- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, December 30, 2011
Moga diselamatkan anak Pak Su pengawal Semetrik.
Assalamualaikum,
*********************************************************************************
LATEST INFO 31/12 @ 2.00pm: KESEMUA MANGSA TELAH DITEMUI,MOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT. Al-Fatihah !

Perkembangan terkini dilaporkan Cikgu Mizi akan kehilangan anak Pak Su pengawal SEMETRIK.Saya pasti ramai ex-Semetrikian yang mengenali beliau, bagi teman-teman diluar sana sama-samalah kita mendoakan keselamatan anak beliau. Moga Allah menyelamatkan mereka bertiga termasuk 2 lagi rakan anak Pak Su. Sama-samalah kita berdoa!!

Saturday, November 26, 2011
AUNI BATRISYA- Seindah nama, Secomel dirinya.
Assalamualaikum..
Tahniah buat Jafni Batch 1 kerana telah dikurniakan si comel perempuan baru-baru ini. Kami dari Persatuan Bekas Pelajar amat bergembira di atas kelahiran anak pertama beliau. Sudah kerap blog Alumni memaparkan kelahiran demi kelahiran anak-anak bekas SEMETRIKIAN. Mungkin suatu hari ini, ada dikalangan anak-anak mereka akan disatukan pula di atas ikatan perkahwinan dan berbesanlah sesama ex-SEMETRIKIAN dan ini tidak mustahil. Kami doakan agar anak beliau sihat sentiasa dan bakal menjadi anak yang SOLEHAH.

Salam 1 Muharram 1433 HIJRAH
Bismillahhirrahmannirrahim..
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Kami dari alumni mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dan seterusnya memberi peluang pada kami untuk terus melakukan amal ibadat yang dituntut-NYA. Kami juga bersyukur kerana pada tahun baru hijiriah alumni SEMETRIK masih teguh berdiri disamping memberi informasi terkini berkaitan dengan alumni dan juga informasi yang lain. Ingatkah kita pada perjuangana junjungan besar Rasulullah semasa penyebaran Islam dilakukan? Ingatkah kita taktala kaum musyrikin menghalang Nabi kita untuk berdakwah? Ingatkah kita kaum muslim dipulaukan selama 3 tahun daripada berniaga? Jika dinamakan segala penderitaan yang dialami oleh kaum muslim semasa menyebarkan dakwah tidak dapat kita gambarkan. Peritnya mereka ketika itu dihambat penuh kontroversi, dikatakan Nabi adalah ahli sihir, pembawa ajaran sesat dan gilakan publisiti. Tentu sekali kita sebagai insan biasa tidak mampu menempuh segala dugaan yang mendatang bagaikan anah panah yang tiba tanpa kita jangka. Pernahkah kita merasa keperitan ahli syurga pertama keluarga Yasir, dimana Sumayyah yang diseksa dan dibunuh dengan penuh memalukan namun hanya Allah yang Satu pilihan mereka. Bolehkah kita 'mengatasi kekebalan' Bilal Bin Rabbah yang menahan diri ketika beliau dihempap batu yang berat dan Allah yang Satu hanya meniti dibibir.
Alumni yang dirahmati Allah
Jika dibandingkan segala penderitaan terdahulu, memang tidak dapat kita gambarkan betapa seksa dan derita mereka hadapi. Dalam abad ini, kita janganlah mudah leka dan alpa dengan pancaroba dunia. Jika didatangi ujian, segeralah kita bersykur kerana itu tandanya Allah sayangkan kita dan kepada DIA kita mencari jalan penyelesaiannya. Jika kita diberi rahmat kepada DIA juga kita bersyukur atas kurniaan dan janganlah kita kufur dengan nikmat yang telah diberikan. Dewasa ini, kita banyak dipertontonkan dengan aksi-aksi lucah remaja-remaja Islam yang suka mencari ketenangan mengikut acuan barat. Semua itu tidak akan kemana kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kita ketenangan. Pada gadis-gadis di luar sana, jangan mudah mengikut nafsu cinta semata-mata dan rela menyerahkan segala yang kita pelihara kepada lelaki yang kita cintai. Jangan jadikan diri anda sebagai pelacur murahan yang lebih murah daripada pelacur-pelacur dijalanan. Menggadaikan maruah dan hargai diri kepada lelaki bukan muhrim adalah satu perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Kepada lelaki pula, jangan gunakan bibir anda untuk mengungkapkan ayat-ayat manis hanya untuk memerangkap gadis-gadis tetapi gunakanlah bibir anda itu dengan menyebut kalimat Allah S.W.T. Ingatlah syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kaum Adam sehingga datangnya kiamat dan semoga ketika itu kita masih sedar kita adalah hamba Allah dan hanya Allah tempat kita tuju. Kami dari alumni menyeru agar kita sama-sama memelihara diri dan menjaga diri kita daripada amalan-amalan maksiat. Insyallah kita tergolong orang-orang yang terpelihara dan mendapat rahmat daripada NYA
Setakat ini sahaja coreta daripada kami dan kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433.

Thursday, November 17, 2011
Menara Tokyo Sky
Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia. Bangunan itu dibina dengan harga kos 500 juta pound
Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.
Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter dan pencabar-pencabar yang lain.Sumber :
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1361826/Tokyo-Sky-Tree-tower-worlds- tallest-free-standing-broadcast-structure.html
Utusan Malaysia
http://trantuannam.wordpress.com/2011/04/26/tokyo-sky-tree/
Gabungan 2 insan sebagai Speaker Perisai Buat Wanita 17 Dis 2011
Program Anjuran Ex-SEMETRIKIAN yang sedang menuntut di UKM.
Bagi yang berminat boleh menghubungi Cik Afrida Fyda
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000028635241
Tuesday, November 15, 2011
Tahniah Buat Moon (Batch 1) dan Aidil (Batch 2)
Assalamualaikum..
Andai jodoh tidak ke mana, itulah yang dapat diungkapkan dengan perkahwinan Moon dan Aidil. Kedua-duanya adalah ex-semetrikian dari dua batch yang berbeza yakni dari Batch 1 dan Batch 2. Bibit perkenalan dari SEMETRIK membuahkan hasil hingga ke jinjang pelamin dan ini merupakan satu kenangan yang sukar digambarkan. Jika di kenang kembali kedua-duanya adalah pengawas Sekolah Teknik Gerik dari dua era yang berbeza.
Namun andai cinta sudah bertaut, ianya tidak akan ke mana dan inilah yang dibuktikan oleh Moon dan Aidil. Kekuatan cinta mereka dari zaman sekolah berakhir dijinjang pelamin biarpun kedua-duanya telah meninggalkan SEMETRIK lebih dari 10 tahun !! Satu angka yang lama untuk membentuk satu ikatan yang kukuh. Kami dari Alumni SEMETRIK mengucapkan selamat ber"honeymoon" dan informasi daripada paparazi, mereka akan bertolak ke Bali, Indonesia.
Penulis sendiri boleh pernah sampai ke Bali, dapat digambarkan keindahan dan keromantikan Bali. Bali sering menjadi destinasi sweet-sweet couple. Kami doakan agar kalian selamat pergi dan pulang dan dapat mendirikan keluarga mithali..amin.

Admin Blog.
Alhamdulillah Aishah Manan Batch 1 Selamat Bersalin.
Assalamualaikum.
ALUMNI Semetrik ingin menrungkap kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana selamat bersalin pada hari Jumaat 2 minggu yang lalu. Moga anak beliau sihat hendaknya. Sebagaimana maklumat yang diterima nama anak beliau Nur Raihan (girl) pada 4hb Nov 2011, jam 1 tghari. Wartawan blog masih belum mendapat gambar-gambar bayi Ecot,insyallah andai sudah diperolehi akan diupload ke dalam blog. Moga ecot menjadi ibu yang mithali dan anak yang besar nanti bakal menjadi anak yang solehah..amin !!
Sunday, November 13, 2011
Tahniah buat Nizal@Mokcik batch-1
Assalamualaikum..
Alumni Semetrik mengucapkan ucapan tahniah buat Nizal batch 1 PKE diatas kelahiran anak-nya yang pertama,moga terus diberikan kesihatan buat anak beliau. Buat teman-teman yang berdekatan boleh melawat mokcik@Nizal, jangan lupa untuk bawa hadiah yang besar-besar yer. Dibawah di serta gambar yang disumbangkan adik Nizal yang juga Semetrikian.
Admin Alumni Semetrik.

Selamat Menghadapi SPM 2011
Assalamualaikum..
Tanggal 14 November 2011, bermulanya Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) buat seluruh pelajar tingkatan 5 di Malaysia. Kami dari Persatuan Bekas Pelajar Semetrik ingin mengucapkan semoga berjaya buat adik-adik tingkatan 5 Semetrik.
Di atas merupakan ringkasan checklist buat adik-adik dalam menghadapi SPM ini. Moga setiap hari kita menjadikan checklist ini sebagai tolok ukur kita agar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan dan diredhainya dalam menjawab kertas peperiksaan SPM.
Akhir kata, hayatilah poster dibawah ini agar menjadi pendorong dan motivasi buat kita bergerk maju menuju kejayaan yang cemerlang.
Admin Alumni SEMETRIK

Monday, October 24, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Haji Ustaz Ramli
Buat pengetahuan semua pada tanggal 26hb Oktober 2011 akan berangkatnya Ustaz Ramli SEMETRIK ke Tanah Suci Mekah. Kami dari Alumni mengucapkan agar Ustaz Ramli selamat menunaikan ibadah Haji dan mendapat Haji yang mabrur. Marilah sama-sama kita mendoakan kepada seluruh guru-guru mahupun bekas pelajar SEMETRIK seandainya ada atau mendapat tawaran pergi Haji 2011.
Kami dari Alumni mengucapkan Ustaz Ramli selamat menunaikan Rukun Islam yang ke-5 itu dengan suksesnya dan dikurniakan haji yang mabrur.Didoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah tersebut yang pasti memerlukan stamina yang tinggi. Insyallah tiada apa yang kita mampu sampaikan melainkan doa dari jauh agar beliau selamat hendaknya.

Sunday, October 9, 2011
Hisham Bob Batch 1 Dikurniakan baby boy.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, baru beberapa hari yang lepas admin blog mengucapkan tahniah kepada saudara Najib Batch 1 diatas kelahiran anak ke-2 nya.
Kini, kami ingin mengucapkan tahniah buat saudara Nurul Hisham B Che Aman juga dari batch 1, di atas kelahiran anak pertamanya yand diberi nama Irfan Haziq. Si comel ini lahir pada 2 Oktober 2011.
Kami bagi pihal Alumni mengucapkan jutaan tahniah buat Hisham(Ciebey) dan isteri di atas kelahiran anak mereka yang pertama.
Didoakan agar si comel ini akan menjadi anak soleh dan pejuang Islam di masa akan datang. Moga Irfan dikurniakan rahmat dan berkat dari Allah swt seterusnya menjadi anak yang soleh buat Hisham dan isteri.
Gambar 1: Irfan Haziq
Gambar 2: Irfan Haziq

Friday, October 7, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Haji tahun 2011
Assalamualaikum..
Buat pengetahuan semua pada tanggal 5hb Oktober yang lepas telah berangkatnya Cikgu Junit (Penolong Kanan) SEMETRIK ke Tanah Suci Mekah. Kami dari Alumni mengucapkan agar Cikgu Junit selamat menunaikan ibadah Haji dan mendapat Haji yang mabrur. Marilah sama-sama kita mendoakan kepada seluruh guru-guru mahupun bekas pelajar SEMETRIK seandainya ada atau mendapat tawaran pergi Haji 2011.
Kami dari Alumni mengucapkan selamat menunaikan Rukun Islam yang ke-5 itu dengan suksesnya dan dikurniakan haji yang mabrur.Didoakan agar kalian diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah tersebut yang pasti memerlukan stamina yang tinggi. Insyallah tiada apa yang kami mampu sampaikan melainkan doa dari jauh agar kalian selamat hendaknya.
Saya pasti juga ada dikalangan bekas pelajar yang ibu bapa telah terpilih untuk menunaikan hai pada tahun ini 2011, moga sukses juga hendaknya. Gambar di bawah adalah gambar cikgu Junit dimajlis Penutup Motivasi SEMETRIK 2011.

Sekian,admin SEMETRIK.
Thursday, October 6, 2011
Kelahiran anak ke-2 Cikgu Najib Batch 1
Assalamualaikum..
Persatuan Alumni Semetrik ingin mengucapkan tahniah buat Cikgu Najib dan isteri di atas kelahiran anak yang ke-2. Alhamdulillah sudah sepasang anak Cikgu Najib, yang pertama perempuan dan yang kedua lelaki.
Moga menjadi anak yang soleh dan keluarga Cikgu Najib bakal menjadi keluarga mithali. Kami masih belum mendapat informasi nama kepada anak ke-2 Cikgu Najib ini. Apa-apapun samalah kita ucapkan tahniah buat beliau dan keluarga.
Sekian Admin Blog.

Monday, August 29, 2011
Perutusan Hari Raya daripada YDP Alumni SEMETRIK
Assalamualaikum,
Alhamdulilah, kita sama-sama bakal merayakan kejayaan berpuasa selama 29 hari dan menyambut 1 Syawal pada 30 Ogos 2011. Tahun ini juga memberi makna yang lebih mendalam buat saya secara peribadi kerana merayakan Aidilfitri bersama ahli baru dalam ikatan saya bersama isteri yakni anak sulong kami Waqiyuddin.
Saya yakin juga ramai dikalangan bekas pelajar Semetrik turut juga merayakan dengan cahaya mata masing-masing malahan ada yang telah mempunyai lebih daripada 1 orang cahaya mata. Inilah nikmat Syawal yang disambut bersama sanak dan saudara, keindahannya sukar digambarkan dengan perkataan.
Alumni telah berjaya mengadakan dua majlis berbuka puasa yang diaturkan oleh Naib YDP Alumni Hisyam Jusoh. Terima kasih buat teman-teman yang telah menghadirkan diri baik program berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Ipoh. Secara peribadi saya juga agak terkilan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam kedua-dua program tersebut.
Namun saya menjemput seluruh Bekas Pelajar untuk melibatkan diri dengan program yang dianjurkan alumni tanpa kita mengira batch. Ikatan yang ingin dijalinkan oleh alumni agar kita dapat mengeratkan ukhuwah sebagai "Satu Semetrik". Seterusnya kita bersama-sama bergerak untuk menjadikan Persatuan Alumni Semetrik antara persatuan yang terulung di Malaysia.
Dikesempatan ini juga saya selaku YDP Alumni ingin menghulurkan sepuluh jari sebagai tanda kemaafan andai sepanjang saya menerajui Alumni ada sebarang salah dan silap yang sengaja dan tidak disengajakan. Apapun yang saya lakukan semata-mata untuk meletakkan Alumni sebagai satu persatuan yang berbakti kepada bangsa dan umat Islam umumnya. Saya berharap agar teman-teman terus bersama-sama saya untuk memperkembangkan dan meningkatkan mutu pengurusan Alumni Semetrik.
Akhir kalam, Insyallah di bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita saling maaf bermaafan dan kunjung mengunjungi sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Marilah kita menjalinkan kembali ukhuwah yang barangkali terputus disebabkan faktor geografi dan syawal adalah peluang terbaik untuk menziarahi.
Saya mewakili YDP Alumni ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh bekas pelajar Semetrik, guru-guru dan bekas guru Semetrik serta seluruh warga Semetrik. Diharapkan kalian semua bergembira bersama keluarga tercinta.
Berhati-hati dalam memandu kenderan masing-masing.
Wassalam.
YDP ALUMNI SEMETRIK
29 Ramadhan
29 Ogos 2011

Friday, August 19, 2011
Iftar Bersama Alumni Semetrik- Syuen Hotel, Ipoh
Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..
Posting Kali ini dibuat Sempena Majlis Bebuka Puasa (Iftar) Bersama Alumni Semetrik yang menetap disekitar Perak. Terima Kasih yang datang dari Gerik, Taiping dan daerah-daerah didalam Perak.
Alhamdulillah, Majlis Iftar ini berjaya berjalan dengan lancar dengan kerjasama alumni daripada 1st Batch. Pada 17 Ogos atau 17 Ramadhan bertempat di Syuen Hotel, Ipoh, semua rakan-rakan Alumni berjaya menghadiri majlis ini. Cadangan mengadakan Iftar ni timbul hasil permintaan ramai daripada Alumni 1st Batch yang tidak dapat turut serta pada Iftar yang telah dijalankan pada 6 Ogos lepas. Terima kasih kepada Jafni Haron kerana banyak menyumbang tenaga dari segi promosi dan tempahan.
Akhirnya 20 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, dan terima kasih diucapkan juga kepada Bekas Penolong Kanan Semetrik, Cikgu Azmi Abdul Rahman yang sudi meluangkan masa bersama pada majlis tersebut. Pada masa yang sama, pihak alumni telah membuat kejutan dengan menyediakan kek harijadi sempena ulang tahun kelahiran Jafni Haron yang jatuh pada hari tersebut.
Bagi alumni dari batch-batch lain, jika ada yang ingin berkongsi pengalaman tentang Iftar atau sebarang majlis yang telah dilakukan dan dimuatkan dalam blog Alumni, boleh lah menghubungi Hisyam Jusoh di Facebook.

Tuesday, August 9, 2011
Iftar Bersama Alumni Semetrik- D'Saji Felda Villa Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..
Posting Kali ini diambil dari Blog Mohd Alhafiz @ Madal Sempena Majlis Bebuka Puasa (Iftar) Bersama Alumni Semetrik yang menetap disekitar Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, Majlis Iftar ini berjaya jugak, Pada 6 Ogos bertempat di D’Saji Felda Villa KL, Semua rakan-rakan Alumni happening habis. Cadangan Mengadakan Iftar ni timbul dari orang kuat Alumni (Hisyam Jusoh), Mamat ni bukan duduk KL pun, so aku suggest la tempat, aku rasa tu la one & only then terus jadi..bab nak panggil orang ni kita guna FB jer la, but still contact by call semua Alumni kat KL (Bukan semua active FB pun). Yang letihnya aku yang nak kena booking, dengan Alumni yang nak hadir kejap jadi kejap cancel (Kalau aku book mean aku kena bayar deposit dulu la…).
Akhirnya 17 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, Alhamdulillah ada diantaranya hampir 10 tahun tak jumpa (Lepas SPM terus hilang). Semangat tak semangatla..jam 6 hampir semua dah sampai..hahahaha…Maka bermula lah sesi bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama di Semetrik.
Apa pun Iftar kali ini bersama Alumni Semetrik memang aku paling puas hati…
Alhamdulillah tempat ni memang selesa, Kemudahan semua cukup dengan Makanan yang memang tak habis la nak makan semua...Walaupun kami amat berpuas hati, tetapi tergerak dihati kami rakan-rakan yang lain yang sebenarnya ramai disekitar KL yang tak dapat menyertai. Kami amat berharap mereka dapat menyertai Aktiviti yang boleh mengukuhkan persahabatan bersama. Insyallah.-
Semetrik- Kepada Semua Alumni tidak mengira Batch berapa sekali pun, Kukuhkan Ukhwah anda bersama.
Posting Kali ini diambil dari Blog Mohd Alhafiz @ Madal Sempena Majlis Bebuka Puasa (Iftar) Bersama Alumni Semetrik yang menetap disekitar Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, Majlis Iftar ini berjaya jugak, Pada 6 Ogos bertempat di D’Saji Felda Villa KL, Semua rakan-rakan Alumni happening habis. Cadangan Mengadakan Iftar ni timbul dari orang kuat Alumni (Hisyam Jusoh), Mamat ni bukan duduk KL pun, so aku suggest la tempat, aku rasa tu la one & only then terus jadi..bab nak panggil orang ni kita guna FB jer la, but still contact by call semua Alumni kat KL (Bukan semua active FB pun). Yang letihnya aku yang nak kena booking, dengan Alumni yang nak hadir kejap jadi kejap cancel (Kalau aku book mean aku kena bayar deposit dulu la…).
Akhirnya 17 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, Alhamdulillah ada diantaranya hampir 10 tahun tak jumpa (Lepas SPM terus hilang). Semangat tak semangatla..jam 6 hampir semua dah sampai..hahahaha…Maka bermula lah sesi bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama di Semetrik.
Apa pun Iftar kali ini bersama Alumni Semetrik memang aku paling puas hati…
Mendengar Cerita Kay yang 10 tahun Hilang...
Muka muka datang Awal (Jam 6 dah sampai nih)
Sesi Bergosip
Juadah Bebuka..Penuh Meja...
Gambar ni paling Kontroversi (Terima Kasih Je)
Hero-hero Semetrik
Gambar Kami Semua
Semetrik- Kepada Semua Alumni tidak mengira Batch berapa sekali pun, Kukuhkan Ukhwah anda bersama.
Saturday, July 30, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Assalamualaikum semua kepada warga Alumni SEMETRIK..Bulan Ramadhan yang kita rindui telah datang kembali. Ini bermakna Allah S.W.T sekali lagi memberi peluang kepada kita untuk mengambil seberapa banyak pahala dan syafaat daripada Nya dibulan ini. Mungkin ramai dikalangan daripada kita masih tidak menyedari setiap nafas yang kita hembus dan setiap kali kita membuka mata, itu tandanya Allah memberi peluang kita untuk terus hidup dan berbakti sebagai hambaNya dan menjadi umat pesuruh Nya iaitu Nabi Muhamammad S.A.W. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama rebut peluang yang terbuka ini. Sempena bulan yang mulia ini, perbanyakkanlah amal jariah dan membaca Al-Quran, mungkin tidak banyak cukuplah dengan sekali sehari jika mampu satu juzuk sehari. Bagi yang dah bekerja, zakat jangalah kita lupakan kerana ianya salah satu Rukun Islam.
Hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, diikat para jin, ditutup pintu-pintu nereka, dibuka pintu-pintu syurga dan akan berserulah orang si penyeru”
Disini ALUMNI SEMETRIK mengucapkan SELAMAT MEMBUAT AMAL IBADAH DIBULAN RAMADHAN DAN BULAN-BULAN YANG LAIN JANGAN DILUPAKAN...
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, diikat para jin, ditutup pintu-pintu nereka, dibuka pintu-pintu syurga dan akan berserulah orang si penyeru”
Disini ALUMNI SEMETRIK mengucapkan SELAMAT MEMBUAT AMAL IBADAH DIBULAN RAMADHAN DAN BULAN-BULAN YANG LAIN JANGAN DILUPAKAN...
Saturday, June 4, 2011
Cerita Panaszz !! Aditya Aelfy Zaudanie @ Khairun @ Kay
Assalamualaikum wbt.
Kali ini blogspot ALUMNI SEMETRIK ingin membawa teman-teman pembaca bagi mengenali salah seorang bekas pelajar SEMETRIK bagi sesi 2000/2001. Beliau merupakan pelajar batch pertama dan ketika disekolah begitu aktif dengan pelbagai kegiatan ko-kurikulum. Mungkin ada dikalangan pembaca yang mengenali beliau dan berkeinginan untuk mengetahui perkembangan beliau yang terkini samada sudah berkahwin kah? sudah ada anak kah? ataupun masih solo dalam mencari teman hidup..
Apapun, moga bagi rakan-rakan yang mengenali beliau boleh selepas ini untuk meng'add'kan Facebook beliau yang dipenghujung coretan ini akan kami linkkan URL Facebook beliau.
Berikut merupakan coretan temu bual exklusif di antara Admin Blog dengan saudau Aditya Aelfy Zaudanie. Buat perhatian semua, coretan yang dimasukkan didalam blog ini tidak di'edit' dan hanya mengambil apa yang disampaikan oleh beliau:
Admin: 1) batch ke berapa?
Kay: 1) 1st edition (2000 – 2001...same batch dgn Allahyarham Hafeez Hamzah)
Admin: 2) Dah kahwin or belum?
Kay: 2)lom kawin agi…xde yang nak…
Admin: 3) Kerjaya sekarang ini dan ceritakan tentang kerjaya Kay sekarang ?
Kay: 3) Pembantu tadbir bahagian Strata di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan under Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar..kerjaya yg lari daripada basic: from mechanical to building engineering n hasilnya: Tanah!! Will be talk about this next time…panjang sangat descriptionnye…
Admin: 4) Ceritakan pengalaman di Semetrik?
Kay: 4) Pengalaman yg agak unik..dulu tak popular n xde sape suke sbab poyo sangat…sangat benci kepada Add Math n smua yg melibatkan kiraan.. xminat belajar tp suke mengkaji sesuatu..merupakan pengawas asrama biro keceriaan yang suke bagi markah tinggi kat kengkawan yang rapat (hehehe)…pernah kene gossip ngan Fiza…rase cam nak kiamat dunia…then, mase awal kemasukan dulu, pernah kne ganggu dgn roh ‘Siti’ kat bilik B204..hehe…agak nyesal sbab SPM xbagus, tp still try to stand to facing the truth…
Admin:5) Perbezaan Semetrik dan sekolah2 lain?
Kay: 5) Not much different sbab masuk SEMETRIK pon xde senior n xbanyak prasarana yang terkini…mungkin dari segi pencapaian akademik n kokurikulum serta kemahiran ‘lampau-telus’ pada para pelajarnya (ayat ni aku cipta masa bahas kat kolej dulu)
Admin: 6) kenangan paling pahit Kay di Semetrik (andai tak kisah) ?
Kay: 6) kenangan paling pahit…ermm…xdpt kawal diri mase gaduh ngan A..y..haha…sorry dude… then, slalu kene buli ngan dak ASPURA (pengakuan brani mati nih)…n klu kenangan paling sedih, of course la spending much much time with late Hafeez Hamzah…still remember him n what he talks to me via phone a few days before he ‘go’…
Admin: 7) Kenangan paling gembira ketika di Semetrik?
Kay: 7) kenangan paling manis lak…tak banyak arr…yang suam suam kuku jewr~~
Admin: 8)Guru yang paling dicintai dan dihargai di sekolah?
Kay: 8) Sudah tentulah ‘abah’ kitorang: Ustaz Ramli…n sorang lagi: Papa Jun (Junit)…persamaan dorang: cubit tang ‘situ’ n perbezaan lak: abah cubit pulas kuat sangat n papa jun lak cubit sambil lompat…hahahahaha
Admin: 9)Ucapan Kay untuk budak2 yang masih belajar di SEMETRIK ?
Kay: 9) Ucapan..just be yourself n remember this word: Siapa Kau dan Kenapa Kau Berhak Hidup!!! Ayat ni sy cipta masa pertemuan dgn anak2 yatim satu ketika dulu… Dulu saya seorang yg nothing n saya terlalu bodoh taknak perbetulkan keadaan sehinggalah orang2 benci n buli saya. Bila dah abis skolah, baru saya sedar Siapa Saya dan Kenapa Saya Berhak Hidup. Rasionalnye, adik2 kene bangun..jangan sampai ditindas dan buktikan yg adik2 smua dilahirkan sbg MANUSIA BERJAYA. Jangan bencikan setiap kekurangan kerana disitulah kelebihannya untuk diri kita. “Bila kamu perlu buat satu keputusan yang tak pasti, tanyalah hati, bukan fikiran…dan kalau hati pun masih tak pasti, pejamkan mata dan ingat pada ibu bapa…insyaAllah kejayaan terbuka didepan…”
URL Facebook beliau:
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001930896874

Dulu:
Thursday, May 26, 2011
Peluang Kerjaya dan Gaji Tinggi di Bidang Multimedia
MDeC sasar 14,000 kerja 'bergaji tinggi'
KUALA LUMPUR 20 April - Multimemedia Development Corporation (MDeC) menjangkakan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan 'bergaji tinggi' tersedia di Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, peluang pekerjaan itu bukan sahaja melibatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebaliknya ia turut merangkumi sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, perakaunan, sumber manusia dan analisis.
"Tahun lalu sebanyak 10,000 pekerjaan bernilai tinggi dengan purata nilai gaji bersih sebanyak RM4,500 sebulan dan tahun ini ia meningkat disebabkan lebih banyak syarikat dibuka di MSC Malaysia dan juga peluasan operasi syarikat-syarikat berstatus MSC," katanya.
Badlisham berkata demikian di dalam sidang akhbar mengenai fasa ketiga MSC Malaysia di sini hari ini. Katanya, MDeC bekerjasama dengan pelbagai institusi termasuklah universiti, firma penyelidikan dan syarikat-syarikat berstatus MSC sendiri untuk mendapatkan bakat-bakat baharu bagi memenuhi kekosongan tersebut. Katanya, daripada jumlah pekerjaan tersebut hanya 15 peratus daripadanya diisi oleh pekerja asing.
"Kita bukan kekurangan bakat-bakat tempatan tetapi MSC bergerak terlalu pantas dan sudah menjadi strategi kami untuk mengiktiraf pekerja asing, namun majoriti peluang pekerjaan masih terbuka kepada warga tempatan," jelas beliau lagi.
Mengulas mengenai perancangan MDeC untuk menjana pembangunan berterusan MSC Malaysia, Badlisham optimis fasa ketiga akan lebih berjaya berbanding fasa-fasa sebelumnya.
Fasa ketiga bermula tahun ini dan akan berakhir pada tahun 2020. Bagi tempoh empat tahun pertama fasa ketiga berlangsung, MDeC mensasarkan pendapatan syarikat-syarikat berstatus MSC meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM142 bilion.
"Jika fasa kedua mengutamakan skala ekonomi, fasa ketiga pula lebih menumpukan usaha untuk memperkasakan rakyat selain mengukuhkan sektor ICT di dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Pada fasa kedua yang bermula 2004 hingga 2010, syarikat-syarikat MSC Malaysia berjaya menjana perolehan sebanyak RM103.8 bilion berbanding RM26 bilion pada fasa pertama, menyaksikan peningkatan sebanyak 299 peratus.
Selain itu, MDeC turut mensasarkan peningkatan 75 peratus eksport bagi syarikat-syarikat berstatus MSC kepada RM58 bilion dan 21 peratus peningkatan atau RM42 bilion sumbangan kepada KDNK untuk empat tahun pertama ini.
"Sasaran ini bersesuaian dengan matlamat utama fasa ketiga MSC Malaysia iaitu untuk meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menambah kadar eksport serta mengukuhkan pertumbuhan perolehan.
"Fasa ini juga penting dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu di dalam sektor ICT selain membuka peluang pekerjaan yang lebih luas," kata beliau.
Menurut Badlisham, fasa ketiga MSC Malaysia merangkumi penubuhan dua bandar siber baharu setiap tahun selain menyiapkan rangka kerja Inovasi Ekonomi Digital pada pertengahan tahun ini.

Wednesday, May 11, 2011
Alfatihah untuk LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDUL KHALID
Kami dari ALUMNI SEMETRIK merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDUL KHALID (Batch 2005/2006: Kelas E2) diatas pemergian beliau pada 10/1/2011 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Takziah kami ucapkan.
Saturday, May 7, 2011
Telah mencecah 100 followers
Salam..
Moga follower blog ALUMNI SEMETRIK akan terus bertambah biarpun sudah mencecah 100 orang follower. Kita mengharapkan seluruh warga bekas pelajar SEMETRIK untuk terus mengikuti perkembangan bekas pelajar menerusi blog ini.
Kita akan memberi sedikit nafas baru terhadap blog ini agar menjadi tarikan buat kesemua bekas pelajar SEMETRIK malahan menjadi rujukan buat semua bekas pelajar Sekolah Teknik. Diharapkan rakan-rakan akan terus mempromosikan blog ini kepada semua rakan-rakan kita yang lain.
Disamping itu, sebagai peringatan kita akan mengadakan kem Motivasi pada 14-15 Mei ini di Sekolah Menengah Teknik Gerik. Bagi mereka yang berminat boleh berhubung dengan saudara Sahir seperti email dan no.hp dalam post yang sebelum ini.
sekian..admin blog.
Wassalam.
Saturday, April 2, 2011
Motivasi 2011 Pada 14&15 Mei.
Salam satu Semetrik, Kepada seluruh ex-semetrik, pihak Alumni bakal mengadakan Motivasi 2011 di Semetrik pada 14 & 15 Mei ini. Kalian yang berminat boleh mendaftarkan nama dengan saudara pengarah program motivasi 2011, Muhamad Sahir B Ahmad Shatiry. Beliau boleh dihubungi menerusi emailnya atau hp seperti dibawah.
Email: muhamad_sahir@
No.Hp: 0178988907
Pendaftaran berakhir pada 3 Mei 2011.
Jadi ayuh berkhidmat kembali kepada sekolah anda.
Admin Blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)