Saturday, December 29, 2012
Program MOTIVASI 2013 Anjuran Persatuan Alumni SEMETRIK.
Tuesday, October 23, 2012
Sejarah Haji dan Umrah
Sejarah
Selepas kelahiran Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Hajar, baginda dan ibunya telah dibawa ke sebuah kawasan padang pasir gersang dan kosong di tengah-tengah Semenanjung Arab. Hajar telah mengikuti suaminya dan berkata, "Oh, Ibrahim, ke manakah kamu hendak pergi, meninggalkan kami di lembah yang tiada orang ini dan tiada peneman dan tiada apa-apa disini?". Beliau mengulangi kenyataan tersebut dan akhirnya beliau bertanya adakah ini semua adalah suruhan Allah. Lalu Nabi Ibrahim mengiyakannya dan meninggalkan mereka berdua di situ dengan hati yang berat. Lalu baginda berdoa seperti yang tercatat dalam ayat ke-37, surah Ibrahim iaitu:[7][8][9]Setelah berada di kawasan itu untuk beberapa ketika, Hajar dan Nabi Ismail telah kehabisan makanan dan minuman. Kemudian, Hajar telah lari berulang-alik dari bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali untuk mencarinya. Perbuatan beliau menjadi simbolik kepada ibadah sa'i yang dilakukan dalam haji. Dalam keadaan terdesak itu, beliau berdoa kepada Allah. Nabi Ismail kemudiannya menangis dan menghentak-hentak kakinya ke tanah lalu terpancutlah air dari bawah tanah (sesetengah versi mengatakan malaikat telah menggali kawasan air tersebut dengan kakinya (atau sayapnya) dan keluarlah air itu).[7] Perisitiwa itu menandakan kemunculan telaga Zam-zam seperti yang dilihat pada hari ini.رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ — Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah tempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Makkah) yang tiada padanya tanaman, disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dan pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
- Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
- Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
- Mukallaf.
- Berkemampuan dengan syarat:
- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
- Aman perjalanan.
Friday, August 10, 2012
Sejarah Malam Lailatul Qadar : Janggut Lebih Keras Daripada Besi
Sunday, July 29, 2012
Selamat Menjalani Fasa 10 Ke-2 Bulan Ramadhan
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu,
agar kamu bertakwa.
(Qs al-Baqarah/2:183)
Sunday, May 27, 2012
Selamat Bercuti Buat Warga SEMETRIK
Assalamualaikum,
Pihak Alumni ingin mengucapkan Selamat Bercuti buat seluruh warga SEMETRIK. Cuti sekolah hanya 2 minggu moga ianya dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah, isikan dengan ulangkaji pelajaran dan tingkatkan kefaman tentang apa yang dibelaja. Malahan itu, inilah masanya untuk kita membantu ibu bapa dalam urusan seharian dan saatnya untuk menyumbangkan tenaga kita dalam membantu ibu bapa. Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan berbaktilah kepada mereka selagi ada.
Admin ALUMNIsemetrik.
27/5/2012
Wednesday, May 16, 2012
Selamat Pengatin Baru Hairul Azhar Batch 1 !
Selamat Hari Guru 2012!!
Thursday, March 22, 2012
FAS Trading- Bisnes Bekas Pelajar SEMETRIK
Tahniah Zakwan (Batch 1) dan Isterinya.
Tahniah Zakwan@Zack diatas perkahwinan yg pertama beliau (opsss..mcm ade kali ke-2)hehe. Sorry2...Sekadar gurauan moga Zakwan dan isteri berbahagia hingga ke akhir hayat. Moga menjadi keluarga Sakinah dan melahirkan baby2 yang comel2 belaka macam Papanya Zack..All the best and happy marriage life to both of them..happily till the end...adios..
Wednesday, March 21, 2012
Tahniah SEMETRIK, SPM terbaik 2011 7A's
Alumni ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang 7A. Maklumat terperinci tentang nama beliau masih dapat diterima oleh pihak admin blog.
Bahkan itu juga, buat semua pelajar SPM 2011, tahniah bagi mereka yang mendapat keuputusan cemerlang dan bagi yang kurang baik jangan berputus asa. Senior2 SEMETRIK telah membuktikan mereka mampu mendapat keputusan cemerlang dalam kerjaya biarpun SPM kurang berjaya. Perjalanan hidup kita masih jauh maka rancanglah dengan sebaiknya, andai ada sebarang persoalan jangan malu bertanya dengan alumni semetrik di alamat email kami alumni_semetrik@yahoo.com. Pintu pertanyaan kami sentiasa dibuka di blog ini.
Terima Kasih.
Admin Blog.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, February 26, 2012
Tahniah Halim Batch 1.
Assalamualaikum,
Kali ini Alumni ingin melaporkan majlis perkahwinan Halim Batch 1 dengan si cantik yang dipilihnya. Kami amatlah terharu kerana dpt menghadiri majlis perkahwinan beliau dengan isteri tercinta. Moga ikatan perkahwinan mereka kekal ke syurga. Kalau teman-teman nak tahu dalam gambar di atas 7 jejaka di dalam gambar, hanya 2 yang telah mendirikan masjid manakala yang lain masih single dan available. Jadi, bagi bekas-bekas pelajar SEMETRIK yang sedang mencari calon boleh menghubungi alumni..hehehe.
Apapun, selagi tahniah buat Halim dan pesanan untuknya moga mengembalikan zaman kegemilangannya di SEMETRIK dahulu sebagai atlet badminton ala-ala (baca:Chong Wei).
Admin Blog ALUMNI SEMETRIK.
"12 TAHUN SEMETRIK" YDP Alumni.
Assalamualaikum,
Pejam celik, pejam celik, kini kita telah menyaksikan ulangtahun Semetrik buat kali ke-12 pada tanggal 22/2/2012 yang lalu. Kali ini ulangtahun disambut dengan angka yang agak menarik iaitu berusia 12 tahun pada tahun 2012. Biarpun pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa SEMETRIK bakal ditukarkan menjadi politeknik, namun atas semangat, kita terus jua menyatakan kesyukuran dan tahniah buat SEMETRIK.
Pada hemah saya, seandainya berlaku penaiktarafan SEMETRIK menjadi politeknik ianya bukanlah menjadi satu penghalang buat teman-teman terus berukhuwah atas nama bekas pelajar SEMETRIK. Selain itu, ini menunjukkan juga potensi yang ada pada sekolah ini sehingga dijadikan politeknik. Warganya juga akan dinaikkan taraf (baca:jawatan) untuk menjadi pensyarah dari guru dan siswa/i dari pelajar.
Peluang sebegini jarang diperolehi, seandainya benar maka semua pihak berpeluang merasai kelebihan ini. Para guru akan berpeluang melebarkan bidang tugas mereka daripada sebelum ini. Barangkali ada yang tidak bersetuju pandangan saya dari perspektif yang berbeza namun inilah kehidupan kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi, namun disebaliknya ada hikmah yang baik untuk semua.
Di kesempatan ini juga, saya mengajak teman-teman untuk sama-sama menyertai kem motivasi 2012. Barangkali ini merupakan motivasi yang terakhir buat SEMETRIK dan sama-samalah kita merebut peluang keemasan ini.
Kata ukhuwah berakar dari kata kerja akha, misalnya dalam kalimat “akha fulanun shalihan”, (Fulan menjadikan Shalih sebagai saudara). Makna ukhuwah menurut Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah. Moga kita disatukan dengan ukhuwah Islamiyyah dan membantu pelajar SEMETRIK dalam mengecapi kejayaan di dunia mahupun di akhirat.
Sekian; Yang Dipertua Alumni SEMETRIK.
Saturday, February 11, 2012
Bekas Pelajar SEMETRIK terima Anugerah Presiden
Berkat doa ibu
SEREMBAN: “Saya tidak sangka menerima hadiah tertinggi dan semua ini hasil usaha gigih serta berkat doa kedua ibu bapa saya,” kata penerima Anugerah Presiden dan Al-Khawarizmi, Fudhail Hakimi Arif Ibrahim, 21, pada Konvokesyen Kolej Uniti ke-10 yang berlangsung di Klana Resort, di sini, baru-baru ini.
Graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah itu membuktikan kemampuannya muncul sebagai pelajar cemerlang kolej berkenaan.
