, Jamal Mohd Amin.

Seramai 492 graduan menerima diploma masing-masing dalam bidang Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Teknologi Multimedia, Sains Komputer, Komputer Network dan Pendidikan Prasekolah.


Selain Hakimi, tiga penuntut lain turut menerima Anugerah Al-Ghazali, Anugerah Al-Farabi dan Anugerah Al-Shirazi iaitu Nur Izzatie Isa, 21, (graduan diploma sains komputer); Raja Muhammad Nur Hidayat Raja Sazali, 21, (graduan diploma pengajian perniagaan) dan Siti Rahimah Ahmad Shahifol Bahri, 21, (diploma kejuruteraan teknologi multimedia), Ia diikuti penerima Anugerah Khas Alumni Akademik dan Anugerah Khas Alumni Kerjaya iaitu Mohd Faez Mohd Shah, 27, dan Mohamad Seth Farabi Ismail, 33.


1 comment: