Assalamualaikum,
Pejam celik, pejam celik, kini kita telah menyaksikan ulangtahun Semetrik buat kali ke-12 pada tanggal 22/2/2012 yang lalu. Kali ini ulangtahun disambut dengan angka yang agak menarik iaitu berusia 12 tahun pada tahun 2012. Biarpun pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa SEMETRIK bakal ditukarkan menjadi politeknik, namun atas semangat, kita terus jua menyatakan kesyukuran dan tahniah buat SEMETRIK.
Pada hemah saya, seandainya berlaku penaiktarafan SEMETRIK menjadi politeknik ianya bukanlah menjadi satu penghalang buat teman-teman terus berukhuwah atas nama bekas pelajar SEMETRIK. Selain itu, ini menunjukkan juga potensi yang ada pada sekolah ini sehingga dijadikan politeknik. Warganya juga akan dinaikkan taraf (baca:jawatan) untuk menjadi pensyarah dari guru dan siswa/i dari pelajar.
Peluang sebegini jarang diperolehi, seandainya benar maka semua pihak berpeluang merasai kelebihan ini. Para guru akan berpeluang melebarkan bidang tugas mereka daripada sebelum ini. Barangkali ada yang tidak bersetuju pandangan saya dari perspektif yang berbeza namun inilah kehidupan kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi, namun disebaliknya ada hikmah yang baik untuk semua.
Di kesempatan ini juga, saya mengajak teman-teman untuk sama-sama menyertai kem motivasi 2012. Barangkali ini merupakan motivasi yang terakhir buat SEMETRIK dan sama-samalah kita merebut peluang keemasan ini.
Kata ukhuwah berakar dari kata kerja akha, misalnya dalam kalimat “akha fulanun shalihan”, (Fulan menjadikan Shalih sebagai saudara). Makna ukhuwah menurut Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah. Moga kita disatukan dengan ukhuwah Islamiyyah dan membantu pelajar SEMETRIK dalam mengecapi kejayaan di dunia mahupun di akhirat.
Sekian; Yang Dipertua Alumni SEMETRIK.
No comments:
Post a Comment