Menurut Hakimi, tiada rahsia tertentu untuk menjadi pelajar cemerlang kecuali belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan masa sebaik mungkin.
“Saya memang sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian di kelas dan menggunakan masa lapang untuk mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Majlis konvokesyen itu disempurnakan Pengarah Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Aziz Saharee.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti, Jamal Mohd Amin.
Seramai 492 graduan menerima diploma masing-masing dalam bidang Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Teknologi Multimedia, Sains Komputer, Komputer Network dan Pendidikan Prasekolah.
Selain Hakimi, tiga penuntut lain turut menerima Anugerah Al-Ghazali, Anugerah Al-Farabi dan Anugerah Al-Shirazi iaitu Nur Izzatie Isa, 21, (graduan diploma sains komputer); Raja Muhammad Nur Hidayat Raja Sazali, 21, (graduan diploma pengajian perniagaan) dan Siti Rahimah Ahmad Shahifol Bahri, 21, (diploma kejuruteraan teknologi multimedia), Ia diikuti penerima Anugerah Khas Alumni Akademik dan Anugerah Khas Alumni Kerjaya iaitu Mohd Faez Mohd Shah, 27, dan Mohamad Seth Farabi Ismail, 33.
Friday, January 27, 2012
Tahniah buat Rohaizad (Batch 1) dan Sumaiyah
Pihak ALUMNI ingin mengucapkan tahniah kepada Rohaizad yang telah bergelar suami kepada Sumaiyyah. Kami mendoakan agar percintaan yang dibina atas Islam ini akan kekal buat selama-llamanya dan terus membentuk keluarga sakinah. Disini disertakan gambar-gambar sepanjang majlis yang turut dihadiri oleh bekas-bekas pelajar SEMETRIK dari batch 1.
Moga ukhuwah yang dibina ini akan terus terbina sampai ke akhir hayat atas nama SATU SEMETRIK.
Thursday, January 19, 2012
Armed Forces- Ukuran Kejayaan Sebenar (Kupasan daripada Ex-SEMETRIK).
Berikut merupakan sedikit temuramah bersama salah seorang bekas pelajar SEMETRIK. Oleh kerana beliau tidak mahu nama di siarkan di blog ALUMNI ini, kami telah meletakkan beliau sebagai Encik Shah (bukan nama sebenar). Moga cerita beliau ini menjadi iktibar dan contoh buat adik-adik yang masih menuntut di IPTA/IPTS tempatan. Janganlah cepat untuk berputus asa, kerana tiada kejayaan buat mereka-mereka yang lemah.
Blog Alumni: Pertamanya kami ingin mengucapkan jutaaan terima kasih diatas kesudian pihak saudara untuk ditemuramah oleh ALUMNI SEMETRIK. Tujuan kami adalah untuk turut sama berkongsi kisah-kisah kejayaan bekas pelajar SEMETRIK seterusnya menjadi iktibar buat rakan-rakan atau adik-adik yang masih menuntut.
Mr Shah:Salam dan sekalung tahniah buat ALUMNI kerana usaha yang dilakukan bagi mengekalkan Silaturrahim antara bekas-bekas pelajar SEMETRIK terus utuh terjalin. Saya amat berminat tentang usaha ALUMNI untuk terus membantu generasi baru SEMETRIK untuk lebih memahami masa depan mereka. Untuk makluman ALUMNI, saya ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan pemikiran sebagai salah seorang pelajar SEMETRIK berkenaan masa hadapan.
Blog Alumni: Bolehkan saudara serba sedikit menceritakan latar belakang saudara ketika masih menuntut di SEMETRIK ? Apakah cita-cita yang ditanam oleh saudara ketika berada di SEMETRIK, adakah saudara telah memahat cita-cita untuk menjadi jurutera atau engineer?
Mr Shah: Untuk mengelakkan sebarang rasa prejudis, pengalaman yang ingin saya kongsi adalah berkaitan dengan saya sendiri tanpa melibatkan orang lain. Ketika di SEMETRIK, saya masih ingat lagi bagaimana para guru mengingatkan dan menanamkan dalam diri saya untuk menjadi seorang jurutera dan kerjaya profesional yang lain. Sehinggakan saya berasa sangat bertuah dan bangga apabila menjadi pelajar SEMETRIK.
Blog Alumni: Benar saudara Shah, saya juga selaku bekas pelajar SEMETRIK memang sentiasa berbangga kerana dipilih untuk belajar di sana.Opppss, maaf ,mcm saya pula yang di temuramah. Baiklah, bagaimana pula langkah saudara selepas menamatkan pengajian di SEMETRIK? Dimanakah saudara menyambung pengajian selepas SPM?
Mr Shah: Setelah menamatkan pengajian di SEMETRIK, saya hanya mampu melanjutkan pengajian di peringkat Diploma sahaja. Secara automatik saya berasa sangat rendah diri dan malu untuk kembali ke SEMETRIK padahal saya dan rakan-rakan sangat ingin untuk kembali ke sana. Sepanjang pengajian Diploma saya sempat untuk ke sana tetapi hanya singgah untuk menunaikan solat. Namun setelah menamatkan pengajian saya telah menyertai Armed Forces sebagai seorang Admin Officer.
Blog Alumni: Jadi saudara kini telah berpangkat Admin Officer dalam Armed Forces, satu pencapaian yang barangkali tidak dijangka sebagai seorang bekas pelajar sekolah teknik. Tahniah buat saudara kerana tidak berhenti untuk terus menuntut ilmu selepas diploma.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“ Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9). Tidakkah ada perasaan untuk kembali ke SEMETRIK bagi menabur bakti dan ilmu kepada adik-adik yang masih menuntut?
Mr Shah:Terdetik hati saya untuk kembali dan menemui para guru dan saya lakukan, namun ada segelintir para guru yang sedikit menyentuh perasaan saya kerana menyangka saya hanya seorang perajurit biasa. Malahan ada yang menyuruh saya untuk sambung pengajian di peringkat ijazah dan sebagainya. Saya tidak nafikan bahawa mereka tidak tahu dan saya tidak ambil hati. Dan saya berfikir mungkin perkara ini juga berlaku kepada rakan saya yang lain, yang sama sama bekerja kuat untuk berjaya. Yang mana kurang berjaya dalam teori menggunakan tulang empat kerat dan lebih berjaya dari yang lain.
Blog Alumni: Dalam keluarga Shah, Shah anak yang ke berapa? Pasti sebagai seorang yang telah Berjaya, saudara turut menasihati adik-adik mahupun sepupu saudara untuk turut sama Berjaya. Jadi bolehkah saudara berkongsi serba sedikit latar belakang keluarga saudara?
Mr Shah: Saya sebagai anak yang sulung turut mempunyai adik yang saya sarankan untuk belajar di SEMETRIK. Dia menuruti nasihat saya dan berjaya ke Matrikulasi Melaka. Namun rezekinya bukanlah di situ. Sekarang dia telah mempunyai Diploma dan melanjutkan pengajian dalam bidang perkapalan di Sg Petani.
Blog Alumni: Seterusnya, pada pandangan saudara apakah resipi kejayaan sebenar sebagai seorang muslim? Apakah motivasi saudara untuk berjaya sehingga berjaya didalam bidang Armed Forces ini?
Mr Shah: Asasnya saya ingin berkongsi bahawa kejayaan seseorang itu tidak boleh diukur pada segenggam Diploma atau Ijazah. Tetapi apa yang dilakukan itu bermanafaat kepada keluarga dan masyarakat. Ramai di kalangan rakan saya di SEMETRIK yang dahuluya berada di kelas lebih rendah tetapi sekarang pada pandangan saya sangat berjaya. Saya berasa sangat bangga dan jika berpeluang berchatting dengan mereka saya akan menyatakan rasa bangga saya.
Ada yang bekerja jauh di Dubai dan Singapura. Bukan untuk mendabik dada ataupun riak, tetapi saya bangga menjadi perajurit Negara. Saya berasa bahawa saya telah mengecapi kejayaan kerana saya telah berkahwin, mempunyai rumah dan dapat membantu Mak dan Abah di kampung. Dan itu pandangan saya mengenai kejayaan dan pandangan setiap orang yang lain mungkin berbeza. Saya hormati itu.
Blog Alumni: Andai diberi peluang untuk berkongsi resipi kejayaan saudara, apa agaknya yang akan diperkatakan saudara buat adik-adik yang masih menuntut di SEMETRIK?
Mr Shah: Dan setiap kali berpeluang berkongsi cerita kepada pelajar2, seringkali saya nyatakan kejayaan itu adalah tentang apa yang kita lakukan dalam hidup ini. Dan kita mesti bersyukur dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita. Sebagai contoh setelah tamat SPM, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian bersama MISC tetapi saya gagal pada ujian pertama kerana sebenarnya saya adalah seorang yang rabun warna. Lawak kan?...Adik saya juga terpaksa menukar kursus kerana rabun jauh. Sememangnya saya yakin kejyaan pada pandangan setiap orang adalah berbeza. Dan saya ingin mengubah pandangan adik2 kita tentang erti kejyaan itu supaya nanti mereka tidak furstrated dan lebih yakin denga kemampuan diri.
Namun saya tidak sama sekali menyangkal usaha guru guru di SEMETRIK yang begitu berusaha untuk kita. Saya mendoakan blog ALUMNI terus maju dan terus berusaha demi anak bangsa terutama adik2 kita di SEMETRIK. Sekian, Wasalam.
Saturday, January 14, 2012
Lagu SEMETRIK
LIRIK: MOHD SOPIAN BAHAUDDIN
KAMILAH WARGA SEMETRIK
SEJATI LAHIR PEWARIS WAWASAN TERCINTA
MENUNTUT ILMI INSAN HARMONIS
BUKA MINDA SEDIA BERUBAH
SEGALANYA BERMULA DI SINI
CERDAS TEPAT KERJA BERPASUKAN
INOVATIF DAN BERKREATIF
USAHA DAN DOA PASTI BERJAYA
c/o
TEKNOKRAT BERJAYA ITU CITA KAMI
HULUR BAKTI ILMUAN TELADAN
BERTEKNOLOGI BERINFORMASI
WADAH PELAJAR BESTARI
SEMETRIK MAJU KE DEPAN
KAU DI PERSADA NEGARA
MEMENANGI MUDAH GLOBALISASI
TEKAD INTELEK UKIR SEJARAH
SEMETRIK CEMERLANG KAU CEMERLANG
SEMETRIK TERUS GEMILANG
……………………. SEMETRIK!
Sunday, January 8, 2012
Tahniah Ridzuan Rawi di atas kelahiran secomel "Da'i".
Moga anak beliau yang diberi nama Da'i terus diberikan kesihatan dan membesar menjadi Daie yang terhebat sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka konstantinopel.
Sekian, Admin Blog Alumni. - Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, January 3, 2012
Artikel Autobiografi Bekas Pelajar-Pelajar SEMETRIK yang telah berkerjaya.
Assalamualaikum,
Sebagai satu elemen kesegaran bagi blog Alumni Semetrik untuk tahun 2012. Kami pihak admin akan menulis artikel autobiografi bekas pelajar-pelajar Semetrik. Tema artikel akan lebih berkisar kepada kerjaya semasa Semetrikian dan nasihat-nasihat untuk adik-adik yang masih menuntut di sekolah.Setakat ini kita telah mengenalpasti beberapa kerjaya yang boleh menjadi aspirasi buat adik-adik.
Kerjaya-kerjaya tersebut seperti doktor, jurutera, juruteknik, guru, juruterbang, pensyarah, askar, bussinesman, kakitangan awam, jurutera kapalterbang, mekanik, kaunselor, dan berbagai lagi.Namun kami pihak alumni masih menerima idea-idea bernas dari kalangan semetrikian untuk terus menyegarkan blog ini.
Kami sentiasa berusaha untuk memberi maklumat yang terkini buat teman-teman sekalian. Anda bolehlah meng"email"kan idea bernas anda ke alamat pengurusan alumni di alumni_semetrik@yahoo.com.
Akhir kata, kami amat berterima kasih di atas sokongan anda selama ini dalam memajukan persatuan ALUMNI SEMETRIK. Tanpa anda kami tidak mampu sampai ke tahap ini.Terima Kasih.Admin Blog SEMETRIK.